Review baby car seat Graco SnugRide Click Connect

Review baby car seat - Graco Click Connect | Car seat Graco ni aku beli online, dari facebook group barangan baby preloved. Aku beli car seat di bersama Stroller baby pada harga RM 400 kesemuanya. Owner asal let-go sebab anak-anaknya dah besar dan nak clearkan rumah sebelum berpindah ke Kuantan.

review carseat graco snugride
Graco SnugRide - sumber dari google

Okayy aku cerita dulu pasal Stroller Graco Click Connect ni ye.


review stroller graco

Kelebihan stroller Graco Click Connect :

- Mudah nak dibuka, cuma dengan satu tangan je pun boleh bukak

- Mudah juga nak dilipat balik. Dekat handle dia tu ada satu button. Cuma klik je button tu, automatik stoller ni akan terlipat sendiri.

- Struktur yang tegap dan kukuh. Kalau ikutkan buku manual, dia kata stroller ni boleh menampung hingga 25KG

- Pelapik fabrik dan kanopi nya boleh ditanggal dan dibasuh.

- Compartment untuk letak barang gila punya besar. Aku selalu campak je barang-barang shopping kat bawah tu.haha. Tak perlu pun troli tambahan.

- Roda dia yang besar tu menjadikan stroller Graco ni boleh pergi hampir ke semua tempat, tak kira cerun ke, kawasan berbatu-batu ke, atas padang ke. Semua lah!


Kelemahan :

- Ianya agak bulky dan berat! Kurang sesuai bagi aku yang hidup secara jarak jauh dengan suami ni. Memang agak troublesome lah tiap kali nak load dan unload dari but kereta.

- Tak sesuai untuk newborn sebab dia tak boleh fully recline.

- Kalau nak guna juga untuk letak baby baru lahir, korang kena attach car seat dia di atas stroller ni.


Review baby car seat Graco Click Connect

graco click connect car seat


Kelebihan Graco Click Connect car seat :

- Senang yang amat nak install ke dalam kereta.

- Ianya standard UK punya safety lengkap dengan isofix.

- Material yang kukuh dan dapat menahan side impact dengan baik.

- Ada canopy untuk perlindungan dari matahari

- Convertible kepada baby bucket. So senang kalau berenti RnR ke, korang cuma perlu detached carseat ni dari base dia, dan angkut macam pegang bakul tu. Then, masa makan korang boleh la biarkan baby korang stay dalam tu.

- Ada indicator berupa air bubble (timbang air) yang menunjukkan kedudukan paling selamat dan stabil.

- Pelapik fabrik yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.


Kelemahan :

- Besar dan memakan ruang tempat duduk.

- Cuma sesuai untuk rear-facing je. Car seat Graco ni tak boleh diletakkan menghadap ke depan.

- Sesuai hanya untuk bayi dari 0 hingga 6 bulan. Bila lebih dari tu, dah tak muat dah baby nak duduk dalam tu. Rugi cuz nanti korang kena keluarkan duit beli carseat untuk todler pulak.


Kesimpulannya, aku puas hati la setakat ni. Stroller tu dah pun 2 tahun berjasa manakala carseat tu aku dah passed kat kakak aku yang baru dapat baby tahun lepas. So, aku harap review simple aku ni dapat lah membantu korang sedikit sebanyak dalam memilih car seat yang betul untuk baby korang.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. good sharing..boleh buat rujukan nnti ;)

    BalasPadam
  2. Even bulky, tapi mudah digunakan =)

    BalasPadam
  3. This blog is really great. The information here will surely be of some help to me. Thanks!. Best Graco Strollers

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y