Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster ~ Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang Hari!


Syampu Rambut Kanak-kanak Carrie Junior Odour Buster

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER

Alami Rambut Harum dan Segar Sepanjang Hari dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster! | Biasalah budak lelaki. Tinggal di kampung pula tu. Kalau boleh budak bertuah Naufal dan Nufael ni satu hari suntuk mereka nak bermain di luar. Bila masuk rumah, berpeluh usah cakap la. Kepala pula masing-masing berbau hangit matahari. Ibu pun apa lagi, angkat dua-dua orang sekali masuk bilik air, kasi sental la dari hujung rambut sampai hujung kaki la haha CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER


Pernah tak mommies mengalami pengalaman yang sama dengan AS? Rambut dan kepala nak-anak mommies mengeluarkan bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas mereka bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak mommies berminyak dan berpeluh.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak-anak mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau selepas bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.


Tak elok gunakan syampu dewasa pada kanak-kanak

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

carrie junior odour buster
Berebut nakkan beg CARRIE JUNIOR nan satu ni. Akhirnya abam Naufal mengalah,
dan berpuas hati dengan mainan figura Smashy Macky.CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER sahaja. Good boy Abam!


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari.


Si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain!

carrie junior odour buster

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER | Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala.

Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar! CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.


Jom mommies! Dapatkan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni

Didatangkan dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.71* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.90* di Sabah & Sarawak.

carrie junior odour buster
Kini produk CARRIE JUNIOR boleh juga didapati secara ONLINE!

Manakala Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini mommies boleh lah memeluk anak-anak mommies biarpun mereka baru lepas bermain dan berpeluh! Dengan penggunaan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster mereka akan terus kekal segar dan berbau aroma manis buah buahan sepanjang hari!


beg carrie junior
Smart tak beg CARRIE JUNIOR angah Nufael? carrie junior odour buster


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.   Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.   Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.




*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. baru tahu kanak kanak tak digalakkan guna syampu dewasa. macam tu rupanyaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kc pun kalau nak maintain awet muda, pakai la syampu kanak-kanak

      Padam
  2. shampoo Carrie Junior ni yang dewasa pun suka. bedak dia pun best. yang kecil selalu bawak p jalan2. tukar dengan johnson.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y