Susu membesar Wyeth S-26 Progress serasi sungguh dengan perut anak Syu


Susu membesar Wyeth S-26 Progress serasi sungguh dengan perut anak | Zaman Naufal kecil dulu, memang puas bereksperimen susu formula yang paling sesuai dengan perut dia. Serius weh, bukan senang nak cari susu yang betul-betul sesuai dengan anak kita. So kali ni Syu nak review susu S-26 Progress pulak lah. Harapnya dapatlah membantu mommies out there dalam memilih susu anak nanti.

Masa Syu bersalinkan Naufal, si budak preemie tu tahun 2013 dulu, I masih dungu-dungu dan takde ilmu sangat pasal breastfeeding. Akibat kedangkalan ilmu, genap umur dia 9 bulan I pun mula sulam susu badan dengan susu formula, beranggapan bahawa susu badan I ni tak cukup untuk supply keperluan kalori dia.

Maka bermula lah kaedah cuba-jaya ibu dalam memilih susu. I taknak lah sebut jenama-jenama susu yang pernah I cuba, sebab ia berkaitan dengan reputasi. Padahal ia bukanlah salah susu tu pun. Tapi iye lah, badan baby bukannya sama cara dia tolerate.

Ada yang bila minum susu mahal-mahal, dia jadi sembelit. Tapi bila diberi susu yang harganya lebih ekonomik, elok je pulak dia membuang. Ha lebih kurang gitu lah kekdahnya.

Tapi! Syu nak nasihatkan korang banyakkan membaca review dari blog mak-mak kat Malaysia ni. Search je kat google, banyak je yang akan keluar. Okey? 

I taknak korang jadi macam I. Banyak gila duit habis weyy sebelum I jumpa susu yang betul-betul serasi dengan perut Naufal.

Puncanya apa? Sebab I malas research dan malas membaca la. Main gamble je petik mana-mana susu bagi kat anak! .haihhz.

Review susu Wyeth S-26 Progress

review-susu-wyeth-s-26-progress


Review susu Wyeth S-26 Progress keluaran Wyeth Nutritions


Dalam tempoh eksperimentasi, I try setiap susu dalam 4 hungga ke 5 hari jugak lah untuk pantau macam mana tindak balas pada badan anak I tu. Kalau susu tu tak serasi, hari pertama cuba lagi pun dia dah muntah.


Respon alahan kadang tu lambat tunjuk kesan

Ada juga susu yang I try, dalam seminggu tu dia ok je. Bila dah masuk sebulan, Naufal mula demam dan selesema tak sudah-sudah. Tak ada hari yang I dapat tengok hidung dia kering. Sentiasa je berhingus.


Wyeth menghasilkan formula susu terbaik!

Akhirnya bila I cuba susu S-26 Progress ni, bulan pertama, ok. Masuk bulan kedua pun ok. Dan begitulah bulan-bulan yang seterusnya sampailah sekarang dia dah 5 tahun pun, still lagi minum S-26 tapi beralih kepada S-26 Promise la, yang langkah 4 punya.


Kurang manis

Susu S-26 pada lidah orang dewasa memang yuckkss! Tak sedap! Sebab tawar. haha

Baby yang dah biasa susu badan, dia tak berapa nak boleh tolerate dengan gula yang berlebihan. Kadang diorang muntah, kadang boleh jadi sembelit. Dan pada Naufal, memang dia reject terus taknak isap langsung mana-mana susu yang terlajak manis tu.


Berat badan cepat naik

Naufal kan lahir tak cukup bulan. Masa Syu membesarkan dia, keghairahan I lebih kepada nak mem'bam-bam' kan dia je. Kalau suap nasi tu, memang portion dia banyak gila I bagi! Bhahahaa

Susu S-26 Progress ni Syu kira, antara susu yang seimbang la dia punya jumlah kalori. Sebab berat badan Naufal naik cantik je setiap bulan.


Lawas air besar

Minum susu S-26 Progress ni, Naufal jadi kosisten pagi dan sebelum maghrib dia akan poo-poo. Alhamdulillah, selamat la I dari scene sumbat bu*t anak dengan enema. Haha.

Siapa yang ada pengalaman picit masuk enema je akan faham macam mana berkemburnya poo-poo budak tu sebaik sahaja ia dipicit. Boleh berkunyit tangan hoii~

Lega! Babak berkunyit tu aku dapat skip dengan memberikan Naufal susu S-26 Progress ni.


Pasaran yang luas

Pengalaman aku sepanjang menggunakan susu ni, tak pernah lagi la aku terputus bekalan. Kat mana-mana store pon korang boleh jumpa susu S-26 ni.

Tapi kalau korang tinggal terlampau hulu jauh di ceruk banat sana, korang boleh beli via Lazada je.

Ehh. Ceruk banat ada wifi apa?! Sedangkan pos-pos orang asli pun leni dah ada 4G LTE! So order online jer lah, apa susah.


Harga?

Bagi I yang berpendapatan sederhana ni, harga dia so-so la. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi, I selalu borong time supermarket buat offer. Kat situ je I boleh jimat.

Tapi kalau nak betul-betul jimat, mommies susukan je la anak-anak mommies dengan breastmilk je. Confirm jimat. kikiki

Tapi nak fully breastfeed, ilmu kena ada la. Baru la tak jadi macam Syu ni ha. Gagal eksklusif susu badan anak sulung.

Bagaimanapun, alhamdulillah syukur sangat berkat rajin menggali ilmu, anak kedua aku Nufael sekarang 2 tahun 9 bulan masih lagi nyusu badan, dan berkongsi pulak dengan adik dia, baby Hawraa, yang kini baru 72 hari.

Namun segalanya rezeki itu datang dari Allah jua. Kalau dah usaha, tapi susu tetap jugak kurang, tak payah teragak-agak, korang bagi je la susu formula.

Susu formula bukannya racun pon!

So, sebagai penutup review Syu kali ni. Syu rumuskan, yang susu S-26 Progress ni memang baik dari segi keboleh-hadaman dia dan tidak menyebabkan anak korang jadi sweet tooth (ketagihan gula) insyaAllah.


Recommended?


Yezza!

Aku syorkan sangat mommies semua try susu S-26 Progress ni untuk anak mommies. Moga-moga serasi lah macam Naufal hendaknya. Jadi takde la mommies kerugian wang yang banyak untuk bereksperimen susu.

Lagi molek, kalau mommies request je free sample dari Wyeth. Kalau tak serasi dengan perut anak, takde la rasa rugi sangat.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Tu lah kan..badan setiap budak tu lain. Susu yang sesuai dengan budak A maybe tak.sesuai dengan budak B

    BalasPadam
  2. Anak ayu pun minum susu ni. Tapi harga dia agak Mahal sikit. Tapi fikirkan anak suka dan khasiatnya banyak. Pejam mata jer membeli setiap bulan

    BalasPadam
  3. Baby memang takboleh minum susu yang banyak gula, dan ini salah satu perkara penting bila dapatkan susu formula untuk baby. Alhamdulillah dah sampai 5 tahun ya Naufal dengan Wyeth. Semoga Naufal membesar dengan sihat dan cerdas! :)

    BalasPadam
  4. Susu Wyeth memang dah lama di pasaran.. trusted brand in the market.. Great milk review...

    BalasPadam
  5. Betul la susu S26 ni mememangnya bagus, anak buah akak si Dida tu membesar dengan jayanya minum susu ni dari dia baby sampai sekarang..harga susu ni pun juling mata kan..tapi memang sangat bagus untuk progress tumbesaran anak..

    BalasPadam
  6. Dulu masa akak kecik2 mama papa bagitau akak kena minum susu yang berasaskan soya sahaja tak boleh susu lembu. Ikut anak juga. Kalau sesuai teruskan. Kalau tak sesuai kena stop immediately.

    BalasPadam
  7. first time dengar. tapi bagus entry ini sebab share pengalaman. at least parents baru tau macam mana nak pilih susu yang terbaik untuk anak-anak mereka kan

    BalasPadam
  8. Patut anak-anak makin sihat dan pintar hehehe minum susu sihat yang bagus tengok semua kelebihan ni memang best.

    BalasPadam
  9. Sis tak ingat susu apa lah sis bagi anak sis dulu, kalau tgok gambar mayb ingatlah. Susu berasaskan soya sebab anak kalau minum susu lembu sure perut dia kembung. Tapi bagusnya kulit anak-anak akk bersih je..

    BalasPadam
  10. Pernah dengar susu S26 ni. Ramai parent yang bagi feedback positif mengenai kesesuaian susu ini dengan anak masing-masing.

    BalasPadam
  11. Xpernah dengar jenama susu ini..baca entry ini baru tahu yang tak semestinya semua susu sesuai untuk baby masing2. patutlah ada byk pilihan susu kat luar sana.hehe

    BalasPadam
  12. wah.. boleh la try susu s26 kalau dia tak manis .. sebab harraz ni pun tak suka susu yang ada rasa manis-manis ni.. dia suka yang tawar-tawar.. memang betul pun.. bagi kita yangd ewasa ni tak lalu nak minum susu budak-budak.. hahaha.. sebab rasa tawar tu.. yucks.. hahahaha.. tapi jangans ebut depan budak2.. kang depa pun taknak minum susu tu.. hahahaha

    BalasPadam
  13. Bab susu anak ni emi tak familiar sangat, belum kawen kata kan. Tapi emi tahu sesetengah baby memang agak susah nak cari susu mana yg sesuai dan serasi dengan dia. Anak2 buah emi dulu asyik bertukar susu sampai la dha jumpa yg sesuai.

    BalasPadam
  14. Terima kasih atas perkongsian. Kita masih belum ada nak. Tapi x salah nak naku kan.

    BalasPadam
  15. gonna share this to my brother. in China, he hardly get milk and always come back to Malaysia to but 2 big luggage bag back to China. else the baby wont drink it... milk is very important for them

    BalasPadam
  16. Okay, mudahlah kalau dah start consume susu wyeth nie sebabnya senang untuk dptkan susu nie di mana-mana. Yelah, kadang duduk di kawasan pedalaman susah nk dptkan sesuatu produk tu.

    BalasPadam
  17. my kids didn't try this before as last time they had try different types. Now babies lucky can try this brand :D

    BalasPadam
  18. Susu kena cari yang betul-betul sesuai dengan anak kita kan. Bagus susu ni boleh cuba sampel dulu. Kalau ok baru lah beli kan.
    Syafi lepas complete bf ana terus bagi susu segar sampai sekarang. Tak sempat nak bagi cuba susu tepung ni.

    BalasPadam
  19. Sekarang ni memang banyak susu formula untul bayi. Jadi, tak tahu mana satu yang bagus, mana satu yang tak.

    Paling penting,kena tahu kandungan susu formula. Dan buat piliham terbaik untuk anak. Susu ni nampaknya bagus. Boleh recommend kat golongan mak-mak nanti

    BalasPadam
  20. yerlah susu ni mmg bagus anak saya dr lahir sampai 5 bln minum susu ni .lepas tu i tukarkan susu murah sikit guna dlm sebulan anak mula start x sihat..i ingat x sihat biasa2 tp kerap sgt demam fikir2 sekali eh rs tukar susu baby jd kerap demam.dulu ms minum s26 kakak demam pun x berjangkit tp bila tukar susu lain kerap plk demam..dgn ambil mudah i terus beli s26 blk demi kesihatan anak.

    BalasPadam
  21. yerlah susu ni mmg bagus anak saya dr lahir sampai 5 bln minum susu ni .lepas tu i tukarkan susu murah sikit guna dlm sebulan anak mula start x sihat..i ingat x sihat biasa2 tp kerap sgt demam fikir2 sekali eh rs tukar susu baby jd kerap demam.dulu ms minum s26 kakak demam pun x berjangkit tp bila tukar susu lain kerap plk demam..dgn ambil mudah i terus beli s26 blk demi kesihatan anak.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y