Mohon maaf pada yang berkecil hati dengan entri saya sebelum ini

10:06 AM
Assalamualaikum, berkenaan entri Perbuatan RIAK yang selalu kita lakukan tanpa sedar sebelum ni, AS tak pernah menyangka ianya akan mengguris hati rakan blogger dengan begitu mendalam. Entri riak tersebut ditulis atas dasar pemerhatian dari persekitaran dan langsung tak berniat nak ditujukan pada siapa-siapa.



Sebenarnya AS bukan jenis penulis "attention seeker" seperti yang awak dakwa tu. Jauh sekali nak timbulkan kontroversi. Isu-isu kontroversi pun selama ni AS tak minat nak ulas dalam blog. Apatahlagi kisah artis. AS memang tak minat nak jadi center of attention.

Entri riak tu, AS tulis dengan tujuan peringatan untuk diri sendiri juga. Bukan AS tulis entri sebegitu sebab nak tunjukkan AS ni baik, tak riak amd tak menunjuk. Malah AS faham, as a blogger and influncer memang kita tak dapat lari dari "menunjuk-nunjuk" di media sosial. Sepatutnya kita sesama blogger, lebih faham lah skop tugas kita.

Kalau yang melenting PM inbox AS tu orang awam, yang bukan blogger, AS tak terkejut. Sebab masyarakat Malaysia ni masih kurang lagi awareness tentang peranan blogger dan influncer. Pun ramai lagi yang tak mengiktiraf Blogging ni sebagai sebuah karier. Tapi AS terkejut yang cepat melatah dan meroyan itu adalah dari kalangan blogger sendiri. Frust!

Iyer, betul. Orang tak tahu apa niat kita post itu post ini di media sosial. Tapi begitulah, pandangan orang bila kerap sangat muat naik gambar "show off". Orang akan label sebagai riak.

Jadi terpulanglah pada niat awak. Kalau awak post sesuatu atas tujuan "kerja", itu antara awak dengan Tuhan. Kalau awak post kerana nak riak pun, itu pun tetap urusan awak dengan Tuhan jugak. Ianya tiada kena-mengena dengan saya.

Tugas saya adalah MENULIS. Menulis sesuatu yang bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah orang. Menulis dengan rendah hati, ikhlas dan telus. Jika ada "tugasan" yang pada pekerti saya, produk itu tak elok, tak bagus, misleading dan terlarang, dengan tegas saya tak akan terima.

Aku cuma blogger. Bukan journalist. Jadi aku tulis PENDAPAT aku. Kadang-kadang mana entri yang bunyi macam berilmiah sikit tu pun, itu aku tulis ILMU aku la tu. Selebihnya, adalah perkongsian PENGALAMAN hidup yang pernah aku tempuh, semoga dengan perkongsian itu, pembaca-pembaca blog ni tak perlu lah lakukan kesilapan yang sama seperi yang telah aku kongsikan.

Kenali aku dulu sebelum nak judge aku secara prejudis.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Teruskan menulis as, Pedulikan org lain.. Sy tahu niat awak tu sebagai renungan bersama...

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.