Resepi Roti Jala dengan Kuah Durian

Roti jala kuah durian 

Bukanlah asing lagi kalau kuah durian tu dimakan bersama roti jala. Nak-nak pula bila musim durian luruh, jatuh pada bulan puasa ni. So jom kita membubur durian dan menjala roti kirai..ahaks!


resepi roti jala confirm jadi



Anggaran masa penyediaan : 1 jam 30 minit

Cara membuat Roti Jala atau Roti Kirai


 Bahan-bahan
 1/2 kilo tepung gandum (500gm)
 1 tin susu cair (Syu prefer santan segar)
 1 biji telur
 2 tin air (guna tin susu cair tadi)
 sedikit garam
 1 sudu makan minyak masak
 sedikit serbuk kunyit (untuk seri kuning)

 Cara-cara
 1. Masukkan tepung, telur, susu cair dan air ke dalam blender.
 2. Kisar semua bahan sehingga sebati
 3. Tapis bancuhan tepung untuk mengasingkan tepung yang berketul
 4. Kemudian barulah masukkan ke dalam botol dengan 4 nozzle.
 5. Bancuhan tepung jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  • Kalau terlalu cair, susah nak dijala. Kalau terlalu pekat, roti jala akan jadi keras, terlalu tebal dan silap-silap, semasa nak menebar pun, bancuhan tepung taknak turun.
 6. Bila bancuhan agak-agak cantik, elok kepekatannya,
     boleh lah mula kirai diatas kuali leper.

NOTA: Memandangkan roti jala merupakan sajian klasik, dari orang dulu-dulu, so aku prefer tebar secara membulat dan rawak, menghasilkan roti kirai ala-ala arwah Opah aku dulu. Kalau korang sukakan roti jala style moden yang dijala dalam bentuk garisan lurus dan menghasilkn roti jala patern petak-petak, itu terpulang pada korang ok.
 
Pastu kalau korang ragu-ragu sama ada bancuhan korang pekat atau terlalu cair, korang tonton video ni. Video ni ada menunjukkan bagaimana rupa bancuhan tepung untuk roti jala yang "ngam-ngam" elok kepekatannya. Tak pekat, tak cair. Sedang molek!


See? Bancuhan tu mengalir dalam bentuk berpintal dan berpilin kan? Jadi itulah petua dari arwah Opah aku, dalam menentukan kepekatan bancuhan tepung tu dah elok. So, lepasni boleh lah korang cuba resepi ni, pastu try timba bancuhan korang. Jadi berpintal tak?

resepi roti jala confirm jadi

Cara membuat Kuah Durian


 Bahan-bahan
 8 ulas durian
  200ml santan pekat
 300ml air
 1/2 sudu besar tepung gandum
 2 sudu besar gula (ikut kemanisan yg anda suka)
  1 sk garam (Syu guna sudu KFC)
 daun pandan

 Cara-cara
 Masukkan semua bahan (kecuali santan dan tepung gandum) kedalam periuk dan kacau sehingga isi durian tertanggal dari bijinya. Tambahkan santan dan sedikit tepung gandum (yg dibancuh) untuk memekatkan kuah. Biarkan 3 minit lagi, dan tutup api.


Siap! 


____________-_____________


Tips Laktasi : Did you know? Kuah durian ni boleh jadi milk booster tau dikala bulan puasa ni. Siapa yang susu badan dah mula drop tu, boleh la cuba makan apa-apa makanan berasaskan durian. Wishing all breastfeeding mom supaya berjaya survive menyusukan anak ketika berpuasa ni. Amin~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Roti jala fav akak..tapi akak prefer makan ngan kari..sedpanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. AS pun suka roti jala cicah kari sebenarnya.
      Tapi memandangkan musim durian, kita gunakan durian semaksimum mungkin ahaks

      Padam
  2. sedapnyaaa.. ni kalo sua depan CT memang tak tolak. x akan tooooolak hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ihiks. Durian kan.
      Siapa yang tak makan durian, rugi

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y