Checklist keperluan bersalin dan berpantang buat baby dan ibu

Checklist keperluan bersalin dan berpantang buat baby dan ibu | Bila nak dekat-dekat bersalin ni mula lah update entri list keperluan bersalin dan berpantang untuk baby dan ibu. Haha..rasanya nak bersalinkan Dik Fael dulu aku dah tulis satu entri pasal checklist keperluan bersalin di hospital dah. Ni nak bersalin anak ketiga pun tulis lagi satu entri pulak.ahaks!

By the way, entri yang dulu tu, aku update tentang barang-barang keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital je. Maknanya, checklist tu sekadar barang-barang keperluan yang nak diletakkan dalam beg untuk ke hospital je la. Kali ni aku rajin sikit nak update list keperluan serba lengkap, termasuklah isi beg yang nak di bawa ke hospital, barang keperluan baby dan ibu selepas pulang dari wad dan juga keperluan sewaktu dalam tempoh berpantang.

Checklist keperluan bersalin di hospital

Checklist keperluan bersalin


Tiga barang MESTI bawa:

 : Buku rekod kehamilan (Buku pink)
 : Kad Pengenalan ibu
 : Handphone + powerbank


1 – Ketika Dalam Labor Room
Untuk barang yang dibawa ke dalam labour room, ibu pack siap-siap dalam zipper bag berasingan, supaya nanti senang suami nak ambil dari dalam beg tu untuk dibawa masuk LR.

checklist keperluan bersalin

 : Baju baby (kebanyakan hospital taknak seluar pun)
 : Maternity loop (sekeping)
 : Pampers baby (2 keping)
 : Tuala baby
 : Receiving blanket / kain bedung / kain napkin / etc
 : Nota kecil (surah dan doa memudahkan bersalin)
 : Tamar, minyak / air selusuh, Air zam-zam
 : Handphone + powerbank

Masa dalam labor room, tak payah la ibu bawa mitten & booties, barut etc. Sebab nanti staff nurse akan pulangkan semula. Diorang cuma akan pakaikan baby dengan baju, pampers, pastu bedung. Kalau ibu insist nak bekalkan jugak benda-benda tu, ibu kena ingat la. Kat sana bukan kita sorang je bersalin tau. Ada berpuluh, malah beratus baby diorang nak handle. Kalau hilang or tertukar or tercicir ke, jangan pulak gi marah-marah kat nurse k?

Aku sebenarnya tak pandai sangat pakai maternity loop (pad jenis tali). Tapi dalam labour room, kita standby pad jenis tali, untuk memudahkan kerja nurse. Lepas selesai jahit nanti, nurse yang akan tolong bersihkan kita, dan pakaikan pad untuk kita. Senang kerja nurse nak pakaikan kita pad kalau guna jenis tali ni.

Bila dah naik wad nanti, suka hati kita lah nak pakai jenis berpelekat yang dipakai bersama seluar dalam tu kan. Sebab masa tu kita dah "gagah" dan ada tenaga sikit dah untuk pakai sendiri.

Pastu yang terakhir, korang jangan bawak charger henfon ke dalam labor room tau. Takut nanti tak pepasal korang kena marah pulak sebab charge-in kat soket elektrik dalam labor room tu. Ingat! Soket elektrik yang ada tu hanya untuk cucuh palam instrument hospital je tau. Bukan untuk kegunaan peribadi kita.



2 – Ketika Dalam Wad (Keperluan Baby)

Checklist keperluan bersalin



 : Pampers (sepeket, minimum 20pcs)
 : Baju siang (aku prefer baby sleepsuits je, senang. 1 piece gitu)
 : Baju malam / Sleepsuit
 : Tuala mandi
 : Sapu tangan (standby 2-3 helai takpe, baby kan selalu jeluak)
 : Barut, Mitten n booties
 : Kain bedung
 : Vaselin (pure) untuk ruam lampin (untuk puting luka pun ok)
 : Toiletries, Minyak telon, krim lampin
 : Baby Wipes / Wet tissue
 : Bantal baby
 : Susu formula bayi baru lahir tin kecil (standby je)
 : Botol susu baby 
 : Tahniq stuffs (Air zam-zam & Tamar)

Walaupun hospital biasanya tak galakkan kita susukan baby dengan susu formula, tapi andai kata lepas bersalin tu, dalam 24jam susu kita belum ada, takkan kita nak biar anak kita dehydrate pulak kan. Mungkin ini bukan nasihat yang baik..tapi susu formula bukanlah racun. Ok? So, daripada biarkan anak kita tak cukup air dan susu dalam badan, dan nanti anak kita lambat berak, so lambat la kita boleh balik. Bila anak kurang berak, silap-silap anak naik bacaan kunig sebelum 24jam. Haru!


3 – Ketika Dalam Wad (Keperluan Ibu)


 : Tudung kepala
 : Stokin n Sweater
 : Kain sarong
 : Nursing bra
 : Disposable panty
 : Maternity pads
 : Breast pad / milk collector
 : Tuala mandi
 : Toiletries, deodorant, getah rambut, sikat
 : Selipar getah (non-slip)
 : Beg plastik pakaian kotor
 : Minyak angin / panas
 : Handphone n Powerbank
 : Breast pump (aku bawa pam manual je)
 : Milk container / botol penyimpan susu perahan
 : Pakaian 1 set lengkap untuk discharge dari wad

Melalui pengalaman Annur, tudung kepala tu bawak la lebih. Biasanya kita akan banyak berpeluh semasa dalam wad. Memang adatlah kan, ibu dalam pantang kan memang nak panas. Pastu kain sarong atau kain batik tu saje buat spare je. In case korang bocor, dan masa tu takde nurse atau attendant yang available untuk bagi kain ganti, so korang boleh pakai dulu kain batik tu.

4 – Makanan dan Minuman



 : Botol air masak 2L
 : Thermos flask / Bocong air panas
 : Cawan, sudu
 : Tisu
 : Biskut / Roti bun
 : Susu rumusan khas ibu menyusu
 : Ubat-ubatan
 : Minuman supplement / vitamin
 : Pil hematinic


Makanan dan minuman ni dulu-dulu aku letakkan dalam satu bakul. Tapi dulu macam kesian je incik asben nak angkut bakul, nak heret beg lagi..penuh barang di tangan. So kali ni aku muatkan makanan dalam satu shopping bag AEON yang besar tu. Mula-mula nak guna shopping bag IKEA, tapi macam kedabak sangat. Flask ngan botol air tergolek-golek dalam beg tu, sebab besar sangat. Beg AEON ni macam just nice je. Sendat-sendat je barang dalam tu, taklah berterabur dan tergolek-golek. Nanti senang asben sandang di atas bahu je, tak payah nak bimbit di tangan macam bawak bakul tu.





Checklist keperluan berpantang bagi bayi

Checklist keperluan bersalin


a) Pakaian
: Tops / Pants / Romper / Sleepsuits (7 pasang dah memadai)
: Topi kait (Snowcap)
: 3 helai Bips & Sapu tangan kecil
: 5 helai Barut perut (jenis "zap-on" / jenis tali)
: Selimut / Receiving blanket
: Kain lampin / Napkin
: Sarung tangan & Stokin bayi
: Tuala mandi jenis kapas 100%
: Kain bedung jenis muslin atau cotton (110 x 130cm)




b) Keperluan penyusuan 
: Botol susu serta puting silikon
: Sabun khas pencuci botol & berus botol
: Alat pensteril
: Botol / Pek penyimpanan susu perahan
: Cooler bag & Ice brick
: Thermos flask


c) Keperluan mandi & alatan dandanan
Dalam list ni, antara keperluan yang penting adalah diapers, cotton ball, fluid dispensers dan krim pencegah ruam lampin. Sebab apa tau? Newborn baby sangat prone to skin rashes and blisters. 


Checklist keperluan bersalin

Masa Naufal di NICU dulu, paeds pernah suggest aku gunakan cotton ball, instead of baby wet tissue untuk wipe celah kangkang baby. (Naufal baby preemie, so kulit dia lagi nipis dan sensitif dari baby biasa). Memang betul korang! Cotton ball is better than wet tissue. Masa cuci najis baby, letakkan 2 helai wet tissue bawah punggung baby pastu pancutkan air untuk bilas najis baby yang melekat pada kulit, pastu wipe dengan cotton ball yang dah dibasahkan. Memang kulit celah kelangkang baby korang takkan luka atau melecet.

: Tub mandian
: Pengepit kuku baby
: Berus rambut bayi
: Cotton buds / Cotton ball (ganti Baby wipes)
 : Fluid dispensers / Squeeze bottle (aku recycle botol mineral SHELL je)
: Tisu lembap (guna untuk lap muka baby lepas menyusu)
: Pin keselamatan
: Baby diapers
: Sabun mandian bayi
: Syampu bayi
: Minyak zaitun / Minyak urut
 : Losyen penghalau nyamuk
: Termometer digital / Infrared
 : Detergen khas untuk pakaian bayi

Sekadar perkongsian dari pengalaman. Baby baru lahir ni, biasanya kerap menyalin lampin. Anak-anak aku dulu, antara 7 - 10 kali tukar lampin. So untuk dalam pantang ni, elok korang beli diapers yang murah macam Fitty, atau Tesco Baby Love ke. Tak perlu risau tentang kualiti, elok ke tidak? Senang bocor ke tidak? Sebab baby baru lahir, kerap berak. Setiap sejam memang lampin diorang wajib bersalin. Aku guna Drypers Classic je, around RM23++ je, untuk 88 keping.

Tapi kalau korang tengok gambar kat atas, aku jugak ade beli pampers saiz newborn jenama Huggies kan? Aku beli tu sebab hanya pampers Huggies newborn je yang saiznya betul-betul kecil. Dua-dua anak aku lahir sebelum ni pun berat tak cecah 3kg. So aku agak baby ke-3 ni pun tak besar mana jugak la. Huggies memang lembut, nipis, dan ngam untuk baby bertubuh kecil. Kalau korang memang jenis beranak baby kecil, boleh la try Huggies. Pun, kat hospital, baby-baby preemie kebanyakannya pakai Huggies.

Bila baby dah besar sikit, rutin tidur diorang akan lebih panjang. So boleh la kalau korang nak bertukar ke lampin yang tak mudah bocor dan mahal sikit macam Momy Poko ke, Goon ke, Genki ke kan. Tips ekonomi tu korang! Ilmu tu, ilmu haha. BTW isteri yang pandai jaga ekonomi rumahtangga memang asben akan sayang lebeyyyhh lah!! ahakss!





d) Keperluan nurseri

Biasanya keperluan nurseri ni ibu boleh ketepikan dulu dari list sebab prioritinya tak lah penting mana. Kadang-kadang bila dah dibeli pun, contohnya carseat, ibu terutamanya surirumah, akan jarang sangat guna. So, kalau tak beli dulu pun takpe. Beli bila dah lepas-lepas pantang nanti pun ok je.



 : Kot bayi & Cadar fitted
 : Changing table dengan pelapik waterproof
 : Tilam & Pelindung tilam waterproof 
 : Bantal kepala & Bantal peluk
 : Comforter / Sleeping bag
 : Mainan / Baby rattles
 : Kelambu bayi
 : Diaper bag / Beg nurseri
 : Baby carrier / Stroller / Carseats
 : Sun shields untuk tingkap kereta


Checklist keperluan berpantang bagi ibu

Checklist keperluan bersalin

a) Pakaian


 : Selipar getah untuk kegunaan indoor
 : Stokin bulu tebal (aku beli kat Daiso)
 : Seluar dalam khas (aku guna disposable panties)
 : Maternity pads

Maternity pad - Aku beli jenis tali tu sepeket je untuk standby kat hospital. Hospital memang diorang prefer pakai maternity loop, sebab senang kerja nurse nak tolong pakaikan kita pad. Tapi bila kat rumah aku selesa pakai yang jenis berpelekat. Aku pakain brand INTIMATE je. Brand yang aku paling suka dari dulu lagi sebab dia senang sangat dicuci. Permukaannye pun lembut, dan tak menyakitkan luka jahitan episiotomi kita.


Checklist keperluan bersalin

Sepanjang berpantang, aku akan berselipar di dalam rumah. Aku pakai selipar getah sebab tak licin. Pastu bertutup di bahagian depan untk mengelakkan risiko ibu jari kaki terlanggar objek atau terhantuk di mana-mana bucu dalam rumah. Better prevent dulu kan, sebelum berlaku? Takut oii, kalau bentan dan tumpah darah. Nauzubillahiminzalik!




b) Keperluan penyusuan susu ibu
 : Disposable breast pads
 : Pam manual / Milk Collector (untuk tandem)
 : Nursing bra 
 : Nipple cream
 : Pakaian menyusu
 : Bantal menyusu / Bantal Donut



Nursing bra - Seeloknya ibu gi cari yang bertali lebar dan cangkuk belakang at least ada 3 atau 4. Penting tau, untuk pastikan korang tak sakit bahu atau demam urat masa dalam pantang. Bra yang tak sesuai, akan membuatkan urat belikat dan bahu korang mudah tegang dan sakit bila brest korang mengisi susu.



Nipple cream - Aku guna Purelan 100 dari Medela. Elok sangat! Dari bersalin anak first lagi aku stick dengan jenama ni. Bila puting pedih-pedih je, aku sapu dan dah boleh pakai bra. Nak feed anak pun, takyah basuh or bilas dulu. Kandungan dia 100% lanolin.



Checklist keperluan bersalin


Milk collector - Aku dulu buat stok EBM masa dalam pantang dengan cara tandem je. Dua minggu sebelum abis pantang, baru aku betul-betul buat jadual mengepam, sebab dah nak naik keje dah. Milk collector ni jenis silikon, dan mudah nak attach pada breast, atau selit bawah bra. Ia berfungsi menadah susu (dari breast satu lagi) yang memancut bila berlaku reflek let-down, semasa kita susukan baby.

checklist barang baby






c) Keperluan ritual berpantang

Checklist keperluan bersalin

: Bengkung / Post-natal girdle
: Tuam / Tungku berherba
: Minyak angin / Minyak panas
: Minyak urut


Bengkung - Dari bersalin anak first, aku guna bengkung ekspress 3 in 1 jenis zap-on. Senang sangat gunanya. Aku guna bengkung ekspres ni dulu sebab masa aku bersalin anak first, aku kena czer. Cuma bengkung ekspres je aku boleh pakai masa tu sebab boleh adjust kita nak ketat ke longgar sikit ke. Rasa best dan selesa pulak. So aku guna lah sampai sekarang.


d) Jamu dan makanan tambahan
 : Set jamu lengkap (aku guna Jamu Selapan Air Mancur)
 : Tablet haematinics (Iron, Vit B, Vit C dan Folic Acid)
 Supplement kesihatan / Jus kesihatan

Checklist keperluan bersalin
Jamu Selapan korang boleh cari kat toko jamu area Chowkit.



Annur : The last but not least, kalau ada pape lagi keperluan bersalin yang tak tersenarai kat sini, dan korang rasa benda tu penting, korang boleh la sarankan kat ruangan komen. Nanti boleh la Annur tambah ke dalam checklist ni. Jom share, semoga lebih ramai mendapat manfaat.

27 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Mesti comel baby

    Bantulah Tarot dalam fundraising ini, Tarot amar menghargainya
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
  2. wahh lengkap betul panduan ni! kebetulan bulan 3 ini akan ada sepupu nak menimang cahaya mata. boleh cadangkan baca entri ni. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bookmark link ni siap2 hasif haha..nanti senang nak tunjuk kat kazen

      Delete
  3. Semoga semuanya selamat ye, saya baru lepas bersalin anak ketiga dan masih dalam pantang. Jenguk dari tukar bloglist https://rodiahamir.blogspot.my/2018/02/tutorial-semak-seo-performance-blog.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..tahniah wak! Dan selamat berpantang ye ^_^

      Delete
  4. Lengkap haaaa. Kita plak excited tengok. Haha. Masa preparation ni. Wajib maklumkan suami or sesiapa yang akan teman kita di Hospital. Adik ke mak ke kakak. Sebab nanti masa kita tengah sakit bersalin tu, mereka juga akan panik. Bila nak bersalin, jangan le kelam kabut kan mereka. Sudahnya kena marah. Hahaha. Saya masa anak kedua dah pandai. So suami yang sedang panik tu pun dah faham apa perlu di bawa ke dewan bersalin. Kak beli kat mana salapan tu? Saya tak jumpa pun di KL. Sudahnya saya pakai campur2 jenama. Huhu. Depend pada Bidan rekemen je. Sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun BFF yg tolong belikan.
      Dia beli katbtokonjamu area chowkit katanya.
      Tapi, kena cari betul2 ruby..sebab banyak jugak kedai kat situ yang jual produk tiruan.

      Delete
  5. fuh banyaknya list.. bukan senang nak jadi parenting ni.. betullah ramai kata kalau dah kahwin, semuanya untuk anak2, semoga semua dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  6. Byk betul list brg kan..nasib hilma ari tu first bersalin kat private so x byk bwk brg..mayb next baby list ni berguna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ek hilma..haha i is perasan macam dah minimalis gila dah persiapan tu compared to anak sulung dulu haha

      Delete
  7. Wahhh lengkap !! Terima kasih berkongsi tips persiapan utk bersalin. Boleh gunakan tips nie di masa hadapan

    ReplyDelete
  8. Great sharing sis. Walaupun Ty tak kahwin lagi tapi perancangan rapi sebegini boleh di buat rujukan.

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan segala urusanmu, relax je jangan panik ketika kontraksi tau weeee.... thanks for sharing, been there now anak anak dah 2 dan 6 tahun heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengs tau you..memang tengah nervous1 ni 38 weeks dah

      Delete
  10. Bagus sangat list ni. Boleh tolong ramai ibu mengandung buat persediaan untuk bersalin. Lagi2 yg nak dapat anak pertama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..masa AS nak bersalin ank pertama pun banyak google barang2 keperluan baby.

      Delete
  11. tudiaaa... banyak jugak checklistnya. So, bakal ibu memang kena bersedia lebih awal ni. Kang ada yang tak cukup. Maklum la, ada jugak ibu yang bersalin lebih awal dari jangkaan kan.. Bagus perkongsian ni. sangat2 berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dikbee..AS pun dulu anak 1st, AS bersalin awal.. Pramatang at 32 week

      Delete
  12. Penting ada checklist mcm ni. Tak kelam kabut nanti. Wlpun pernah bersalintapi checklist mesti ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan k.ayu..
      Checklist ni penting terutama nak elak dari encik asben jadi kelam-kabut n panik. Kite xde ape pun dalam labor room..org yg menunggu yg panik.

      Delete
  13. Bagusnya ada checklist mcm ni, lengkap segalanya..terbaik. Masa sis dulu2 tak buat semua ni...masa nak bersalin kelam kabut..hahaha...nasib baik lah ada maid yg bawak semua lps tu, kalau x ada memang haru dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi untung sis hanny ada maid..kalau x, memang haru jugak kan

      Delete
  14. Banyaknya keperluan bersalin..semoga dipermudahkan segalanya dan urusan bersalin berjalan dengan lancar ye

    ReplyDelete
  15. perkongsian yang menarik. lengkap ni. bookmark siap-siap post ni. boleh jadi rujukan masa akan datang nanti ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Wah this is very useful for first time mom to be.

    ReplyDelete
  17. OMG...that's one full list! Banyaknya barang yang kena ingat...serius dah kena buat nota...thank you annur!

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.