Taman Permainan Blueblue Playland dan Trampoline Park pertama di Ipoh. Rupanya ada di dalam MBC Gunung Rapat.

Blueblue Playland di bangunan Master Badminton Club, Gunung Rapat, Ipoh ini bukanlah susah pun untuk sampai ke sini. Baru-baru ini pun AS dengan anak-anak datang main di Blueblue Playland ni all the way from Gerik okay. Korang takkan sesat kalau korang kenal jalan nak ke Terminal Bas yang dahulunya dikenali sebagai Medan Gopeng. Tak pasti lah sekarang masih beroperasi atau tidak. Tapi itulah jalannya nak menuju ke bangunan Master Badminton Club, MBC Gunung Rapat.

blueblue playland ipoh

Blueblue Playland yang bertemakan Lautan Biru yang luas ini sebenarnya dah lama pun beroperasi nya sejak 30 Jan, 2017 lagi dah. Cuma aku je yang baru tahu kewujudan dia kat sini. BlueBlue Playland ni merupakan tempat bermain kanak-kanak terbesar di Ipoh tau?! Merangkumi keluasan 21,000 kaki persegi untuk aktiviti keluarga dan kanak-kanak berumur 0 hingga 15 tahun.

Wow! Luas kan? blueblue playland ipoh

Sebelum aku membebel lebih panjang, apa kata kita layan Vlog anak-anak aku semasa di Blueblue Playland dengan tema "Fun, Play and Learn" tempoh hari.

 Jom! Roll VT.


Amacam? Best kan tengok budak Naufal and Nufael enjoy gila keluarkan peluh kat sini. Puas hatilah double N ni bermain hari ini.ahaks. Dalam kereta OTW balik, these double N tidur lena sampailah ke rumah.  blueblue playland ipoh blueblue playland ipoh


Trampoline Park / Master Jump blueblue playland ipoh

Kalau anak korang berusia 7 tahun ke atas, korang boleh bawa diorang mencuba Trampoline Park. Trampoline Park ini merupakan yang pertama di Ipoh tau -(ia dikenali sebagai Master Jump). Kalau korang tiada skill melompat di atas trampolin, korang boleh je main lompat randomly sekadar suka-suka je di atas tampolin, boleh kuatkan cardio okey?!

Tapi sekiranya korang ada bakat ala-ala stunt gitu dan nak lebih advance kan skill korang, korang boleh lah hadiri kelas harian yang di conduct oleh jurulatih profesional dan ianya FREE! Korang boleh lah asah bakat korang dengan menghadiri kelas Master Jump dari jam 3 petang hingga 5 petang. Pasni boleh lah lompat sambil flip di udara gitteww! Cheewah.


Akademi Badminton Lee Chong Wei blueblue playland

Menurut kata staf di sini, diorang ada juga menyediakan kelas badminton. Aku rasa macam nak sign up Naufal lah masuk ke Akademi Badminton Lee Chong Wei ni, kasi power lagi skill abam Naufal bermain badminton. Minat dan kekuatan tangan tu dah ada, cuma teknik dan trick je perlu digilap lagi.

Korang kalau yang dah follow Intagram aku, korang tahulah betapa Naufal minat main badminton sejak kecil. Kalau tak follow, korang boleh tengok kat bawah ni. Masa ni dia berusia 4 tahun.



Mengikut modul pengajaran ekslusif dari LCW master jump trampoline

Bukannya kat Gerik ni tiada kelas badminton, tapi yang dekat MBC ni aku rasa macam lebih yakin sikit sebab kelasnya eksklusif tahu? Modul latihan badminton kat sini adalah yang diilhamkan dan dipandu oleh Datuk Wira Chong Wei sendiri secara peribadi.

Okey. Cukup cerita tentang kelas, sekarang kita berbalik kepada topik asal kita, ada apa dengan Master Badminton Club, MBC Ipoh ini?

blueblue playland MBC ipoh
Bangunan MBC, Gunung Rapat
Okey, bangunan MBC ni selain menempatkan Taman Permainan Kanak-kanak dan Trampoline Park, ia juga turut menempatkan arena sukan berkonsepkan keluarga iaitu gelanggang yang mempunyai ciri-ciri berstandard Olympik!

blueblue playland MBC ipoh


Bagi ayah-ayah atau ibu-ibu yang merupakan peminat tegar badminton, korang boleh ke gelanggang badminton Master Badminton Club di tingkat 3. Bagi abang-abang yang kaki futsal pula, Master Kick iaitu gelanggang Futsal Indoor amat sesuai untuk korang.

blueblue playland MBC ipoh



Mengadakan acara di BlueBlue Playland blueblue playland  trampoline park master jump

Korang boleh juga mengadakan event seperti party sambutan hari jadi, aktiviti mewarna, lawatan tadika atau sekolah mahupun aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan seperti Messy Art, Art Creative, dan lain-lain. Event hall yang disediakan di sini dapat menampung sehingga 60 orang  dengan selesa dalam satu-satu masa.

blueblue playland
Birthday Party untuk anak-anak kelahiran Ogos dan Julai termasuk birthday Nufael yang jatuh pada 11 Ogos baru-baru ini 

Kalau birthday party di restoran makanan segera itu dah terlalu mainstream, betul tak? Best juga kalau cipta kelainan dengan menyambut ulang tahun di taman permainan begini.

Lebih santai dan bebas rasanya kalau nak mengadakan party games di sini. Kalau korang teringin celebrate birthday anak korang sepertimana Nufael diraikan ni, korang boleh lah booking tarikh cepat.

Harga? master jump

Rujuk senarai pakej di bawah ini.

blueblue playland birthday party


Fasiliti yang mesra kanak-kanak

Personally, aku selesa dan tidak kisah sekiranya terpaksa tinggal lama di sini sebab kemudahan dan fasiliti yang ada di sini adalah sangat memuaskan. Tandas nya sangat bersih dan well-maintained.

 Selain itu, tandas yang disediakan di Blueblue Playland ini juga amat mesra kanak-kanak, di mana terdapat tandas khas yang bersaiz kecil yang memudahkan kanak-kanak duduk tanpa perlu bantuan parents.

 Sinki membasuh tangan dengan paras ketinggian kanak-kanak pula terletak di sebelah luar tandas dan bangku kecil turut disediakan bagi memudahkan kanak-kanak mencapai paip air tanpa bantuan orang dewasa.


Tempat yang mesra ibu-menyusu

Bilik nursery cum nursing room turut disediakan di sini. Ianya dipanggil Mother's Lounge, di mana ia menempatkan dua buah changing table dengan sinki seramik yang tak cetek dan tak pula terlalu dalam.

Sofa 2-seater juga disediakan bagi keselesaan ibu yang ingin menyusukan bayi. Aku siap sempat have a short nap lagi kat sofa ni selepas selesai feeding baby Hawraa tau..haha.

blueblue playland
Kebersihan bilik ini sangat meyakinkan, sehinggakan aku tak meletakkan pelapik (changing mat) di atas table sebelum aku baringkan baby Hawraa di situ.

Betul. Tempat ni nampak terurus betul. Lagi satu, bau dalam bilik ini sangat segar walaupun ianya agak tertutup dan berpenghawa dingin. I guess dari bau segar itu lah kot yang mencetuskan idea, mengatakan bilik ini bersih. Biasanya bilik salin lampin bayi kan baunya tak enak gitu..hihi Tapi yang ni tiada lah pula bau yang tak menyenangkan tu.

Nak tengok nursing room dia tak? Jom play video ni.



Kemudahan untuk para muslim bersolat

Sebuah bilik yang khusus untuk solat turut disediakan. Dengan persekitaran yang bersih dan jauh dari bunyi bising, korang boleh lah take a break sebentar dengan bersolat di sini. Sejadah dan telekung yang disediakan juga adalah dalam keadaan bersih dan tidak berbau. So, tidak kisahlah kalau anak-anak korang taknak balik sehingga tempat ini tutup jam 8 malam pun sebab semua kemudahan untuk ibu bapa dan anak-anak cukup lengkap kat sini.


Persekitaran terbuka dengan pengudaraan semulajadi

Sebenarnya anak-anak aku ni semuanya jenis yang kuat berpeluh. Mungkin budak lelaki memang begitu. Aku sempat juga mengomel pada Incik Husband, kenapa kawasan Blueblue Playland ni tiada penghawa dingin, panas lah!

Incik Husband jawab spontan je,
 "Kalau air-cond, udara dalam ni akan circulate udara yang sama je. Habislah seluruh aras ni bau busuk peluh budak-budak"

Okey. It make sense. Really! Kenapa aku tak terfikir ya?

Budak-budak tu, biarpun dalam persekitaran sejuk ber air-cond sekalipun, mereka tetap akan berpeluh juga sebab mereka bermain dan berlari ke sana ke mari. Bayangkan kalau kawasan ni berhawa dingin, mesti bau masam kepam seluruh arena ni sebab tiada ventilasi udara keluar-masuk..uhuk!

So bila fikir-fikir balik, lebih baik guna udara luar je, lebih semulajadi dan mesra alam gittew! Kalau panas sangat, kau pergi je duduk di ruang legar di tengah-tengah "laut" tu, korang akan dapat rasa angin berhembus persis macam tepi pantai. Apa tidaknya, cuba dongak ke atas. Ada kipas siling gergasi sedang berputar di atas kepala korang.


Isu hygiene dan kuman

Biasalah, kerisauan mak-mak ni bila bawa anak ke tempat awam. Mesti isu kuman, HFMD, chicken pox bagai akan berlegar dalam kotak kepala ni. Yang bagusnya tempat ni, sebelum budak-budak dibenarkan masuk, diorang kena melalui saringan suhu badan dulu. Siapa yang disyaki demam, dia tidak dibenarkan masuk bermain di sini. So bab chicken pox, tak risau dah.

Macam mana dengan HFMD? Hmm..di sini ada 9 stesen Hand Sanitiser yang boleh diakses oleh kanak-kanak. Sebelum masuk, korang kena make sure anak-anak sanitize their hands first. Begitu juga selepas bermain, sebelum balik. Mesti wash hands and sanitize tangan masing-masing.



Teknologi SD-Pro yang agak convincing

Memandangkan tempat permainan kanak-kanak memang hampir mustahil untuk memastikan ianya bebas kuman biarpun ia dibersihkan setiap hari. Sebab kita tak tahu, bila ketikanya budak-budak yang bermain ini bersin dan batuk! Mungkin air luir mereka ada di setiap permukaan dan boleh menyebarkan penyakit berjangkit.

Itu belum kira lagi, kot-kot ada budak yang muntahnya, yang wee-wee dan poo-poo nya..isk~ Aku bukan ibu yang paranoid, tapi aku ibu yang berhati-hati.hahaha tak sama tau.

So, teknologi SD-Pro ni sedikit sebanyak dapatlah memberi kelegaan hati para ibu ayah terhadap jaminan kesihatan anak-anak yang bermain di sini. Nak ulas lebih-lebih pun, aku tak pro bab microbs ni haha.

Tapi yang aku faham, SD-Pro ni merupakan rawatan antimicrobial yang akan coating permukaan yang dirawat itu dengan bahan aktif yang akan membunuh kuman yang come in contact with the surface dan mempunyai jangka hayat selama 6 bulan. Ianya berkesan menentang bakteria, kumpulan kulat dan fungi serta spesies alga.


Bagaimana nak ke Blueblue Playland?

Senang je. Korang kalau berminat nak ke Blueblue Playland korang boleh ushar-ushar pakej promosi kombo yang tersedia untuk hari minggu dan hari biasa. Tapi jangan lupa, hari Isnin diorang tutup ye! Boleh walk in dari jam 10 pagi hingga 8 malam.


Master Badminton Club, (MBC) Gunung Rapat
No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat,
Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.
Tel : +60 5 312 6866
Email : enquiry@mbcfunclub.com.my

Instagram :

Facebook :

Lokasi :


review-taman-permainan-blueblue-playland-dan-trampoline-park-di-ipoh










8 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. seronok budak2 main kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ejulz. Memang budak-budak having fun betul kat sini

      Delete
  2. wow bestnya! paling best tu part ibu menyusu hehe. coz saya ibu menyusu ahaks

    ReplyDelete
  3. bestnyeeee. id love to go there

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa. Macam ni punya selesa, mak budak pun hepi, hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah taw berjaya masuk bloglist syaza.

    ni link dia : bleh check kat list :)

    https://www.vitaminsyaza.com/2018/08/giveaway-vitaminsyaza.com-shaklee-melaka.html

    ReplyDelete
  6. bestnya, namun jauh dimata. hukhuk kalau ada rezeki insyaAllah boleh p bawak dak alisya sofia tu. :D

    ReplyDelete
  7. I wanted to thanks for this notable proper to apply!! I really loved all tiny little bit of it. I have you bookmarked your web site to test out the introduced belongings you pronounce. toptrampoline.net

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.