Baby Hawraa' Milestones | Usia 7 bulan

Alhamdulillah, Hawraa sudah pun genap 7 bulan hari ini. Dan nampaknya, kaki Hawraa semakin gagah melompat dan bouncing ahaks. Kalau di pegang di atas riba, dia akan melonjak-lonjak untuk berdiri dan melompat-lompat semacam spring. Memang lenguh tangan ibu.hakhak

baby developmentbaby development progress


Pada ketika ini, gigi depan my princess Araa sudah pun cukup empat batang. Dua gigi bawah, dan dua gigi atas. 

Ibu rasa, pertumbuhan gigi Araa adalah agak cepat berbanding abang-abang nya dahulu. Seusia 3 bulan lagi gigi bawah Araa dah mula tumbuh. Sedangkan abang-abang nya Naufal dan Nufael masing-masing mula tumbuh gigi pada usia 5 ke 6 bulan.

perkembangan bayi pertumbuhan bayi
Ok. Seluar pun dah sinting maksud nama hawraa


Ibu perhatikan gerak tangan Hawraa kali ini, sangat cepat dan pantas merabut segala objek yang ada di sekelilingnya. Kemahiran saraf motor kasar Hawraa juga dah makin maju. Dia sudah pandai bertepuk tangan 



Ada suatu hari, ibu melintas di ruangan dapur dengan mendukungnya di sebelah kanan, ibu tak sedar dia telah menarik kain lap yang disangkut di handle peti sejuk.

Ohh~ Masa tu, ibu be like "cekapnya tangan kamu Araa!"

Sesi makan pula sekarang ni dah jadi macam sesi permainan rugbi. Aksi rebut-merebut tu dah jadi kebiasaan dah. Sebelum ini, bila waktu makan, Hawraa cuma akan duduk di kerusinya dan mengangakan mulut. Sekarang tidak lagi.

Dia gemar betul merampas sudu yang ibu pegang tatkala ibu ingin menyuapnya ke mulut. Lepas pada itu, ibu tergerak hati mahu membakar biskut jari untuk snek Hawraa. Yes!

Ternyata Hawraa memang pandai menyuap ke mulut. Amazing sayang! Kamu cepat betul membesar sayang.

Ya Allah, peliharahlah my little angle Hawraa' sepanjang hidupnya biarpun ketika dia tidak bersama aku. Aminn




Hawraa' first year Milestone
Age : 7 month






Catat Ulasan

0 Ulasan