Kenangan Aku Melalui Alahan Kehamilan yang Teruk di Bulan Ramadhan tahun lepas

Macam Mana Nak Atasi Alahan Kehamilan yang Teruk | Throwback 15 Ramadhan 1438 yang lepas, masa tu aku sedang dalam fasa awal kehamilan. Walaupun ianya dah pun masuk kandungan yang ketiga, tapi alahan yang aku alami nampaknya berkali ganda lebih teruk dari kandungan-kandungan yang lepas. Sempena 15 Ramadhan 1439 hari ini, aku rasa terpanggil nak share macam mana cara aku atasi alahan kehamilan yang teruk dan survive di bulan puasa.

cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk


Perkongsian macam mana aku atasi alahan kehamilan yang teruk, dengan cara aku yang tersendiri

Masa first booking di klinik dulu, AS dah pun kehilangan 3 kg berat badan. Nasib baik booking selepas weight loss, kalau dah booking dulu kemudian berat badan turun mendadak macam ni, confirm kena refer kat doktor. Alahan masa mengandungkan Hawraa memang lain macam ragamnya berbanding mengandungkan dua abang-abangnya. haha masa tu aku dah berangan dah dapat baby perempuan dah, sebab perasan alahan nya lain dari sebelum ni. ihiks


Nyaris dimasukkan ke wad

Doktor mencadangkan aku dimasukkan ke wad sebab nampak tanda-tanda aku dehydrated melalui ujian urin, tapi aku berkeras menolak. Aku cuba yakinkan doktor yang aku sebenarnya boleh makan dan tak ada masalah selera. Cuma setiap kali lepas makan, aku akan muntah. Dan aku pun mulalah menabur janji-janji manis dengan doktor bahawasanya aku akan minum air bebanyak. huhuhu alhamdulillah, doktor batalkan niatnya untuk admit aku ke wad.

Susah weh kalau aku kena tahan wad, siapa nak tengok-tengokkan budak berdua si Naufal dan Nufael tu di rumah. huhu korang tak faham betapa susahnya hidup PJJ* macam ni.

Selepas 2 jam setengah masuk IV drip dekat casualty, akhirnya doktor
discharge aku dengan pelbagai syarat.ihiks

Bila dah balik rumah, aku tunaikanlah janji-janji aku yang dah aku taburkan tu haha. Aku bukan jenis yang suka mencapatikan janji. So, untuk hari itu aku berbuka atas sebab kesihatan diri. Aku minum air kosong, muntah. Minum air manis, lagi lah muntah. Walaupun dah tak larat nak melayan muntah, aku tetap paksakan jugak diri aku meminum air kosong untuk topup balik kehilangan fluid dalam badan.


Makan sikit, tapi kerap

Aku atasi masalah alahan aku dengan cara makan sikit-sikit, tapi kerap. Dalam 1 ke 2 jam sekali, aku akan mengudap sesuatu. Tentang zat, buat masa ni aku bergantung pada multivitamin dan supplement. Aku tau diet aku sekarang ni sangat-sangat tak seimbang dan tak mampu membekalkan cukup nutrien untuk aku dan juga untuk baby Hawraa.


Susu Frisomum Gold sebagai "penampung" asid dari perut yang lapar

review susu fromum gold
Susu rumusan kehamilan FrisoMum Gold ~ Yummeh!
Yup, masa tu aku minum susu dengan agresif, lebih kurang 5-8 kali sehari. Sebab susu yang aku minum ni sedaapppp sangat, ^_^ dan dapat legakan rasa loya dan pedih ulu ati akibat asid refluks. Bila rasa macam mual-mual dan refluks je (asid naik ke salur esofagus), aku cepat-cepat bancuh susu ni, letak ais* dan minum. Walaupun aku muntah sejurus lepas minum susu ni, at least ianya tak la menyakitkan.

Sakit dan pedih tahu bila kau muntahkan asid. Rasa panas terbakar oii dalam saluran pemakanan kat dada ni. Ouchh!

Nota : Mengandungkan Hawraa, aku cuma boleh minum air berais dan sejuk sahaja. Air masak bersuhu bilik atau suam, memang laju je keluarnya. Kadang tu memancut keluar ikut hidung. Allahu~ Cobaan..


Tak boleh terima segala makanan berasaskan daging, poultry dan ikan.

Semua jenis sumber protein sama ada dari jenis seafoods, daging merah serta daging ayam, tekak aku reject. Ya allah masa tu tercium bau orang menggoreng ikan pun aku dah berair-air biji mata, menahan muntah. So, apa yang aku buat untuk memastikan bekalan protein aku cukup adalah dengan mengambil susu soya dalam bentuk aiskrim Malaysia.

Mana nak dapat? Aku buat sendiri la haha. Aku beli plastik aiskrim dan susu soya kotak dari pasaraya kemudian aku buatlah airkrim.


Gila makan jagung!

Seteruk-teruk alahan mengandung, mesti ada satu benda makan yang kita boleh makan. Dari pengalaman aku mengandungkan baby Hawraa, aku memang gemor sangat jagung. Rebus gitu aje pun aku dah rasa sedap. Apatahlagi kalau dibuat sweetcorn, jagung gaul nyior, atau bubur jagung. Alhamdulillah, ada juga la benda yang mengenyangkan perut aku, walaupun tak boleh sentuh nasi berlauk.




Kena guna teknik 'cuba-cuba-jaya' untuk mengetahui apa yang mommies boleh makan

Alahan setiap orang adalah berbeza. Lain-lain badan, mestilah tak sama. Sedangkan badan kita sendiri pun akan alamai alahan yang berbeza-beza setiap kali mengandungkan lain-lain anak. So korang kena berani bereksperimen lah ye. Kalau korang asyik avoid daripada mencuba makanan sebab takut muntah, dikhuatiri baby dalam perut akan kekurangan zat.

Dan jujur aku cakap mengandungkan Hawraa, mak buyong ni memang suka makan makanan yang manis-manis-lemak. ^_^ Mungkin ada betulnya orang tua-tua cakap. Kalau mengandung baby girl, memang suka makanan manis dan tak lalu makan seafood.


Pulun makanan yang boleh diterima perut dan tekak

Bila dah try and error, korang tick la mana makanan yang korang lalu makan. Macam contoh kat bawah ni adalah stok makanan yang aku boleh makan. Semua ini aku dapat dari kaedah try and error la. Memang kalau bercakap mengenai kos, korang akan sedikit "terasa" la dengan jumlah wang yang telah dihabiskan. Tapi, demi anak yang dikandung, awak kena CUKUP MAKAN ikut keperluan kalori semasa.

cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Kukis mentega - Danish Butter Cookies syle ~ Danisa
Rasa dia ori macam cookies yang aku pernah makan masa kecik-kecik dulu

cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Cornflakes Madu ~ Nestle
Nipis dan garing molek! Manis masin gittew. Dekat-dekat raya ni banyak la jual di pasaraya

cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Julie's Butter Crackers. Serius sedap!
Makan begitu sahaja pun dah cukup. Light je rasa lemak masin dia tu



Ok done entri #throwbackThursday untuk hari ini. Babai korang!
Selamat berpuasa. ^_^


**PJJ: Perkahwinan Jarak Jauh

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. bila tgk entry pasal kehamilan ni kesian kat wife.. doakan wife ejulz dipermudahkan melahirkan zuriat kami yg pertama k.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan ejulz and wife.
      moga dikurniakan zurita yang sihat tubuh badan dan sempurna luar dan dalam.

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.