Blog performance update : April 2018

Blog performance update : April 2018 | Sekarang google analytics ada feature terbaru. setiap bulan diorang akan hantarkan satu email snapshot performance website kita dan dibandingkan dengan bulan sebelumnya, iaitu bulan Mac.

Jom aku tunjukkan kat korang cemana rupa email tu.

Users = UV


So here's the summary for April 2018
Total posts : 9 buah entri sahaja berjaya di pos untuk bulan april ini *sad*
Pageviews : 79388



Sessions : Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.

Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.

Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.

Users : Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.

Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.

Pageview : Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.

Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.

Bounce rate : Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah dalam range 10% - 20% sebulan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cikla bounce rate still tinggi.. Huhu.. Btw, good sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips AFB ajar, banyakkan internal link untuk rendahkan BR cikla. Boleh try ^_^

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y