Baby Hawraa' Milestones | Minggu ke 4

Movement tangan baby Hawraa' nampaknya lebih terorientasi, tak macam sebelum ni, tangan dia bergerak-gerak secara rawak tanpa arah tujuan. Kesan calar pada muka Hawraa akibat mencakar diri sendiri tu pun dah tak lagi bertambah. Kesan-kesan calar minggu lepas je yang masih tertinggal.

Penglihatan baby Hawraa' juga nampaknya dah berfungsi sepenuhnya. Dia akan memandang tepat ke arah muka ibu bila ibu memanggil namanya. Ini juga membuktikan deria pendengaran Hawraa' juga dah terbentuk sepenuhnya. Tambahan pulak, setiap kali abang-abang dia menutup daun pintu dengan kuat, dia menunjukkan reaksi tersentak tanda dia terkejut!

Dan yang paling ibu excited adalah, perkembangan percakapan baby Hawraa'. Teruja sungguh ibu bila Hawraa' dah mula keluarkan suara lembut, ber goo-goo gaga, babbling, serta mendengus untuk menzahirkan perasaannya. 


Membesarlah dengan sihat sayang. Moga Allah sentiasa melindungimu. Allahumma amin.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.