BABY HAWRAA' MILESTONES | Minggu ke-3

11:08 AM
Alhamdulillah baby Hawraa' dah pun hampir usia sebulan. Melihatkan dia membesar, ibu terasa masa itu begitu cepat berlalu.

BABY HAWRAA' MILESTONES | Minggu ke-3

Baby Hawraa' bakal menerima suntikan imunisasinya pada minggu depan. Pada ketika ini, Hawraa' dah pun pandai menoleh kepala ke kiri, ke kanan dan juga mendongak.

Ibu perhati, bila abang Naufal dan Nufael berada di belakang kepalanya, dia akan tertoleh-toleh ke atas. Kadang-kala sampai kepalanya terjatuh dari bantal.

Di malam harinya pula, Hawraa' tiduur lebih panjang. Sekitar jam 4 pagi baru dia terbangun dan meminta susu. Kemudian, di sebelah pagi, dia banyak waktu berjaga dan mengajak ibu main agah-agah. 

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.