8 Kelebihan Shopee Bagi Peniaga Yang Ingin Memulakan Bisnes Online

Shopee semakin popular dan menjadi antara platform berniaga secara online yang paling digemari! Kenapa ya Shopee menjadi pilihan utama para usahawan part-time untuk membuka tapak kedai online sendiri? Apa agaknya kelebihan Shopee berbanding portal membeli-belah atas talian yang lain?

kelebiahan berniaga di shopee


Shopee merupakan platform membeli belah yang nama dan popularitinya paling cepat melonjak naik dan menempa nama di hati-hati para peniaga mahupun pengguna. 

Berikut aku kongsikan beberapa faktor strategik yang Shopee amalkan sehingga ia boleh sepopular ini, malah menjadi pilihan paling prior kepada surirumah yang ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah.



8 Kelebihan Berniaga di Shopee

Bagi Peniaga Baru Memulakan Bisnes Online



1. Tatacara Pendaftaran yang Tidak Menyusahkan

Untuk berniaga di Shopee, anda tidak terikat dengan kontrak, tidak memerlukan anda menandatangan agreement, juga tidak memerlukan nombor pendaftaran perniagaan (SSM) mahupun penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan.

Melalui pengalaman Xu sebelum ini, permohonan untuk menjadi "seller" di sebuah portal online shopping yang terdahulunya pernah popular sebelum kemunculan Shopee, tatacara permohonan nya terlalu rumit!

Xu perlu isi form kat website, kemudian tunggu mereka verify. Bila sudah dapat verifikasi, Xu kena download dokumen tu, dan print sendiri untuk Xu turunkan tandatangan atas dokumen tu. 

Bukan itu sahaja, mereka juga meletakkan syarat, untuk menjadi seller di laman L mereka itu, Xu perlu ada akaun bank yang didaftarkan sempena nama syarikat. Mujur masa tu Xu memang dah ada current account dengan Maybank, yang menggunakan nama syarikat. 

Kalau tidak, anda dapat bayangkan tak kesusahan yang bakal aku tempuhi sebelum aku disytiharkan LAYAK BERNIAGA di laman mereka? Serious aku hampir give up tahu?

Sebab itu lah aku beralih kepada Shopee sekarang ni.


2. Proses Yang Singkat (shortcut)

Sebaik sahaja anda mendaftar melalui aplikasi mobile Shopee, secara automatik anda akan mempunyai 2 akaun, iaitu akaun Pembeli dan juga akaun Penjual. Tak perlu dah nak mohon-mohon bagai untuk jadi seller.

Daftar-daftar, boleh terus "kayuh" gittew! Anda boleh terus start berniaga jam itu juga!

Pending verification? Nonono. 

Di Shopee tiada status pending pending bagai. Paling complicated pun, anda hanya perlu mempunyai nombor telefon yang aktif untuk menerima kod pengesahan melalui SMS. Kod pengesahan itu adalah untuk mengaktifkan akaun. Ermm..itu saja lah yang paling rumit pun setakat ini rasanya.



3. Tiada Syarat Yang Ketat Terhadap Produk

Shopee setakat artikel ini ditulis tidak mengehadkan jualan terhadap jenis-jenis barangan tertentu sahaja. Macam di portal L, dulu aku ditegah listing "makanan basah" bila aku cuba nak jual Paste Segera Masak Hitam kat sana.

Tapi di Shopee, aku nampak ianya lebih bebas. Yang menjual kimchi pun ada kot kat Shopee! 

By right, kimchi tu kan kategori "makanan basah" lah juga kan. Tapi, Shopee say "no problem" ahaks.

So, kalau anda merupakan pengusaha produk makanan ataupun homebakers ke, usah ragu-ragu untuk listing produk makanan anda di Shopee okay? 

Pos keluar brownies. Apedehal?
Ramai je dah yang buat kan?

Jadi dengan Shopee, anda jual lah apa yang anda nak jual, bahkan anda nak jual barangan preloved atau pakaian bundle pun diterima oleh Shopee. Asalkan jangan jual air ketum ikat tepi sudah la hakhak.


4. Interface yang Lengkap dan Mesra Pengguna

Percaya atau tidak, jujur aku katakan yang aku tak pernah jumpa lagi laman e-commerce free yang sudah sedia lengkap macam Shopee ni. 

Sebelum ni aku pernah melanggan khidmat e-commerce berbayar seperti ecwid, shopify, dan squarelet. Memang bagus dan lengkap, siap dengan special featured lagi macam mod jualan murah, mod potongan %, dan juga mod promosi. Serius aku suka gila!

Cuma, ianya perlu dilanggan dengan sekian-sekian harga dan perlu dibayar secara tahunan.

Alahai, kita ni peniaga part-time je. Mana lah ada keberanian nak melabur pada sesuatu yang harga nya terlalu besar, apatahlagi yang melampaui nilai stok kita.

Tak sedikit, banyak rasa bimbang di hati, memikirkan bagaimana jika bisnes tidak berjalan lancar? huu~

So, thank you so much Shopee sebab tidak mengenakan bayaran kepada kami pengusaha-pengusaha kecil sederhana ini. So, dapatlah kami tarik budget tersebut untuk membesarkan saiz stok.

10% off johnson's baby item shopee


5. Sangat Mudah Nak Diuruskan

Menjadi seller di Shopee tidak susah. So jangan takut kalau anda bukan dari background IT, computer mahupun multimedia sekalipun, anda sebenarnya mampu menguruskan kedai online anda.

Orang yang pertama kali nak buka kedai online sendiri pun tak susah nak gunakan Shopee ni.

Hendak mengupah seseorang untuk menguruskan kedai online anda?

Lagi lah tak perlu.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh aku tak kata. Hakak-hakak surirumah a.k.a domestic engineer pun maintain kedai Shopee mereka sendiri kalau anda nak tahu.

Sambil-sambil tepuk anak tidur saja pun, mereka boleh manage kedai Shopee mereka. Anda cuma perlu upload gambar produk, masukkan butiran tentang barang tu, kemudian tetapkan harga serta kos penghantaran.

Siap!

Next, tunggu sahajalah sehingga ada orang order. Tak perlu lagi berjam-jam berbalad whatsapp, PM dari customer.



6. Coverage sangat luas

Kalau anda menubuhkan web e-commrce anda atas nama domain anda sendiri, anda perlu berusaha keras, main SEO untuk meningkatkan rating anda dalam carian google supaya muncul pada paparan pertama Google Search.

Tapi dengan menubuhkan kedai anda di Shopee, anda automatik akan mendapat kelebihan itu.


Shopee SALE, promo, flash sale, brands sale super shopping day shocking sale


Kita umpama "menumpang tuah" dari populariti Shopee..gittew. Nak-nak pula Shopee selalu mengadakan SALE, promo, flash sale, brands sale and everything in between lah bagi menarik crowd.

Tengok contoh super shopping day 9.9 itu hari. Sampai jammed server kau!



7. Servis Listing Percuma

Biasanya, anda akan dikenakan yuran untuk listing produk jualan anda ke dalam sesebuah laman portal. Yuran yang dikenakan itu sebenarnya adalah untuk menampung kos maintenance sistem. 

Sesebuah aplikasi dan interface website sememangnya akan menelan belanja yang besar untuk membangunkannya. Tapi aku musykil bagaimana Shopee melakukannya tanpa mengecaj yuran kepada seller.

Shopee langsung tidak mengenakan yuran kepada peniaga yang menyenaraikan produk mereka ke dalam Shopee. 

Bahkan, Shopee tidak mengambil untung persen (%) atau orang kampung aku sebut sebagai "kamsen" (baca: komisen) ke atas produk yang dijual.

Dan sebab itulah peniaga baru nak up perlu gunakan Shopee sebagai platform jualan yang utama. Sebagai peniaga baru, elok mulakan dengan apa yang ada di sekeliling sahaja dalam usaha meminimakan kos sekecil yang mungkin. 

cara berniaga di shopee



8. Kos Penghantaran Ditanggung Shopee

Kalau anda menjual di Shopee, anda boleh memohon program subsidi penghantaran sehingga 5kg. Jadi, sebarang pengeposan ke semenanjung Malaysia yang kurang dari 5kg, anda tidak akan dikenakan caj.

Sekiranya kos penghantaran melebihi jumlah yang disubsidikan, automatik kos tambahan itu akan dicaj ke atas pembeli. 

Untung bukan?!

cara dapat shipping free shopee

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program penghataran percuma Shopee ini, anda boleh baca entri berikut : [www.null]


Sekarang dah nampak dah kan kenapa Xu cakap Shopee merupakan portal jualan online paling sesuai bagi peniaga yang baru nak mula bisnes online?

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.