Bantal Mamaway Bantu Baby Selesa Ketika Demam

Bantal Bayi Mamaway Betul-betul Membantu Baby Hawraa Selesa Ketika Demam | Baru-baru ini, selepas baby Hawraa genap usia 6 bulan dan mendapat suntikan imunisasi di klinik, my angel Hawraa got a mild fever. Yang pelik nya tu, demam panas Hawraa cuma tertumpu di bahagian kepala sahaja, dan demamnya hanya berlaku pada sebelah malam?

bantal bayi mamaway, baby pillow mamaway, cold pillow mamaway malaysia
Baby Hawraa'elwana a.k.a Araa | 6 months


Mungkin kebetulan kena masa sama dengan proses pertumbuhan gigi, Ara memang dah demam. Ditambah pula dengan suntikan imunisasi dalam minggu yang sama, maka, kebabom! Badan Ara tak dapat tahan urge dari kedua-dua tu yang datang sekaligus, lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang mendadak.

Baby yang bawah dari usia setahun biasanya kita takkan berikan ubat, waima ubat demam (Paracetamol) sekalipun dengan sesuka hati. Ibu cuma perlu pantau suhu badan baby dengan kerap, supaya suhu badan baby tidak pergi terlalu tinggi. 

Seperti biasa, sekiranya suhu badan baby mencecah 38°c - 40°c, terus bawa mereka bertemu doktor dengan segera. Jika tidak, cukup sekadar ibu mengawal suhu bayi hanya dengan menjerlum dengan air suam dan tuala basah.

Baby Ara pula jenis yang tidak suka dijerlum. So bantal bayi Mamaway dapat dijadikan alternatif jerlum bagi baby yang jenis macam Ara ni. Bayangkan, biarpun dia dah sudah terlena, apabila di jerlum kepala nya, dia pasti akan terjaga lalu mengamuk! huhu~ Pantang betul dia kalau dijerlum dengan air biarpun aku menggunakan air suam.

Disyorkan Untuk Mommy : Mamaway Pospartum Recovery Belly Band


Bantal Sejuk Mamaway Betul-betul Membantu Baby Hawraa Selesa Ketika Demam



Sebagai penenang bayi yang demam

Aku betul-betul puji siapa yang cipta bantal baby yang boleh disejukkan dalam peti sejuk. Seriously!  Ini pertama kali aku jumpa bantal baby yang boleh regulate suhu badan. Thanks to bantal baby Mamaway! What the innovation!  *applause*

Macam mana aku buat? 

Ha, Syu masukkan bantal ni dalam plastik dan aku sumbat dalam peti beku dalam dua jam gitu. Jangan risau, bantal baby anda takkan membeku keras kejung hahaha. Lepas 2 jam bantal ni masih lembut dan fleksibel macam asal, cuma suhu nya sahaja yang menurun menjadi sejuk.

Magic kan bantal ni? 

Syu tak pasti berapa harganya? Sebab bantal yang Ara guna ni adalah hadiah pemberian dari seorang rakan. Tapi mommies boleh check harga nya direct dari website Mamaway lah kot untuk ketahui lebih lanjut. 

Bagi Syu, benda yang membantu senangkan kerja I, sebut sahaja berapa harganya. Pasti I beli. At least my angel Araa, demam-demam pun dia masih boleh tidur lena dan kurang meragam. Itu seribu rahmat bagi mamy oii~ 

bantal bayi mamaway sejukkan kepala bayi demam, bantak cooler baby, cooler pillow for fever, cold pillow
Tidur je Ara on the way balik lepas kena cucuk imunisasi


Bab meragam ni betul-betul "cobaan" lah bagi ibu-ibu terutamanya ibu yang berkerja macam Syu ni. Nak melalui episod-episod malam tanpa tidur itu amat sukar okey? Esok pagi nya kau nak kena kerja. Sepanjang malam mamy berdoa dalam hati, mohon anak mamy tidak mengamuk dan meragam di tengah malam.
Memang suatu kelegaan lah bagi ibu-ibu kalau anak yang tidak sihat itu boleh tidur lena. Lagipun proses pemulihan banyak berlaku ketika baby tidur. 

Baby akan lebih cepat sembuh dari demam mereka bila tidur mereka tidak terganggu. So, mommies out there, Syu rasa anda pun perlu dapatkan satu bantal macam ni kat rumah kot. Selain boleh dijadikan bantal sejuk, ia juga mempunyai ciri antibacterial dan hypoallergenic.

Baby yang mempunyai asthma, alahan dan juga ekzema sangat sesuai menggunakan bantal Mamaway ini berbanding bantal fiber biasa atau kekabu yang selalu menjadi sumber alergen terhadap sistem pernafasan dan juga kulit bayi.


Bantal yang ideal untuk bayi pramatang

Syu sarankan juga mak-mak yang dianugerahi bayi pramatang untuk mendapatkan bantal baby yang ada special feature dan bergred medikal macam ni. Bukan nak promote (penafian: I tak dapat komisen pun anyway) tapi, bayi pramatang adalah sangat sensitif dan fragile dari setiap sudut. 

So nasihat Syu, sebagai salah seorang ibu yang berpengalaman melahirkan anak pramatang (5 years ago), kawal lah persekitaran bayi pramatang anda sebaik yang boleh. Kalau boleh, jangan biar ada sekelumit debu pun di kawasan pembaringan mereka.


    Disyorkan Untuk Mommy : 7 Tips Penting Dalam Menjaga Bayi Pramatang



Well I kepung my lil preemie Naufal, sehingga umur dia 2 tahun you know. Syu mengelak dari crowd, no kenduri-kenduri, no pasar malam untuk tempoh 2 tahun.

Dan dalam rumah aku cuma guna vacuum cleaner je. Penyapu dan feather duster diharamkan sebab ia bukan membersihkan, malah ia hanya akan menyerakkan debu bercampur kuman ke udara dan akhirnya akan disedut oleh baby preemie kita. Nonono~

Dan begitulah hari-hari Syu sepanjang 2 tahun, mengepung anak special I sehingga I dilontarkan kata-kata sindiran seperti,

 "Eh, baik kau letak anak kau dalam balang kaca saja lah"  ; "kunci anak kau dalam gelas kaca sahaja, baru tiada kuman"  

tatkala aku sekat mereka daripada mencium-cium baby preemie aku semasa mereka menziarahi kami di dalam pantang.

Ohh~ 
Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku hanya melindungi anak aku. Salahkah aku? 



#makAnakTiga #parenting #MamySyu #IbuBayiPramatang #NICUbaby

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Mesti selesa betul kan..get well soon Ara..

    BalasPadam
  2. Cepat sihat Ara... bagusnya ada bantal.macam ni..biasa sha basahkan kain tuala je ..ada bantal ni xperlu lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sha. Amin.
      Aah. BTW bantal ni kalau basah pun tak jadi masyam or hapak. Sebab lepas jerlum Ara, bantal ni jadi basah, but memang tak busuk.

      Padam
  3. Oloooloooo... Kesian dia. Speedy recovery ok darling...

    BalasPadam
  4. Nak beli 1 jugalah untuk anak Mak. Thanks for sharing Kakak. Get well soon Ara sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli mak. Beli 4 terus hahahaa

      Padam
  5. Menariknyaaaa bantal ni AS. Boleh rekomen pada kawan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann..kita orang dewasa pun boleh pinjam sat bantal ni bila time time migrain tu kan, ahaks

      Padam
  6. Abaikan saja orang kata apa. Huhu. Nak bercakap memang senang.

    Get well soon Ara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you cik ma. Ara dah kebah da demamnya

      Padam
  7. Macam best je bantal tu. GWS ara

    BalasPadam
  8. Dulu ada gak bantal sejuk gini.. Tapi dh expired agaknya.. Dah tak sejuk sgt.. Ni blh la beli lagi satu..

    BalasPadam
  9. menarik juga bantal mamaway ni.. semoga Ara baik-baik aje ye ;)

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Haluu puliss... Tolong ara ni.. Dia demam �� Bestnya bantal mcm tu. Kena dptkan 1 ni.. ☺

    BalasPadam
  11. Thanks share info ... inovatif reka cipta bantal ni, mmg membantu ibu ibu untuk mengurangkan ragam anak ketika dorang demam kan ...

    BalasPadam
  12. ini bukan setakat baby je ni, mama baby pon boleh guna mesti best tidur sejuk2

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama19:20

    ruma hdrama

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y