Cara terbaik menjaga kesihatan vagina.

Ketahui cara terbaik menjaga kesihatan vagina MASALAH KEPUTIHAN DAN GATAL DI TEMPAT SULIT. Wanita-wanita..sila beri perhatian. Aku tau topik ni agak memalukan dan ramai yang memilih untuk mengelak daripada membincangkan bab ni. Kesannya, ramai juga lah yang tak tau nak pelihara diri daripada penyakit. Dan ramai juga lah yang mendapatkan rawatan hanya setelah keadaan menjadi parah atau dah terlambat

Lelaki-lelaki..jangan ketawa! *Angpa kawen pon nati ngan ppuan gak an* Kalo angpa rasa tak bermanfaat..pi main jauh-jauh nuh!

Bermula dengan memperkenalkan cecair atau discharge oleh vagina atau Miss V. Cecair pada Miss V adalah normal. Jangan korang benci dan rimas dengan kehadiran cairan tersebut sebab kehadiran dia adalah untuk membantu korang tau.

Selain melincir, ia jugak penting kerana sifatnya yang berasid yang boleh membunuh kuman. So takde lah Miss V korang tu mudah kena infection. Tapi, sekiranya cairan tu berlebihan, berubah warna dan berbau, itu tandanya korang dah pon terkena jangkitan. Dan GATAL-GATAL tu merupakan simptom yang dialami sekiranya berlaku jangkitan..



           Baca juga : Cara penjagaan luka selepas bersalin (Luka Episiotomi)


Tips penjagaan kesihatan vagina

Elakkan detergen
Underwear sebolehnya jangan basuh dengan detergen. Sebaiknya basuh je dengan sabun mandi. Lebih lembut dan tak tinggalkan sisa sabun. Dan apa salahnya basuh seluar dalam dengan tangan? Jangan lah jadi manusia yang pemalas sangat sampai seluar dalam pun awak nak campak dalam washing machine jugak. 

Tak elok campur seluar dalam sekali dengan baju-baju lain ke dalam mesin basuh. Korang tau kan konsep washing machine? Najis kat underwear tu sudah tentu akan jangkit kat baju lain?? Pastu pakai baju tu bawak gi solat. Adoohh! Takbleh blah!

Jaga kebersihan dan mandi dengan kerap
Yang kedua. Kena rajin mandi. Kat luar kemain lagi berjangak dan beregek sakan tapi rupenya dalam diam-diam, dia tak mandi pun sebelum keluar tadi hakhak. 

Gunakan pencuci intimasi yang sesuai
Masa mandi, make sure cuci Miss V dengan sabun khas yang ber pH ideal, dan tak mengandungi sabun. Lagi elok kalau korang cari pembersih yang berasaskan herba tradisional Melayu macam sireh ke, manjakani ke. Kan herba-herba ni dah pun terbukti keberkesanannya oleh nenek moyang kita?


Aku guna Zhulian Assaho Feminine Wash ni je dulu kini selamanya ahaks! Terbaik setakat ni.


Jangan pakai seluar dalam yang sama seharian
Seterusnye..salin underwear dan pantie-liner sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kejap..kejap!! Itu sekurang-kurang nye tau?! Kalo sebaik-baiknya pula adalah 5 kali yakni setiap kali sebelum nak mendirikan solat fardhu. Nak solat, mestilah kena bebas dari najis dan hadas. (^^,) 

Ok,
Itu dari segi kesucian. Sekarang cuba tengok dari segi kesihatan pulak.

Macam yang aku cakap awal tadi, sifat semulajadi Miss V kita ni sentiasa akan produce cairan pelincir atau lendir. Ini membuatkan underwear cepat menjadi lembap. 

Keadaan gelap dan lembap dekat pantie kita tu akan menjadi tapak yang subur untuk pembiakan fungus dan bakteria. Bakteria dan kulat yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan salur kencing jugak. Jaga-jaga, sakit takleh kencing ni jangan dipandang enteng. Kalo sampai bakteria naik ke buah pinggang, teruklah! Nauzubillahiminzalik.

Rawatan

Kalau dah terkena jangkitan biasanya doktor akan beri rawatan dengan antibiotik. Jangan malu untuk berjumpa doktor, takot-takot kalau jangkitan tu disebabkan oleh bakteria yang berpangkat Jeneral. 

Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan bakteria spread dalam darah dan merebak ke organ yang lain yang penting seperti ginjal. Juga sesetengah kes boleh menyebabkan jangkitan kuman pada janin, bagi ibu-ibu yang tengah hamil.


Sebaiknya, pergi buat pemeriksaan di klinik swasta, sebab lebih privacy berbanding Klinik Kesihatan Awam. Tapi sekiranya korang mengalami dua daripada tiga simptom di bawah ni, mintak la doktor rujuk ke General Hospital untuk bertemu pakar O&G okey?!


- discharge berlebihan
- warna kekuning-kuningan atau kehijauan (atau mungkin bercampur darah)
- Miss V berbau dan gatal.

Bertindak segera sebelum terlambat!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Btul tu bagus sgt info ni.. X semua org tau cara penjagaan vagina yg btul hihi

    BalasPadam
  2. Betul tu memang kena jaga untuk kesihatan. Kalau terkena jangkitan susah. Baru tau ada yg zhulian punya. Nice sharing AS

    BalasPadam
  3. Baru petama kali kenal dengan produk ni.. Bonde ada juga guna pencuci mcm ni tapi jenama lain. Nnt boleh guna ni juga feedbacknye baik.

    BalasPadam
  4. Nampak mudah nak jaga tapi ramai yang amik mudah. Nak guna pencuci pun kena cari yg guna bahan2 yang baik utk kulit kawasan tu seperti sireh dan manjakani.

    BalasPadam
  5. Wanita bukan sahaja kena jaga kulit muka je kan. Bahagian intim perlu dijaga dan dititikberatkan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas peringatan. Senang nak bagi kesedaran, benda nak pakai lama, jaga elok2..

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing Ummi ;)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama16:46

    A debt of gratitude is in order for imparting this quality data to us. I truly delighted in perusing. Will without a doubt going to impart this URL to my companions. bvcure.info

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y