12 Tempat Menarik Gerik Perak - Wajib Singgah!

Tempat-tempat yang menarik di Gerik, Perak | Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil dan terpencil, tapi susana dan pemandangan di pekan Gerik sangat cantik dan super! Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau! Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit. Rasa damai dan sejuk mata memandang hoii.

tempat menarik gerik
tempat best gerik

Apa yang Menarik kat Gerik Perak?

Kalau dulu, bila Mamy cakap Mamy ni asal dari Gerik, benda pertama orang akan tanya adalah kat Gerik banyak gajah tak? haha. Dulu orang tak kenal sangat Gerik ni. Paling-paling pun orang sebelah Pantai timur je akan kenal dengan pekan Gerik ni. Sebab Gerik merupakan pekan terakhir sebelum diorang mendaki merentasi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Negeri Perak dan Kelantan. 
tempat best gerik
So orang yang lalu Lebuhraya Timur-Barat tu, memang selalu terserempak dengan Cik Lijah a.k.a Gajah. Sebab tu lah kalau orang sebut Gerik je, semua akan ingat gajah.haha
tempat best gerik
tempat menarik gerik

tempat best gerik

Gerik - Tempat Jin Bertandang Jadi Julukan?

Iye lah. Gerik ni merupakan sebuah pekan kecil yang merupakan pekan paling hulu bagi negeri Perak. Biasanya bila disebut "HULU", semua orang akan terlintas dalam fikiran, ianya sebuah tempat yang mundur yang penuh hutan banat, bukit-bukau semata-mata. Dan orangnya pula mundur, tak bertamadun. Eh hello! We'olls orang Gerik tak ketinggalan tau dari ketamadunan. Kita pun ada liputan 4G LTE okey! haha
tempat best gerik
tempat best gerik

Tarikan Utama Gerik

tempat menarik gerik
tempat best gerik
Tarikan perlancongan yang termahsyur di daerah Gerik ialah Hutan Diraja Belum, kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan di gazetkan sebagai zon simpanan kekal. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
tempat best gerik
Yeah tak lain dan tak bukan, semestinya tarikan utama Gerik adalah di Royal Belum. Royal Belum Forest mempunyai keunikan dan kepelbagaian spesis flora dan fauna antaranya bunga pakma / bunga rafflesia bunga terbesar di dunia, ikan kelah jinak dan kepelbagaian spesies burung, termasuk lah spesies burung yang terancam (kepupusan) iaitu burung enggang / kenyalang.
tempat best gerik

Gerik Cuma Gah dengan Royal Belum je ke?

Sebenarnya dekat gerik sendiri pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati atau dijadikan kawasan tarikan perlancongan selain daripada Hutan Royal Belum cuma banyak destinasi tersebut belum di highlight secukupnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Gerik. 
tempat best gerik
Gerik mempunyai banyak tarikan alam semula jadi seperti gunung, bukit, sungai, air terjun dan juga tasik yang boleh dikomersialkan untuk memberi nilai tambah kepada industri perlancongan di Gerik. Namun sayangnya, pihak berkuasa tempatan sepertinya tak cukup bersungguh untuk melakukan publisiti untuk meningkatkan awareness terhadap tempat-tempat menarik tersebut.

Cafe Atas Air di Gerik - Castella Cafe

Castella Cafe atau Cafe dalam air yang terletak di Gerik, Perak ini begitu terkenal dengan keunikan konsep dangau buluh dan makan sambil merendamkan kaki dalam sungai, diikuti dengan hidangan berkonsepkan menu diraja Melayu Pattani iaitu dengan menggunakan ikan 'kayangan' Sungai Temengor, seperti ikan sebarau, kelah, tengalan, dan tengas sebagai sumber utama hidangannya. Rasa yang enak, manis, lembut dan kulit licin antara faktor mengapa spesies ikan ini digemari ramai orang dan menjadi kegilaan para food hunter.
tempat best gerik
Untuk maklumat lanjut mengenai menu, lokasi dan urusan booking, boleh teru ke facebook page Castella Cafe.
tempat menarik gerik
castella cafe gerik, tempat menarik di gerik

tempat menarik gerik

Denai Kabus Agro Farm di Gerik Perak

Denai Kabus merupakan sebuah lokasi percutian baru yang berkonsepkan agro-tourism yang semakin popular di negeri Perak. Kawasan ini sangat sesuai untuk pencinta alam semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota. Memiliki panaroma yang sungguh tenang dengan berlatar belakangkan bukit bukau, suhunya yang dingin dan nyaman, tumbuhan hijau yang segar menjadikan Denai kabus mendapat julukan sebagai Little Kundasang.
tempat menarik gerik
Asal usul nama Denai Kabus ini diperoleh daripada persekitaran yang sejuk dan kabus tebal yang terhasil di kawasan tersebut. Ini kerana lokasi tempat rekreasi ini terletak di bawah kaki gunung Kenderong dan Gunung_Kerunai yang juga merupakan ikon wilderness bagi kawasan Gerik, Perak.

tempat menarik gerik, denai kabus,
tempat menarik gerik

Pesta Ikan Loma, Aktiviti Unik di Gerik yang Menarik Minat Para angler Seluruh Malaysia

Pada musim hujan yang biasanya bermula sekitar bulan Ogos hingga November ikan loma dari tasik Temengor akan mudik ke hulu dalam kelompok yang besar untuk bertelur di sana. Jadi masa inilah orang ramai akan berkumpul di tepi-tepi sungai Rui untuk menyauk ikan loma. Mengkomer bayangkan la berapa riuh-kedamat dan meriahnya suasana pesta tersebut! 
tempat menarik gerik
tempat menarik gerik


Lagi best kalau adakan pertandingan menangkap ikan loma dengan bare hands, ala-ala Hillbilly Handfishin' kat channel Animal Planet tu kan? Baru-baru ni pesta loma 2017, diorang ada anjurkan juga aktiviti lain selain menyauk ikan, macam panjat tiang licin, meniti titian licin, pukul bantal, acara menyelam paling lama, tarik tali dan pertandingan menangkap itik. 
fiesta loma gerik
Katanya, ada persatuan yang kelola aktiviti pesta ikan loma starting from 2017. Aku fikir, ini merupakan titik permulaan yang bagus terhadap perkembangan industri agrotourism di Gerik.
tempat-menarik-gerik
Oh ya. Terbaru aku dengar yang Pesta Ikan Loma ni bakal dimasukkan ke dalam kalendar Pelancongan Negara! Kalau perkara ni jadi realiti, aku yakin pesta ikan loma ini akan jadi satu lagi produk pelancongan Gerik yang akan go international setaraf Hutan Royal Belum!
tempat-menarik-gerik
Maklumat lanjut mengenai FESTA LOMA Gerik, boleh lawati ke laman Facebook di link berikut :

Gerik Banyak Peluang Aktiviti Wilderness!

tempat-menarik-gerik
Di Daerah Gerik juga mempunyai banyak bukit dan gunung-ganang yang sangat menarik untuk diterokai, antaranya Gunung Kenderong, Gunung Papulut dan Gunung Pulut. Setakat hari ini, rasanya gunung-gunung ni cuma terkenal di kalangan hikers sahaja. Orang-orang biasa macam kita ni, satu habuk pun tak tahu yang gunung tu boleh didaki. Kesian kan? 
tempat-menarik-gerik
Patutnya tempat macam ni perlu diketengahkan melalui publisiti yang digiatkan supaya lebih ramai tahu.
gunung papulut gerik
Bila dah tersohor macam gunung Kinabalu, segalanya bakal lengkap dengan penjaga pintu masuk, penjaga checkpoint, dan pondok rawatan dan sebagainya. Rugilah, sebab aktiviti outdoor macam ni memang ada penggemarnya yang tersendiri. Wilderness activities macam ni boleh jadi produk pelancongan bagi Gerik. 
tempat-menarik-gerik

Gunung Pulut Gerik

tempat menarik gerik
GUNUNG PULUT - Credit blog Sobri Yaacob

Peminat sukan outdoor dan lasak semestinya akan teruja untuk mencabar dan menawan gunung-gunung di Gerik ni. Dengar cerita, trail gunung Pulut ni memang mencabar! Nak-nak pula ketika semakin menghampiri ke puncak. Hikers akan dicabar dengan trek berbatu yang hampir 90° curam! Batu-batunya pula agak licin terutamanya selepas hujan. Trek juga dikatakan agak sempit terutamanya ketika melalui hutan buluh.

trail gunung pulut gerik mencabar
Curam berbatu sebelum puncak.
Tempat Menarik Gerik Perak
Bagaimanapun pendakian Gunung Pulut yang mencabar ini menjanjikan kepuasan bagi para hikers sebaik tibanya di puncak. Puncak berbatu dan lapang memberikan pengalaman yang tenang disulami dengan tiupan angin dingin yang mententeramkan rohani. Dari puncak Gunung Pulut ini kalian boleh menikmati 360° panoramic views!
Tempat Menarik Gerik Perak
Oleh kerana kedudukannya yang strategik, kalian dapat melihat fenomena matahari terbit dengan sangat jelas serta menyaksikan kecantikan yang amat menakjubkan, iaitu awan karpet yang memutih dan luas terbentang sejauh pandangan mata.
Tempat Menarik Gerik Perak

Gunung Papulut Gerik

gunung papulut gerik
Puncak Gunung Papulut Tawai Gerik

Tempat Menarik Gerik Perak
Keadaan trek untuk ke puncak Gunung Papulut ini dikatakan pelbagai. Ada yang pacak, ada mendatar dan ada menuruni bukit. Perjalanan sejauh 4.2 kilometer menuju ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah dan meeting point adalah di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Tawai. 
Tempat Menarik Gerik Perak
Daripada puncak Gunung Papulut kalian boleh nampak pemandangan 360 darjah banjaran yang terdapat di sekeliling antaranya termasuklah Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, dan Banjaran Ulu Soh.
Tempat Menarik Gerik Perak
Kos untuk guide total untuk daypack dan permit adalah RM 30 (mungkin berubah). Kepada yang berminat untuk book pakej hiking Gunung Pulut dan Gunung Papulut boleh contact Sobri bin Yaakob di talian 013-4599815.

Gunung Kerunai, Gerik

gunung kenderong gunung kerunai k2 gerik
Puncak Berkembar Perak (K2)
Tempat Menarik Gerik Perak
Gunung Kerunai yang berketinggian 1000 meter dari aras laut (4,011 kaki) ini terletak berhampiran dengan Gunung Kenderong. Disebabkan kedudukannya yang berhampiran, ia telah mendapat julukan nama sebagai puncak berkembar Perak (K2). 
Tempat Menarik Gerik Perak
Kedua-dua gunung ini terletak bersebelahan dan kebanyakan pejalan kaki akan menakluki 2 gunung ini sekali gus dengan perkhemahan 2 hari satu malam. Sesiapa sahaja yang biasa melalui kawasan Lebuhraya Timur Barat ataupun jalan Baling-Gerik, pasti kalian tidak asing dengan pemandangan 2 puncak gunung yang tersergam megah di Gerik Perak ini. 
Tempat Menarik Gerik Perak
Untuk sampai ke puncak Gunung Kerunai, trek hiking sejauh lebih kurang 5.1 kilometer perlu ditempuh, dan tahap kesukaran dakian adalah sederhana sukar, menjadikan ia sesuai untuk pendaki pertengahan dan advance hikers. 

Kepada yang berhajat menawan puncak berkembar K2, meet-up point adalah di Kampung Pahat (coordinate : 5.498048, 101.115539) dan untuk urusan permit dan guide, boleh contact En Syaiful di talian 0195233768.

Senarai Homestay Sekitar Fiesta Loma Gerik

senarai homestay gerik berdekatan fiesta loma


tempat-menarik-gerik
Wrapping Up!

Kenapa ye tak dijadikan daerah Gerik ni sebagai salah satu destinasi popular untuk kaki outdoor datang ke sini dan antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti mendaki gunung Kenderong, water rafting dan sukan berkayak, menjelajah hutan atau air terjun, sukan motocross, menjelajah dengan pacuan 4x4, memancing dan lain-lain lagi.
tempat-menarik-gerik

Senarai 12 Tempat-tempat Menarik di Gerik, Perak

1) Hutan Royal Belum 
2) Pulau Banding 
3) Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)
4) Batu Hampar
5) Lata Air Beruk (aku ada tulis tentang Sungai Air beruk di SINI)
6) Taman Bunga Rafflesia, Bongor
7) Pulau Tali Kail
8) Lata Pinang
9) Gunung Kenderong, Kerunai
10) Gunung Pulut (Ketinggian : 651 meter)
11) Gunung Papulut (Ketinggian : 725.72 meter)
11) Lata Ulu Lawin
12) Rahman Hydraulic Klian Intan 
tempat-menarik-gerik

Maklumat Lanjut, lawati

Laman web Majlis Daerah Gerik  www.gerik.gov.my
tempat-menarik-gerik
Atau
tempat-menarik-gerik
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
tempat-menarik-gerik
tempat-menarik-gerik
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
tempat-menarik-gerik
like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my

Catat Ulasan

2 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y