Blog performance update : September 2018



So here's the summary for  September 2018
Total posts : sebanyak 15 buah entri telah di pos bulan ini
Pageviews : 71,709

Ulasan : PV telah merosot sebanyak 26,619 berbanding bulan Ogos, dari 98,328 kepada cuma 71,709 pageviews sahaja pada bulan September ini. So sad. 

Mungkin kesan daripada operasi "pembersihan" entri-entri lama, (tahun 2013) yang kontennya kurang berkualiti. Hampir 100 entri lama yang emosional, meroyan dan berbaur bahasa kurang sesuai telah Xu padam secara permanent. Bukan revert to draft sahaja okey. Tapi delete.

Tak tahu lah sama ada jumlah PV yang merudum ini berpunca daripada itu?

google analytics blog performance


PENERANGAN GRAF :

Sessions : 

Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.

Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.

Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.



Users :


Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.

Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.


Pageview :

Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.

Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.


Bounce rate :

Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah dalam range 10% - 20% sebulan.

Catat Ulasan

0 Ulasan