Batrisyia birthday and Preloved Handbag Giveaway

Aku menyahut cabaran Cikla untuk menceritakan kisah kelahiran yang paling tak boleh dilupakan. Uhuk..uhuk.

Klik banner untuk join.
Sebenarnya, kelahiran ketiga-tiga anak aku semuanya pengalaman yang aku akan ingat sampai lah aku ke liang lahad. Tapi pengalaman melahirkan anak sulung aku, Naufal lah yang paling mencabar. Aku dah coretkan dengan panjang lebar dalam beberapa entri tentang kelahiran Naufal.


So here's the short story version of Naufal birth :

Naufal dilahirkan lebih awal dari tarikh jangka, iaitu pada minggu ke 32 kehamilan. Aku mengalami pecah air ketuban atau dikenali sebagai PPROM. 

Bila aku dihantar ke hospital, doktor bagi ubat untuk tahan air ketuban tapi nampaknya tak berkesan. Paras air ketuban semakin surut dengan cepat akhirnya pakar O&G decided untuk melakukan kelahiran segera iaitu melalui kaedah pembedahan.

Dah la kena czer, lepas baby lahir pulak, aku tak sempat mencium pipi dia pun. isk..issk. Diorang terus bawa anak aku pergi NICU. Sedihnya ya Allah.

Part yang paling sedih bila tengok anak aku berwayar penuh satu badan. Allahu. (T_T) Berjujuk air mata ibu.

     Orang kata dalam pantang jangan nangis kan? 

Huh! Pedulik! 

    Aku nangis semahu-mahunya tepi balang anak aku. 

Kalau korang pernah ada pengalaman melahirkan baby pramatang, korang tahu lah rasanya. Cabaran nya bukan setakat di hospital, tapi di sepanjang hidup anak tu, tahu?

Sekarang Naufal dah pun 5 tahun. Dah masuk tadika pun. Tapi aku "kepung" dia tu, mengalahkan baby.. huhu. Asap rokok, air batu, cuaca sejuk, pemakanan dia, semua aku control ketat-ketat. 

Junk food? Big NO!


Sebagai penutup, meh aku belanja gambar anak bertuah Naufal aku ni kat bawah ni ha?

Ada seorang hamba Allah ni kata kepala Naufal besar gila!
So aku jawab selamba- "Future Malaysia Prime Minister tu pakcik~ Pakcik tak tahu ke, kepala besar ni, kepala otaknya bergeliga.



4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. cabaran dan ujian pahalanya besar. tabik dengan semangat dan kekuatan ibu-ibu semua =D

    ReplyDelete
  2. Alolo.. Comeynya naufal. Semoga membesar dgn sihat ye...

    Bentuk kepala anak lelaki cikla, Ammar pun besae jugak. Dulu masa bersalinkan dia, berak dlm perut. Merasalah jugak dia berwayar2. 2 minggu berpantang kt spital. Huhu..

    Tp org tua2 ckp bdk kepala besae bijak tau. Hihi...

    Btw, thanks sudi join..

    Check senarai peserta di sini

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/05/senarai-peserta-batrisyia-birthday-and.html?m=1

    Good luck!

    ReplyDelete
  3. good luckk comel naufal semoga jadi anak soleh..

    ReplyDelete
  4. Singgah follow sini dari GA yang sama :)

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.