5 Sebab kenapa Ibu suka sangat dengan bedak-losyen Ezerra?

Memang seronok bila Xu sekali lagi dapat cium bau baby setelah Xu melahirkan baby Oraa a.k.a Hawraa bulan Mac yang lalu. My only baby girl (setakat ini la~ hikhik) yang sangat manja dan sensitif. Langsung tak boleh tinggi suara sikit, terus menangis teresak-esak.huu~ Tapi bukan jiwa dia je sensitif, kulit my lil angel Oraa ni pun sensitif jugak oii~

Gegirl lah katakan. Anak first dan nombor dua Xu semuanya anak teruna. Kulit diorang agak tahan dan lasak sikit berbanding baby Oraa. So untuk anak dara seorang ni aku kena lebih teliti dalam penjagaan kulit dia. Disebabkan itu, aku perlu pastikan kulit di bawah lampin baby Oraa sentiasa kering dan bersih.


Bedak berfungsi menyerap lembapan berlebihan pada kulit

Dari zaman opah and atok kita lagi, bedak memang terkenal dengan sifat soothing dia tu. Waima, bila naik gatal-gatal sebab terkena ulat bulu pun opah kita akan sapu bedak sejuk untuk melegakan kegatalan. Uhh sejuk dan nyaman je lepas lumur bedak.

So aku yang sejenis conservative ini pun menggunakan kaedah yang sama la untuk mencegah ketidakselesaan kulit kat Hawraa. Bedak sejuk memang terbaik, tak dapat disangkal lagi khasiatnya. Tapi, disebabkan history of pneumonia dan pneumothorax baby Hawraa tu, aku jadi risau nak menggunakan bedak. Takut masuk paru-paru!


Jodoh bertemu dengan "losyen bedak" Ezerra

Aku gelar Ezerra Liquid Talc ni sebagai losyen-bedak je haha. Ciri-ciri dia memang macam bedak. Soothing, menyamankan, menyerap lembapan. Tapi dia losyen!

Idea siapalah yang mencipta bedak dalam bentuk formulasi losyen ni kan. Meh Xu nak bagi tabik sikit ahaks! Jadi, berakhirlah paranoid dan keraguan si ibu terhadap si anak yang mempunyai sejarah masalah paru-paru. ~Tamat.

Dah habis cerita?


Belumm!

Xu belum cerita lagi 5 Sebab kenapa Xu suka sangat dengan bedak talkum bayi cecair Ezerra kan? So, jom skrol ke bawah dan tengok apa yang aku suka sangat dengan Ezerra Liquid Talc ni.

ezerra liquid talc, mana nak beli ezerra liquid talc, harga ezerra liquid talc,


5 Sebab kenapa Ibu suka sangat dengan bedak-losyen Ezerra (Ezerra Liquid Talc)


1. Formulasi bebas haruman dan berasaskan tumbuhan 

Ezerra Liquid Talc ni bebas wangian. Memang sangat sesuai dengan baby Hawraa yang berkulit extra sensitif ni.

Biasanya bedak yang ada tambahan fragrance boleh menjadi faktor penyebab iritasi kulit dan menyebabkan kemerahan dan gatal-gatal. 

So far, bawah leher, celah ketiak, dan bahagian lemak yang berketak-ketak baby tu aku sapu dengan Ezerra setiap kali lepas mandi.

Ini pertama kali dapat anak perempuan, opkos lah lebih precaution and poyo! ahaks. Habis semua celah-celah lemak yang berlipat-lipat tu ibu sapu. Moga-moga anak dara ibu membesar dengan kulit sehalus sutera macam kulit ibu hakhak



2. Mudah digunakan dan tiada pembaziran

Bentuk cecair menjadikan bedak ni lebih mudah untuk digunakan. Berbanding bedak tabur yang berdebu tu, ia selalu tersebar secara tak sengaja pada bahagian lain yang aku tak mahu sapu bedak.

Nak sapu pada ketiak baby, habis sampai ke lengan sampai ke siku juga terkena bedak. Kepulan debu bedak nya pula berkepuk-kepuk di udara. ~ Aaachum! Achum! ..alhamdulillah.

Aku ni spesies hidung sensitif. Tersedut habuk sedikit pun confirm akan bersin. Begitu juga lah baby Oraa. haha genetik ibu kuat dalam badan baby Oraa. Hidung sensitif, just like Ibu.



3. Dapat mengelak risiko tersedut debuan bedak ke dalam paru-paru

Bedak Ezerra ni disediakan dalam bentuk losyen supaya ianya tidak menjejaskan kesihatan bayi yang secara semulajadinya sangat sensitif dan fragile. Nak-nak pula bagi baby yang ada sejarah masalah paru paru macam baby Oraa aku ni ha.

Mommies boleh baca masalah paru-paru baby Oraa yang terjadi sejak dari baru lahir lagi di dalam artikel berikut "Baby Hawraa Ditahan Wad Kerana Masalah Pneumothorax"

Selain itu, abang kedua baby Oraa, Nufael pun ibu bagi juga pakai Ezerra ni. Nufael ni sejak usia 8 bulan lagi doktor dah detect asthma. Budak-budak penghidap asthma memang sangat prone to eczema. 

Itu normal kata doktor. Kulit Nufael terutama di celah sendi pelipat siku dan lutut selalu jadi eczema. Itu tempat paling kerap terjejas. 



4. Melindungi serta mencegah masalah iritasi kulit

Selain melindungi, bedak Ezerra ni juga dapat mencegah daripada berlakunya masalah kulit lain seperti ekzema. Abang kedua Oraa, iaitu Nufael merupakan penderita asthma sejak bayi.

Selain ekzema, Nufael ni juga jenis yang kuat berpeluh. Umumnya kulit budak yang kuat berpeluh memang mudah naik ruam gatal. Too bad. 

Keadaan lembap dan berpeluh ini akan menerukkan lagi masalah ekzema abang Nufael. Sebab tu lah ibu sapu juga Ezerra ni pada Nufael walaupun dia dah besar dan bukan baby lagi dah.

Dan nampaknya ia berkesan mengelak dari ekzema Nufael berulang!



5. Bersifat ringan dan tahan lama

Bedak liquid Ezerra ni kalau ibu sapu pada kulit baby, ia seakan-akan nampak-tak-nampak je di kulit. Lepas sapu, tiada lah baby aku tu nampak seperti kuih tepung gomak, berselemuih dengan bedak. 

Tak perlu pakai banyak pun. Cukup sekadar disapu nipis-nipis je kat kawasan kulit yang terjejas tu. Jangan lah pula mommies bila tengok macam tiada kesan putih di kulit, so mommies pergi sapu lagi dan lagi sehingga tebal. Jangan.

Memang sifat Ezerra ni takkan berkecapuk. ~eh ala-ala iklan foundation muka la pula hakhak. Walaupun sapuan dia tak berapa kelihatan, tapi kekeringan dia tu tahan lama tau.

Itu hari Xu gi travel balik Terengganu, kesan sapuan Ezerra tu masih kekal walaupun setelah berjam-jam dalam kereta. Setakat 6-8 jam tu, mommies tak perlu re-apply lah. Tunggu sahaja sehingga tiba ke destinasi atau waktu mandi baby berikutnya.


Ulasan peribadi Xu

Penggunaan Ezerra Liquid Talc ni secara berterusan dapat membendung masalah gatal-gatal dan kemerahan kulit akibat peluh dalam jangka panjang. 

So, Xu memang recommend pada ibu-ibu yang mempunyai anak yang baru lahir, terutamanya bagi bayi pramatang dan yang mempunyai masalah gangguan pernafasan sejak lahir agar bertukar sahaja dari bedak tabur biasa kepada bedak Ezerra ni.

Mommies boleh dapatkan Ezerra Liquid Talc di Watsons, Guardian dan farmasi terpilih di seluruh negara. Tapi Xu beli Ezerra Liquid Talc ni kat Shopee je. Free shipping kan.hahaha.

6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Oh ya, ika ada nampak produk ni selalu muncul dekat timeline pesbuk. nak cuba takda anak lagi hehe. tapi baguslah. dh ada variety of product untuk baby sekarang. Good!

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

    ReplyDelete
  2. semestinya wangi :)

    ReplyDelete
  3. Nak cari la :) talcum free kan..

    ReplyDelete
  4. Menarik perkongsian ni.. Good info!

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bagus utuk budak2 ni

    ReplyDelete
  6. menarik first time dengar liquid talc ni.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.