5 Perbuatan riak yang selalu kita lakukan tanpa sedar

Perbuatan riak yang selalu kita lakukan tanpa sedar | Riak merupakan syirik hati yang sangat halus dan acap kali kita terbuat tanpa kita sedari. Bukan calang-calang dosa tau syirik ni. Dosa besar okey. Tapi zaman leni susah kita nak recognize bentuk-bentuk "riak" itu sendiri. Zaman teknologi yang serba canggih sekarang ni membuatkan kita muslim ni kadang terlepas pandang dan terbuat perkara-perkara riak tanpa sengaja.

Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

SITUASI RIAK i : Awek cun-Abam hensem

Hari-hari kerja selfie je tak sudah-sudah. Pastu letak la caption acah-acah rendah diri "Seketol "aku" yang selebet hari ni". Padahal hakikatnya dalam hati mendambakan komen pujian dari followers. Bila ada yang memuji, kita pun balas "Hikhik, takde la. Biasa-biasa je ni awak" 

Eyy..serius geli! Yang tukang puji pun sebenarnya tak puji ikhlas pun. Sengaja nak "jet" je sampai terangkat.haihz. Score satu lagi dosa.


SITUASI RIAK ii : Shopping barang branded

Susun barang-barang yang baru dibeli, dengan prop dan background cecantik, kemudian snap dan muat naik ke instagram dengan hashtag nama brands terkemuka dan mahal. Followers yang tengok pun naik menyampah sambil membawang secara monolog "Eleh tahu la laki dia orang have-have, tapi tak payah lah nak menunjuk sangat!"


SITUASI RIAK iii : Bermegah dengan kelebihan anak

Facebook dan instagram dah macam medan mempamerkan kecomelan baby masing-masing. Bila anak dah besar sikit, dah masuk kindergarden, dia tayang lah video-video bakat anak dia dalam mewarna, mengaji, mengira, membaca dan sebagainya. Kalau sekali sekala tu, mungkin acceptable lagi. Ini sudah hari-hari apa cerita? Sehari 5 ke 6 post pulak tu. Tak sensitif ke pada followers yang dah bertahun-tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki cahaya mata?


SITUASI RIAK iv : Bersyukur tak sudah (propa)

Syukur, alhamdulillah. Rezeki masuk tak putus-putus hari ni. Sales mencecah 4 angka minggu ni. Selang seminit, update pulak stok dah licin, duit sales masuk bedesup-desup. Kamon la. Ucapan syukur alhamdulillah itu amatlah bagus diucapkan selalu tapi bukan ke lebih elok, lebih cantik kalau kita salurkan rasa syukur tu dengan bersolat sunat dan sujud syukur. Macam "tak kena" pula bila heboh syukur itu syukur ini dekat laman sosial.


SITUASI RIAK v : Tayang dia pandu jentera hebat

Sengaja tangkap gambar view jalan raya dari dalam kereta pastu biar emblem beemer yang kat stereng tu termasuk sekali dalam gambar. Captionnya ‘teruk jammed hari ni, dekat sejam dah tak bergerak-gerak'. Eh, ini nak cerita jalan jem ke, nak cerita tengah drive BMW ni. Kau rasa?


Maka hindarilah dari bersifat riak! Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Kesimpulannya, jangan bersikap riak.

Manusia spesies riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kalau spesies kuat menunjuk ni kitorang gelar dia dengan kod rahsia "royekap" (rahsia lah sangat konon padahal eejaan riak dalam jawi)

Tapi ada juga orang yang menunjuk-nunjuk di laman sosial, kerana mengamalkan teknik "show off marketing" dan untuk tujuan personal branding. Aku tak sure lah strategi marketing jenis ni patuh syar'ie atau tak. Kalau korang tahu apa hukum berserta hujah nya, please share kat ruangan komen..hokey.

Anne: Aku bukan ustazah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. peringatan untuk kita bersamaaa :D

    BalasPadam
  2. Perkara riak yg dalam tak sedar saya buat, mungkin nombor dua. Tapi barang saya takdelah high end, kadang2 terlupa dan terlebih happy dapat reward terus post ke Instagram. tsk tsk tqa.. tqa..

    This should be a lesson and a reminder for everyone.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y