Baby Hawraa Milestones | Minggu ke 8

maksud hawraa haura hauraa
Hawraa'
Satu perkataan – pecut! 

Berat badan baby Hawraa' memecut naik iaitu sebanyak 1.2kg bulan ini. Masa lawatan ke klinik untuk suntikan imunisasi usia sebulan dulu, berat badan Hawraa adalah 3.9kg.

Dan kini pada usia dua bulan berat badan baby Hawraa' telah mencecah 5.1kg.

Sejak awal-awal minggu ke-8 ni, ibu nampak kepala baby Hawraa' dah lebih tegap dan stabil. Dan bila meniarap, dia boleh mengangkat kepala dalam beberapa saat.

Kemahiran motor kasar Hawraa' juga dah makin matang. Dia mula membuat gerakan mencapai sesuatu yang berada lebih kurang 20 sentimeter di hadapannya. Selain itu, baby Hawraa' ligat menghisap genggaman tangannya hingga bejujuran air liur haha.

Bayi Hawraa' dah dapat membezakan di antara suara-suara yang biasa didengarnya dengan bunyi-bunyi yang lain. Nampaknya Hawraa' bakal menjadi pendengar yang lebih baik selepas minggu ini. Hawraa' makin peka terhadap arah mana datangnya suara ibu. Good job sayang!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.