Petua dan Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Tanpa Berkulat

Tidak lengkap rasanya dapur kalau tiada cili. Boleh dikatakan hampir semua masakan kita ada menggunakan cili kisar, sama ada sebagai penambah perisa, pewarna masakan, atau sebagai ramuan asas masakan itu sendiri seperti masak sambal, betul kan? 
tips cili giling homemade tahan 6 bulan
Disebabkan penggunaannya terlampau kerap, so lebih convenient kita kisar sekali banyak dan simpan dalam peti untuk kegunaan berulang kali. Tapi sayangnya, cili kisar kita tidak sampai seminggu sudah berbau masam dan berubah tekstur.
Petua Buat Cili Kisar Tahan Lama
Kalau dibiarkan lagi lama, tumbuh kulat pula barangkali. Aduh~
Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama
Siaran kali ini, Mamy ingin berkongsi tips yang amat berguna dari Mama aku bagi memastikan cili kering kisar kita tahan lama (up to 2 months) di dalam peti sejuk.
Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama
Aku tak pernah pula simpan stok cili kisar lebih lama dari 2 bulan sebab aku aggressive user cili kisar kat rumah tahu? haha. Goreng nasi pagi-pagi pun dah guna cili kisar.ahaks.
tips cili giling homemade tahan 6 bulan
Cili-Kisar-Tahan-Lama, tips cili giling homemade tahan 6 bulan



Sebelum itu, jom saksikan video ringkas cara buat cili kisar tahan lama ini. Kata orang, video lebih cepat "hadam" berbanding teks. hehe



Bagaimana Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Tanpa Berkulat



Bahan-bahan :

Cili Kisar Tahan Lama500 gm cili kering

Cili Kisar Tahan Lama3 labu bawang putih

Cili Kisar Tahan LamaAir tapis RO Coway

Cili-Kisar-Tahan-LamaMinyak

Cili-Kisar-Tahan-Lama2 sudu besar garam


Sebelum kita pergi kepada cara-cara penyediaan, Mamy nak share sikit ciri-ciri cili kering pedas dan cili kering kurang pedas.

Cili kering paling mild (tidak pedas) adalah cili kering jenis panjang lonjong, tapi berkedut-keromot. Mama aku sebut cabai kerinting. ahaks. Kalau anda suka buat pes cili kering versi pedas berapi, anda boleh pilih cili kering jenis panjang, licin dan berkilat.




1. Buang biji dan cuci bersih


Pertama sekali, potong cili kering secara menyerong agar mudah biji-biji nya luruh. Ramas-ramaskan sedikit cili kering yang sudah digunting tu bagi semua biji terkeluar. 

Bila nampak biji dah tiada di dalam cili, boleh lah dibasuh dan tinggalkan di dalam penapis sehingga air basuhan tadi tersejat.

Cili-Kisar-Tahan-Lama,Cili-Kisar-Tahan-Lama, tips cili giling homemade tahan 6 bulan


Seterusnya, kupas 3 labu bawang putih dan basuh bersih-bersih dan satukan dengan cili kering tadi di dalam sebuah periuk berisi air yang telah dididihkan terlebih dahulu sebentar tadi.

Cili kering bersama bawang putih ini perlu direbus sehingga tekstur cili benar-benar lembut atau orang Perak sebut "lunyai" dan "menyei" hahahaa. 

Okay. Di sini lah trick nya.

Untuk menjamin cili giling / cili kisar kita tahan lama, tidak masam dan lambat berkulat, gunakan air tapis untuk merebus. Ingat teknik aseptic yang aku pernah cerita panjang berjela dalam artikel sebelum-sebelum ini?

Tujuan menggunakan air tapis? 

Yes! Betul.

Air paip biasa mempunyai potensi / kebarangkalian tercemar dengan bakteria. 

Okey. Kualiti air domestik kita kat Malaysia ni memang bersih, tapi kita tidak boleh menyangkal kebarangkalian berlaku kebocoran bawah tanah, di mana air paip rumah kita contaminated. Isn't it?

So better ikut je tips ni kalau nak cili kering kisar anda tahan lama ahaks! *sounds a little bit bossy over here* 

Cili-Kisar-Tahan-Lama,Cili-Kisar-Tahan-Lama, tips cili giling homemade tahan 6 bulan
Pedih-pedih hidung mak oii~ aaachumm!




2. Sejatkan air


Bila cili dah confirm lembut, terus angkat dan toskan di dalam penapis aluminium. Boleh je nak guna penapis plastik, tapi aku prefer guna penapis dawai dan aluminium untuk tos sesuatu yang masih panas atau pada suhu mendidih macam cili ini lah.

Plastik kan akan mengeluarkan bahan toksik bila terkena suhu terlampau panas. Aku nak panjang umur oii~  ahaks. Harap sempatlah aku guide anak-anak aku sehingga mereka mumayyiz dan boleh berdikari. 

Biarkan sebentar di dalam tapisan untuk menurunkan sedikit suhunya sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. 

Penting! 

Jangan pula dibilas balik dengan air paip untuk menyejukkannya! Biarkan ia sejuk sendiri dengan bantuan udara.



3. Kisar dengan sedikit garam dan minyak


Larutkan 2 sudu besar garam dengan secawan air tapis yang suam / panas. Kemudian kisar semua bahan dengan menambahkan sedikit minyak masak berserta air garam ini supaya ia dapat tahan lebih lama.

Kenapa minyak?
Mama aku kata, minyak membantu proses kisar bagi memastikan kulit cili benar-benar hancur dan halus.

Garam pula akan bertindak sebagai perencat aktiviti mikrob, manakala bawang putih (garlic) sememangnya sudah tersohor dengan ciri anti-bakteria dan anti-fungus nya sejak dari zaman opah atuk kita lagi. Betul tak?

Zaman dulu kalau naik ketimbit di mata (sakit mata), orang tua-tua akan letak getah bawang putih sahaja kan? Cepat saja kecut ketimbitnya.

Kuasa alam semulajadi. InsyaAllah.

Cili-Kisar-Tahan-Lama,Cili-Kisar-Tahan-Lama, tips cili giling homemade tahan 6 bulan
 I always have this in my fridge!



4. Penyimpanan cili kisar yang betul


Yay! Dah siap!

Masukkan cili kering kisar yang telah siap sebentar tadi ke dalam bekas kedap udara. Mamy prefer bekas kecil-kecil dengan muatan 6oz (lebih kurang sebesar bekas dadih) agak-agak sukatan "sekali-guna-terus-habis" gitu.

Kemudian simpan dalam peti sejuk (chiller) rak paling atas mengikut susunan FIFO (first in first out) ahaks!

Ala-ala storage EBM pulak! cewah.

Teknik FIFO ni sebenarnya amalan kerja farmasi  dan juga manufacturing kalau anda nak tahu.

Pun begitu, elok juga diamalkan di dapur kita bagi memastikan kita menggunakan bahan simpanan peti sejuk kita tu secara efektif, with zero wasting setiap hari.

Membazir itu amalan syaitan!!

Cili-Kisar-Tahan-Lama,Cili-Kisar-Tahan-Lama, tips cili giling homemade tahan 6 bulan

Walaupun nampak biasa, tapi sistem ini banyak membantu Mamy dalam kerja-kerja memasak. Sejenis mak yang berkerja macam I, memang banyak simpan stok bebawang-siap-dihiris, sayur-siap-disiang, etc.etc dalam peti sejuk kot. Ke anda tidak?

Apa boleh buat. Mak terpaksa nak! mak ada masa hujung minggu aje naakk.

Kadang-kadang stok bahan masakan Mamy prepare malam-malam weekdays juga. So pentingnya sistem FIFO supaya kita tak "ter" guna bahan yang baru di sediakan hingga menyebabkan bahan yang terdahulu rosak begitu sahaja.

Memang memudahkan kalau ada stok yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Siapa sama macam Mamy, gimme five sikit! 

Cili-Kisar-Tahan-Lama

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. petua menarik :)

    BalasPadam
  2. salam singgah. mak kak pun suka buat macam ni. senang. bila nak guna, ambil ja kat dalam peti ais ^_^

    BalasPadam
  3. tahan berapa lama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling lama Xu simpan 2 bulan. Kemudian habis digunakan.huhu.
      Tak pernah pula saya simpan lebih lama dari itu.

      Padam
  4. Betul tu kisar dengan minyak so masa menumis pon kadar percik tu berkurang compare blend dengan air sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh~
      Ilmu baru ni. XU baru tahu minyak.membantu cili kurang terpercik

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y