3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah

3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah |
Hijrah? Bicara tentang hijrah ini selalu berdendang bila kita mendekati tanggal 1 Muharam iaitu hari pertama, bagi bulan Hijriah. Musim ini kita akan sibuk lah  dengan program kacau bubur asyura di sana sini. Sunnah katanya.

3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah


Bukan jadi kesalahan pun mengacau bubur asyura, tapi kita saban tahun duk meraikan tahun baru Hijri (tahun ini sudah 1440H pun), namun masih gagal untuk menghayati pengertian sebenar HIJRAH itu sendiri. Bila kita benar-benar boleh berhijrah?

Setiap tahun kita renew azam tahun baru kita, nak berubah, nak berhijrah katanya. Tapi momentum itu makin lama makin hilang energy nya bila tiba pertengahan tahun. Hangat-hangat tahi ayam kata orang Melayu.

Tapi hangat nya tahi ayam itu boleh jadi lebih lama dari momentum jiwa yang nak berhijrah itu barangkali. Iya lah. Hari ini berazam nak sucikan rezeki, dan taknak dah makan dari sumber haram. Taubat katanya~

Tapi dua saat selepas berazam, awak seluk kocek, ambil sebatang rokok lalu di letakkan di celah bibir. Cucuh api~ i.iskk..puhhhh~

Hmm.. sedang mufti sudah keluarkan fatwa rokok itu haram, namun disedut, hembos sedut hemboss jua. hmm kata dah taubat taknak "makan" benda haram~ Acaner tu?


Suka Mencari Alasan Setiap kali Usaha Hijrah kita Gagal

Hijrah. Semua orang mampu berhijrah. Masalahnya, adakah kita benar-benar nak berhijrah atau sekadar hanya nak-tak-nak berhijrah saja?

Andai kita benar-benar nak, Allah akan buka jalan seluas-luasnya! DiberiNya kemudahan dan kekuatan yang luar biasa kepada kita.

Orang yang selalu beralasan itu ini untuk berubah, itulah orang yang nak-tak-nak hijrah sebenarnya.

  “Susah lah nak hijrah”
  “Aku bukan dari family background yang kuat agama macam kau”


Sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus duk block minda kita dari berganjak?

Jom kita sama-sama mencuba 3 kaedah ini untuk kekal istiqomah untuk berubah. Konsep berubah dan berhijrah sangat persis dengan konsep fizik inersia. 

Eh.. Mula-mula momentum, sekarang inersia pulak. Nak cerita tentang hijrah ke nak mengajar fizik ni hakhak. Ok. Jom terus ke point pertama Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah

cara nak taubat cara nak hijrah

3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah

cara taubat nasuha

1) Melazimi Taubat


Bila nak berhijrah, pertama sekali kita perlu mengaku salah, serta memohon ampun terhadap kesalahan yang kita dah buat. Seterusnya, bertekad dan usaha supaya tidak ulangi lagi.
cara taubat nasuha
Sekian lama kita bergitu biadap terhadap Allah!
cara solat sunat taubat
Allah telah beri banyak nikmat ke atas kita. Tapi kita?
cara taubat nasuha
Gunakan segala nikmat itu untuk tujuan maksiat.
cara taubat nasuha sebetulnya
Part mengaku salah dan memohon ampun itu kita akan kena selalu buat berulang-ulang dan ulang lagi setiap hari. Kena sedar diri lah. Level iman kita masih lagi terlalu rendah sehingga gagal berkali-kali untuk TIDAK MENGULANGI DOSA YANG SAMA. 

Itulah maksud melazimi taubat. Buat salah, taubat. Buat lagi, terus cepat-cepat taubat. Jangan bertangguh untuk memohon ampun dan bertaubat.

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…” (Ibn Qayyim)

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! 
Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam al- Ghazali)

2) Jaga Solat Fardhu

Hayatilah kisah-kisah hijrah Allayarhamah Sharifah Aini, dan lain-lain. Bila mereka ditanya maca mana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila tiang pun sudah kita runtuhkan, bagaimana nak dapat kekuatan untuk berhijrah ke arah agama? 
cara taubat nasuha
Malah solat itu sendiri merupakan amalan pertama yang akan di hitung. Jika tak solat, amalan kita yang lain-lain nya tidak akan diterima. Allahu~

cara bertaubat dengan sebetul betul taubat

3) Bergaul Rapat dengan Orang Yang Baik-baik, Jauhkan Diri Dari Rakan yang Fasik

Bila nak jadi baik, kita kena duduk bersama orang yang sama-sama dengan kita nak jadi baik!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita ke arah kebaikan.

Kata seorang penyair:
“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”


Ulama juga ada berpesan:
“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan menjauhkan diri dari TEMAN YANG JAHAT”


Akhir sekali, pesan Imam Al-Qushairi:
“Orang yang mahu bertaubat, mesti mulakan dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat. Kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niat dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah”

So, untuk kekalkan momentum dan kekuatan tekad hati itu untuk berhijrah, aku rasa kita perlu banyak ikuti jemaah masjid, kaki surau, kumpulan usrah, badan dakwah kampung ke, tak kisah lah. Asalkan jangan duduk bersendirian di rumah.

Ye lah. Dah kata kena tinggalakan rakan-rakan yang jahat. Kita pula, berkawan nya semua dari kalangan kutu berahak belaka hakhak. So bila tinggalkan mereka, tiada kawan dah la kita pun.

Ada seorang rakan aku pernah pesan. Bila dalam masalah atau sedang dalam dilema (nak hijrah ke tak), jangan sesekali duduk bersendirian. Kita hanya memberikan ruang untuk syaitan "meniti" masuk ke hati kita. Bahaya!


Maksiat; 
jika tak mampu tinggal semua. Jangan buat semua.
Ibadat; 
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua.



So, ini sahaja lah perkongsian aku pada Jumaat minggu ini. Apa-apa pun, semua nya datang dari dalam hati. Nak seribu daya, taknak seribu dalih, ye tak?

cara taubat nasuha

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bagus banget blognya, templatenya enak diliat
    .

    BalasPadam
  2. TQ for sharing Dan mengingatkan mama

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y