"Gaji" pesawah antara yang Tun M perlu beri perhatian khusus

Dari tahun 70-an lagi, industri padi Malaysia stay dalam keadaan yang sama je. Tak banyak yang aku nampak penambahbaikan pun. Mak sudara aku, seorang pesawah yang tinggal di kampung Tebok Matau, Bagan Serai selalu merungut bila pengilang menolak beberapa persen dari berat keseluruhan padi diorang atas alasan gred dan mutu padi. Sempena PASCA PRU14 ni suka aku nak bangkitkan suara-suara kecil marhaen yang selama 62 tahun ini tak didengari.

Suara golongan pesawah dalam meningkatkan komoditi pertanian padi Malaysia


Majoriti pesawah Malaysia miskin
Aku pernah mendengar pegawai tindakan ekonomi Melayu yang dijemput oleh Astro Awani pada hujung Disember 2017 dulu, berkata bahawa:

-Majoriti pesawah Malaysia still lagi duduk di bawah garis kemiskinan. Ini fakta dari statistik bukan cakap kosong tau korang. Bayangkan purata hasil cuma 4.8 tan padi je untuk sawah seluas 1 hektar. 

Ok. katakanlah korang sendiri merupakan pesawah. Pulak tu, jumlah petak sawah korang tak la banyak mana pun. Ada la dalam 1.5 hektar je. Contoh.

Ini aku bagi situasi bagi korang senang faham. Baca lah dulu sampai habis..ok.

Pastu kilang pulak ambil hasil padi korang pada kadar tetap iaitu pada harga RM1200/tan.


  • "Kecewa sangat sebab kami pesawah bukan kerja makan gaji. Kami tak dapat pun manfaat gaji minimum macam yang dijanjikan parti-parti bertanding dalam pilihanraya Umum ke-14 tu nanti."


Pendapatan below gaji minimum yang dicadangkan - RM1500
Fakta tadi mengatakan bagi 1 hektar sawah, korang bakal dapat hasil lebih kurang 4.8 tan padi je.

So korang ada 1.5 hektar sawah tadi kan? Maka korang bakal dapat hasil dalam 7.2 tan padi lah untuk sekali tuai. Betul?

Padi pulak hasilnya korang boleh tuai 2 kali setahun. Darablah 7.2 tan kepada 2, menjadi 14.2 tan padi.

So, untuk dapatkan purata pendapatan bulanan korang, hasil setahun korang yanh 14.4 tan tadi tu korang darab lah dengan harga kilang RM1200.

Jangan lupa bahagi balik dengan 12 bulan. Maka korang akan dapat purata pendapatan bulanan korang dalam RM 1440 gitu!

RM 1440 sebulan.
Korang rasa cukup? Nak sara hidup lagi, nak rolling modal benih padi, upah bajak, kos nak meracun lagi?

  • "Kami harap sangat kerajaan baru Malaysia sekarang ni dapat selesaikan 6 masalah utama yang membelenggu pendapatan pesawah macam kami ni"

Senarai 6 masalah utama yang membelenggu pendapatan pesawah padi Malaysia


1. Secara purata hanya 64% sahaja padi yang dituai dapat ditukar kepada beras setelah diproses di kilang.

2, Dikhabarkan pengilang hanya membayar harga tetap RM1,200 bagi satu tan padi. Lagi parah bila kilang-kilang mengenakan potongan 20% hingga 50% dari jumlah berat padi yang dihantar.

3. Peningkatan kos menguruskan sawah. Antara kos yang terlibat - kos benih, racun, upah bajak, upah racun, kos servis jentera menuai. Bagi yang menyewa petak sawah, harga sewa juga mendadak naik sampai 2x ganda beberapa tahun kebelakangan ni.

4. Masalah orang tengah yang menawarkan pinjaman modal untuk bersawah dan mengenakan bunga. Banyak pesawah hidup dalam keadaan berhutang panjang berjela serta mewarisi hutang.

5. Kemerosotan kualiti benih. Selain tu, benih yang biasa digunakan sebelum ni dah tak berapa elok kualitinya dan senang kena penyakit.

6. Jualan beras tempatan terjejas akibat dari kemasukan tanpa kawalan beras-beras import ke dalam negara. Setiap tahun, dilaporkan kira-kira dalam 200,000 tan beras luar telah diseludup masuk ke Malaysia dan hingga ke hari ini ia gagal dibendung.

Aku rasa, benda-benda kecil macam ni wajar diperhalusi oleh Kerajaan yang memerintah kini. Benda-benda yang kadang pemimpin pandang enteng ni lah yang menyebabkan rakyat kecewa lalu memilih untuk tumbangkan anda.

Nak-nak pula bagi pucuk pimpinan parlimen yang masih hijau muda daunnya. Rakyat sedang memerhatikan anda rapat-rapat dalam tempoh 5 tahun ni. Silap sikit, punahlah harapan rakyat.

So, you better watched out!  

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.