Jom Pi Pasar – Untung laa orang KL dapat berjimat beli barang dapur dengan kupon RM20 percuma

3:10 AM
Jom Pi Pasar - Untung laa orang KL dapat berjimat beli barang dapur | Serius weh, untung korang yang tinggal di Wilayah Persekutuan terutama sekali Kuala Lumpur! Bukan la nak propa, tapi bagus DBKL buat program Jom Pi Pasar ni wey. Sebab korang mesti tak percaya kalau aku kata sekali aku pi pasar di tempat aku ni (luar bandar) kosnya adalah sama je dengan orang yang hidup di Kuala Lumpur. Ish mesti korang ingat aku cakap muhong kan? (Baca : bohong)

jom pi pasar wilayah persekutuan FAMA


Aku yakin mesti korang tertanya-tanya, kat mana laa "tempat aku" yang aku maksudkan tu?

Okey, kampung aku adalah sebuah bandar kecil yang berada paling hulu dalam negeri Perak. Kos setiap hari yang aku tanggung hanya untuk membeli barang basah adalah paling kurang RM65 seminggu. Itu hanya untuk disuapkan ke dalam empat mulut je tahu! Cuba korang bayangkan orang lain yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Uih nak fikir pun aku dah seriau! jom pi pasar wilayah persekutuan kuala lumpur

Aku terbaca kat twitter yang orang wilayah pun rata-rata bilangan isi rumah meraka dalam 4-6 orang jugak. So bila aku congak-congak, aku dapat la agak yang secara kasarnya, perbelanjaan barang basah diorang untuk sebulan lebih kurang dalam RM200 gitu.

Tinggi tuu oi! Jadi, dapat bayangkan tak betapa tersenyum lebarnya para suri rumah bila ada program yang mengagihkan kupon berbelanja sebegini.

jom pi pasar wilayah persekutuan KL
Sumber : @famawpklp

Harga barangan dapur kerap melambung

Korang pun tahu kan yang harga makanan mentah di pasar selalunya tak stabil. Nak-nak pula macam sekarang ni. Dah nak dekat-dekat masuk bulan puasa dan hari raya Aidilfitri ni akan kecoh la harga itu ini naik!

Bila harga ada turun naik macam ni, sedikit sebanyak bajet bulanan kita akan terjejas. So terpaksa la buat adjustment semula. Bila bajet dah lari, takkan lah kita nak catu pula makanan kita?

Aihh..bab barang makan ni memang cukup sensitif oii~

Kalau nak jimat perbelanjaan sekalipun, seseorang ibu tu takkan sanggup nak catu barang makan di rumah.

Macam aku ni ada tiga orang anak yang sedang membesar!

Diorang perlukan makanan seimbang dan zat yang cukup untuk tumbesaran yang baik. Hari-hari mesti mau beli sayur, ikan dan sedikit buah-buahan untuk hidangan gizi lengkap buat anak-anak.

Takkan la nak berjimat punya pasal, kita bagi anak kita makan nasik lauk telur mata atau bagi makan mee segera je tetaip hari. Tak sanggup mak nak!


Harapan seorang rakyat marhaen

Aku harap gila-gila yang program Jom Pi Pasar yang dijalankan kat Wilayah Persekutuan ni boleh di apply kat Gerik ni ha.

Sebab apa tau? pi pasar tani

Sebabnya hurmm.. Korang cubalah pergi mana-mana ceruk kampung di Gerik ni sendiri. Mesti korang akan dengar rungutan yang sama jer.

Merungut pasal benda apa? pi pasar tani

Ha! Tak lain tak bukan, merungut pasal harga barang segar dijual pada harga yang gila-gila mahal lah. Terutama sekali ikan dan ulam-ulaman kampung. Mujurlah kita tinggal di kampung, boleh juga lah nak menanam serba sedikit di laman belakang rumah.

jom pi pasar wilayah persekutuan KL
Aku pilih untuk tanam sendiri cili padi sebab harga cili padi kat sini sekitar RM 23 - 25/kg

Harga tak masuk akal bagi daerah luar bandar

Aku tak pasti kenapa harga ikan dan sayuran di sebuah bandar kecil ini boleh menjadi begitu mahal. Tapi alasan paling popular dan selalu aku dengar dari mulut peniaga-peniaga pasar tani adalah kerana faktor logistik. Yelah, kawasan hulu macam ni, memang jauh dan sukar nak dicapai.

Keadaan jalan raya yang banyak kena naik-turun bukit serta selekoh sana-sini, menjadi alasan para peniaga mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pengguna. Haihz. Kalaulah program Jom Pi Pasar tu betul-betul ada kat sini, Syiok nya! Boleh dapat kupon RM20 free! Siapa taknak oii~ haha.


Naluri keibuan ~ Nak beri yang terbaik untuk anak

Aku, kalau dapat kupon RM20 tu, aku takde nak beli benda lain. Aku cuma nak beli lala je. Sebab lala ni favorite abam Naufal dan dik Nufael. Nak dibeli selaluu, tak boleh sebab harganya agak mahal bagi aku yang dalam kategori berpendapatan sederhana ni.

Anak-anak aku kalau dapat lauk lala, sure akan makan nasi bertambah-tambah. Seronok aku tengok!

jom pi pasar wilayah persekutuan
Keutamaan dalam hidup para ibu, selalu je nak membahagiakan anak-anak.

Annur : Haa.. DBKL dah buat. So MDG, Gerik..bila pulak nak "cedok" program Jom Pi Pasar ni ke sini.hihi jangan marah. Awok tanye je. jom pi pasar wilayah persekutuan

30 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Untung sangat orang KL,pegi pasar dapat rm20.jimat jugak tu

    ReplyDelete
  2. Untung sangat orang KL,pegi pasar dapat rm20.jimat jugak tu

    ReplyDelete
  3. Best tu kupon RM20 mcm2 boleh beli 😉

    ReplyDelete
  4. Menarik ni... secara tak langsung, kita support peniaga-peniaga kecik jugak...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah membantu mereka yang memerlukan :D

    ReplyDelete
  6. eeeiii, nak la juga kupon tu....:))

    ReplyDelete
  7. jom jom pi pasar..saya pun kalau nak cari bahan mentah suka ke pasar..sbb harga murah sikit + fresh..selalu kalau beli kat pasar mmg habis seratus lebih jugak..dpt diskaun RM20 tu, okey juga tu..

    ReplyDelete
  8. Best pi pasar ni sbb bahan2 mentah lebih fresh..Di samping tu boleh juga tolong peniaga2 tempatan kita...

    ReplyDelete
  9. Kupon RM20 tu dah boleh lauk segar tuhh..mana ada tempat lain buat lagi..patut diperluaskan..nak merasa juga..ehehe

    ReplyDelete
  10. Bestnya program ni... RM20 pun besar gak nilainya.

    ReplyDelete
  11. Bestnya kalau semua tempat ada bagi kupon ne. Huntung warga kota

    ReplyDelete
  12. sungguh dpt meringan kan beban..dpt kupon RM20 dah lepas duit sayur

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan.

    ReplyDelete
  14. Bestnyaa Rm20 tu

    ReplyDelete
  15. g pasar dapat duit! manyak syok!

    ReplyDelete
  16. terapi saya ni kalo pergi ke pasar.Banyak barangan basah yang fresh dan murah

    ReplyDelete
  17. untungnya pi pasar dapat rm20

    ReplyDelete
  18. selain dr keuntungan dr pembeli, dpt juga keuntungan pd pnjual sbb dpt customer dgn cpt..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, ada juga inisiatif untuk golongan berpendapatan rendah dekat KL ni, walaupun duduk KL tak semua gaju tinggi sekurang-kurangnya dapat bantu keluarga berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  20. Dapat kupon RM20 macam-macam boleh beli. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  21. Untungnyaa dapat kupon, boleh beli macam macam

    ReplyDelete
  22. Bestnya tinggal di KL, pergi pasar dapat kupon ni... :)

    ReplyDelete
  23. Jimat lah mcm tu.

    ReplyDelete
  24. kalau g pasar memang byk akan habes duit nak beli barang barang dapur kan..dapat rm20 nih ringanlah sikit beban n at the same time dapat berjimat.

    ReplyDelete
  25. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  26. barangan keperluan sekarang pun dah jadi mahal.. hope dnegan bantuan ini dpt tolong yg memerlukan #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  27. Moga program macam ni berlarutan hingga ke negeri lain lah kan? Sama-sama merasa gituuu...

    ReplyDelete
  28. Rindu kroh la AS...tapi tu la sayur mahai sana

    ReplyDelete
  29. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  30. Rm20 tu kalau ena dapat memang borong sayur.haha.. banyak dapat tu. Saving taw. Bertuahnye sape dapat.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.