Evolusi transaksi online dalam urusan jual beli

Lazada Online Revolution 2017 | Angka keramat 11-11 dan 12-12 ni memang menjadi igauan dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua pelanggan setia Lazada. Berita baik bagi korang yang kaki shopping online! Sebab Lazada Online Revolution untuk tahun ni dah makin hampir. Macam biasa, sales gila-gila kat Lazada ni akan bermula 11-11-2017 hingga 14-12-2017. So macam mana caranya nak dapatkan penjimatan ekstra sempena Lazada Online Revolution kali ni? Ok jom kita tengok satu persatu rahsia nak dapatkan deal terbaik sepanjang tempoh sales ni.


Evolusi transaksi online dalam urusan jual beli

Sedar tak sedar dah 5 tahun dah Lazada bertapak di Malaysia ni. Teringat Annur pada pengalaman pertama, masa mula-mula membeli di Lazada. Batak sangat rasanya sebab risau dengan tahap reliability laman web Lazada. Yelah masa tu laman e-commerce tak begitu popular lagi di Malaysia ni. Benda pertama yang aku beli adalah beg penyimpanan susu perahan V-Cool warna pink. Berkenan sangat dengan beg V-Cool ni masa tu sebab dia dua tingkat tau! So boleh muat letak breastpump dan jugak botol susu.

Pengalaman mendebarkan pertama kali melakukan transaksi online

dvrgfvdc

Mudah dan selesa membuat pilihan barangan bayi secara online

Membeli-belah secara online ni dah menjadi trend di Malaysia, berbanding 5 tahun lalu. Aku sendiri pun lebih selesa membeli belah secara online terutamanya dalam memilih dan membeli barangan keperluan bayi. Korang bukan tak tahu, barang kelengkapan bayi seperti alatan nurseri, permainan dan material pembelajaran agak susah nak didapati di luar bandar. Kadang-kadang, mencari puting botol susu jenama popular macam Pigeon, Avent dan lain-lain pun, jenuh memusing satu pekan, tak berjumpa. Selain tu kalau beli secara online, ibu-ibu mengandung dan yang beranak kecil ni tak susah. Klik-klik je di rumah, dan tunggu barang sampai.


Tunggu apa lagi? Jomlah penuhkan troli!

Tengok! Aku dah start memenuhkan bakul pesanan aku dah ni haha. Korang mommies, nak tengok je ke? Nanti esok-esok bila sale Online Revolution start 11-11 nanti baru terkapai-kapai nak survey barang apa nak beli, takut terlepas pulak. Sebab dah sold out.haha


Lama dah aku aim beg ni. Berkenan benor aku sebab ianya sangat versatile dan banyak fungsi tau! Semestinya pereka beg ni ambil masa yang lama study pasal mommies lifestyle serta apa yang mommies idamkan dari sebuah beg nursing. Jom layan video review beg ni di bawah.


Annur : Aku plan nak beli beg nursing ni. Korang pulak, nak beli apa masa Lazada Online Revolution nanti? Cer share sikit kat ruang komen di bawah.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.