GST Bakal Dimansuhkan Bermula 1 Jun 2018


Kecoh hari ni di setiap group WhatsApp mengatakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST bakal dimansuhkan. Menurut siaran media bertarikh 14 Mei hari ni, kerajaan Malaysia baharu yang dikemudikan Pakatan Harapan akan memansuhkan GST berkuat kuasa bermula 1 Jun 2018.

Nampaknya, janji-janji PH selama ini bukanlah wayang semata-mata. Jom tengok Press Release kat bawah ni :

Pasca pru14 GST mansuh


Kalau diteliti gaya penulisan press release ni, memang berbunyi kekok dan janggal. Kalau korang biasa deal dengan surat-surat kerajaan, korang mesti dapat spot, ada sesuatu yang tak kena at the first glance.

Yes. Ianya berbunyi macam ayat budak-budak. Ahaks! Korang yang bukan kakitangan kerajaan pun aku percaya korang boleh cam ayat dia macam kelakar. Siaran media yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp ni adalah PALSU.

Kementerian Kewangan Malaysia, MOF dah umumkan berita pasal pemansuhan GST ni memang soheh palsu! Pengumuman tu disiarkan jugak melalui fanpage official diorang kat facebook.




Pengajarannya, kalau korang terima pape je berita dari saluran selain berita tv dan laman web rasmi MOF, korang selidik lah dulu akan kesahihannya okey?

Akhir zaman ni memang zaman fitnah. Dan paling bahaya adalah cakap-cakap dari golongan ruwaibidhoh. Makhluk spesies ni memang pandai "goreng" cerita sampai dengar macam real.

Puak ruwaibidhah golongan ruwaibidhoh

So, jangan kita jadi salah sorang yang memanjangkan rantaian dosa fitnah tu pulak na. Validate dulu setiap info yang kita terima sebelum kita forward, share dan repost.


Annur : Aku pun tipah tertipu jugak la tadi pagi..ciskek betoi la!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.