Jemaah Menteri Malaysia sepakat potong 10% gaji

Jemaah Menteri Malaysia sepakat masing-masing potong 10% gaji | Sejarah semasa pertama kali Tun Dr Mahathir mengetuai mesyuarat kabinet tahun 1981 dulu telah pun sekali lagi berulang. 


____________________________  

Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri "


– Tun Mahathir Mohamad
____________________________


Keputusan pemotongan 10 peratus gaji jemaah menteri ini dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kali pertama, 23 Mei 2018 hari ini dan telah pun dipersetujui secara sukarela oleh ahli jemaah menteri.

Selain tu, beberapa agensi yang mempunyai fungsi bertindih dengan fungsi seperti SPAD , JASA dan JKKK telah Tun bubarkan, dan peranan agensi-agensi tersebut dipulangkan semula kepada jabatan kerajaan sedia ada.

Agensi lain bawah kerajaan yang turut dibubarkan adalah Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang sudah beberapa kali dipertikaikan oleh pembangkang (PAS) agar peruntukan ke atas agensi itu dikaji semula.

Langkah ini dibuat tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

Secara peribadi aku katakan, memang inilah yang kami; rakyat nanti-nantikan. 

Aku setuju sangat langkah Tun.M tampung kekurangan kewangan negara dengan mengamalkan kaedah berjimat-cermat dan pada masa sama, mengurangkan ketirisan dan pembaziran.


Syabas aku ucapkan kepada para pemimpin Malaysia baru kerana melaksanakan langkah berjimat-cermat ini.


Betul kan?

Memang dah lama kita impikan menteri-menteri yang amanah untuk menguruskan urusan rakyat dengan penuh wibawa dan rasa tanggungjawab.

Bukan sibuk menambun kakayaan diri, dan anak-beranak je dengan cara menyedut duit rakyat secara licik melalui projek-projek "gajah putih" yang jelas merupakan projek mega-pembaziran.

Bagi aku, pimpinan terdahulu patut buat macam ni awal-awal lagi sebelum krisis ekonomi semakin meruncing pada penghujung tahun 2014 dulu. 

Bukan hanya tahu menyalahkan orang lain atas kesusahan hidup rakyat. Pastu tak sudah-sudah melaungkan slogan rakyat didahulukan, padahal hakikatnya, asyik "rakyat sahaja yang kena dahulu".

Pelbagai subsidi dipotong, subsidi petrol dan diesel pula langsung terus dimansuhkan dan diperkenalkan pula sistem apungan terurus (managed float). Tidak cukup dengan itu, GST pula mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 pada kadar 6%.

Allahu~ perit betul masa melalui zaman tu. Kos hidup mendadak naik, terpaksa lakukan 2-3 pekerjaan, bisnes pulak merosot sebab kuasa membeli berkurangan dan ditambah pula income tax yang tak jemu-jemu memburu kita. Menangiss oii~

Tapi entahlah.

Mungkin bagi sesetengah orang nilai 10% tu nampak kecil, namun bagi aku at least ada juga la nampak yang menteri-menteri ni cakna dan prihatin terhadap rakyat yang menanggung kos sara hidup yang terlampau tinggi berbanding kadar upah / gaji ni ha.

Kita rakyat, atau lebih tepat "pengundi -pengundi muda" ni perhati je, ada tak kesungguhan dan komitmen para menteri untuk menjayakan amalan good governance dalam pentadbiran mereka.?

Kalau nampak macam tak berapa nak bersungguh je, nampak gaya nya terpaksa lah pengundi-pengundi muda ini tumbangkan anda 5 tahun akan datang. ahaks!

Ini pendapat peribadi aku. Apa pula kata korang?



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. alhamdulillah.. tp klu potong sket lg elaun tu pon ok

    BalasPadam
  2. Baru yakin sikit dengan team baru ni, yang dulu tu hurm..

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y