Mengenali Menteri Besar Perak ke-12 | Ahmad Faizal Dato' Azumu

Mengenali Menteri Besar Perak ke-12, Ahmad Faizal Dato' Azumu | Ahmad Faizal bin Azumu merupakan calon parti PPBM dari Pakatan Harapan ini, telah menang bertanding atas tiket PKR di kawasan dun N47 Chenderiang. Beliau yang lebih mesra dengan gelaran Peja ini turut memenangi kerusi parlimen P063 Tambun, Ipoh selepas menewaskan penyandangnya iaitu Ahmad Husni dari parti BN.



Ahmad Faizal diangkat menjadi Menteri Besar Perak ke-12


biodata menteri besar perak


Selama 3 hari kerajaan Perak masih tergantung

Persoalan dan teka-teki bangsa Perak tentang siapakah yang bakal mengemudi kerajaan Perak sebagai Menteri Besar akhirnya terjawab bila Pakatan Harapan (PH) berjaya memujuk dua orang ADUN dari BN agar keluar parti, menyokong PH.

Selepas dua orang ADUN dari BN itu sertai PH, akhirnya majoriti mudah 31 kerusi berjaya diperolehi sekaligus melayakkan PH membentuk sebuah kerajaan negeri.

Fakta angka : Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Perak - 59 kerusi



Ahmad Faizal sah selaku Menteri Besar yang baharu

Akhirnya pada tanggal 12 Mei 2018 istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan telahpun berlangsung di hadapan DYMM Sultan Nazrin Muizzudin Shah, Sultan Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar.

biodata menteri besar perak
Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang ke-12 | Jam 6.04 petang 12 Mei 2018


Biodata YAB Menteri Besar Perak ke-12 (2018)


Nama penuh : Ahmad Faizal bin Dato' Azumu
Tempat kelahiran : Ipoh, Perak

Tarikh lahir  : 10 Jun 1970
Usia pada 2018 : 48 tahun        

Isteri : Dr. Nomee Ahikin binti Mohammed Radzi
Anak : Dua orang (17 dan 12 tahun)

Profail terkini :
  1. Menteri Besar Perak (2018)
  2. Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
  3. Ahli Dewan Parlimen Malaysia
biodata menteri besar perak yang terkini
YAB. Menteri Besar Perak yang terkini


Pendidikan awal :

      Sek. Ren. Keb. Cator Avenue, Ipoh
      SMK Anderson, Ipoh



Pendidikan tinggi :

      Ijazah Kajian Perniagaan,
      Universiti Edith Cowan, Perth Australia.



Reputasi beliau sebagai ahli politik :
  1. Ketua Badan Kepimpinan PPBM
  2. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
  3. Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak


Sejarah Perkhidmatan :

      Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwah Khas,
      Kementerian Komunikasi & Multimedia

      Pegawai Khas,
      Kementerian Kesihatan Malaysia (2011-2013)

      Pegawai Khas Kanan,
      Menteri Besar Kedah. (2013-2016)


Sumbangan :

      Beliau merupakan penggiat aktiviti kemanusiaan.

      Pernah terlibat dengan Misi Kemanusiaan,
      Freedom Frotilla di Gaza, Palestin.

      Pernah melalui detik getir sebagai tawanan askar Israel


****************

So, berdasarkan latar belakang beliau, nampaknya beliau seorang yang cakna terhadap kebajikan dan isu kemanusiaan serta agak arif dan mahir dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Semoga di bawah teraju beliau, kuasa ekonomi negeri Perak boleh diseimbangkan semula antara Melayu, Cina dan India supaya negeri Perak tak lagi terus dimonopoli ekonominya oleh suatu kaum tertentu sahaja.

Akhir kalam. Tahniah dan selamat menjalankan tugas Yang Berhormat! Semoga harapan rakyat tercapai lah hendaknya.




1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.