Rentetan Kenyataan Menteri Tentang Operasi Khalwat | Gua nak bebel sikit

Heboh dua hari ini dengan kenyataan "luar biasa" Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai operasi khalwat tidak lagi sesuai dilaksanakan di malam hari dan di tempat tertutup.

Bagi gua. (tetiba ayat macam taiko.ahaks) Gua setuju jika operasi pencegahan maksiat dan zina ini ditambah baik. Bukannya dihentikan!

Mujahid yusof rawa cegah maksiat


SOP pencegahan maksiat yang diamalkan sekarang bagi gua, masih lemah dan tidak mampu membendung dan mengurangkan kes zina. Terdapat pesalah khalwat yang akhirnya bebas dek kerana syarat-syarat yang rigid untuk disabit kesalahan dan didakwa. Gua rasa, SOP baharu perlu lah lebih memudahkan penguatkuasa melaksanakan tugas.

Seterunya, tugas mencegah.

Huhu..kita orang islam lani mengaku benci maksiat benci zina, tapi kita sendiri pun sebenarnya tak dapat mengelak dari zina.
Setuju??


Tanggunggajawab mencegah zina ini bukan 100% perlu dipikul kerajaan, tapi peranan masyarakat dan institusi keluarga juga perlu ambil cakna soal amar makruf nahi munkar.

Apa-apa pun semuanya perlu bermula dari kita. Ya kita. Orang awam; marhaen, netizen; pengguna media sosial dan juga diri sendiri.

Zina takkan berlaku on the spot. Jika berlaku on the apot, itu perkosa namanya.

Jadi setiap perbuatan zina itu akan pasti bermula dengan pra-zina.

Apa itu pra-zina?

Kat facebook dan blog je dah terdedah kepada segala macam bentuk pra-zina. Zina mata..zina hati.

Gadis-gadis bangga menayangkan beratus-ratus gambar dengan gaya yang pelbagai, yang cheeky, yang hot, tanpa rasa sedikit malu.<---pesanan untuk aku juga.



Langsung tidak ragu-ragu akan lelaki yang 'berpenyakit hati' apabila melihat beberapa keping gambar dari ratusan koleksi terhangatmu bakal menyebabkan lelaki tersebut rasa tidak tahan ingin memiliki dirimu!! (ayat majalah Mangga sangat!..haha)


Ada juga yang mula tergila-gilakan dirimu hingga mengganggu mu setiap saat, mesej di inbox bertali-arus. 

Komen di album bertingkek-tingkek!! Ada juga yang berbaur lucah.

Sambil memuji hingga terangkat-angkat. Aduhh..



Dan entri kali bukan untuk mengecam kenyataan menteri semata-mata.

Tapi lebih kepada nasihat kepada insan sekaum dengan aku *perempuan* termasuklah aku sekali..kerana secara amnya wanita adalah punca segala zina.


Tak betul ke apa aku kata?

Kan wanita itu adalah senjata syaitan.

Jadi kena beringat! Jangan sampai syaitan jadikan kita sebagai senjata, untuk meramaikan penghuni neraka. Nauzubillaniminzalik.


wanita senjata syaitan

    
Jom baca, telan dan hadam surat terbuka dari seorang lelaki. 

Ni kalau dibaca dengan hati ni, mahu pakat-pakat menangis orang perempuan oii!

[Copy paste email] - Email ini dipanjangkan melalui yahoogroups "Ingatan".
   
Aku bila terpandang wanita cantik yang memakai tudung tapi menampakkan dada mahupun yang berpakaian sehingga nampak ‘lurah neraka' di jalanan aku akan berkata "oh! Kasihan kepada senjata setan ini"... lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan"
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Nampak beriman dan baik kan aku? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale Bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar tengah hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. nauzubillah.

Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh! Tapi soal godaan ni tak semestinya wanita cantik saja yang perlu berjaga, yang kurang cantik tapi bertubuh montok dan seksi itu lebih lagi godaannya.

Bayangkan perempuan memakai tudung kain kelambu (selendang trend budak sekarang) yang boleh nampak bayang tengkuk, telinga dan anak rambut, dada terdedah, seluar ketat, baju betul-betul atas punggung.. Bila duduk nampak spender..oh!

Kalau korang nak tahu wahai orang perempuan sekalian, terbuka sini sikit, terdedah sana sikit, terketat paha sikit  membuatkan lelaki lebih ghairah berbanding perempuan yang terlanjang terus. Jadi tolonglah berhenti menyiksa jiwa lelaki seperti aku ni.

Untuk pengetahuan korang lagi, orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, Orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok..kalo tengok gambar korang kat facebook tu apatah lagi hai. 

Muka comel putih gebu pipi tembam..oh!
 ---So korang jangan nak bangga memiliki muka comel sehingga mencanang muka sendiri seluruh alam..cuma jadi senjata setan je korang. Lagi dahsyat,tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk 
neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu la kerana aku lelaki dan hidup pulak dengan lelaki lelaki otak gila meroyan...oh!, dan lelaki bila dah stim, anu menegang, dalam masa yang agak lama, jika katuk katuk lutut tak berkesan, kenalah cari jalan "lepaskan", kalau tak *** akan rasa ‘senak', dan pada waktu ini keinginan untuk mencari (SENSORED) untuk di lepaskan air m**i meningkat dengan dahsyatnya... masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami) tak boleh tidur kerana teringin nak berjimak..oh!,

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk..., bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia--tak caripun--Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh tarik, lepak tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan...
Mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu "air dah penuh kepala dan meleleh ke telinga", tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!

Tahukah adik kakak sekalian?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT.
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-nauzubillah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu syahwat yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela merisikokan nyawa malah 'mati katak' kerana itu!!!

Tahukah mama papa sekalian?
ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT. Yang mana jika di belai hatinya, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dirinya dijamah dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah takde dara ini,..oh!
Kalau mamat Bangla atau foreigner yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh hanyut. Maka hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian...kesian.., adakah semua ini berpunca dari "aiman tak kisah"???

Tahukah cikgu cikgi sekalian?
REMAJA -REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT.
Banyak mana kes zina telah di tangkap di IPT, bakal ustaz dan ustazah pun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena perk*sa lah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,
Dan ada juga yang kena ‘rog*l' secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih., dan akhirnya terbenam ke neraka dunia..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak kiss kiss, lepas tu (SENSORED)......., lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah ter mengandung, cari awek lain. Dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas aku, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!! Oh!

Fuhh!! Plot yang dramatis!

Bunyinya seperti fantasi, tapi ini lah realiti. Kalau tidak benar, masakan ada lelaki yang membuat pengakuan? Berani mati tu.

Apa motif beliau? Kalau sekadar nak mereka-reka cerita?


Buka minda dan hati seluas-luasnya, dan "telan" lah kepahitan realiti ini.

Semoga anak-anak perempuan keturunan kita terhindar, terpelihara, dan dijauhkan dari perbuatan yang mendekati zina.

Ya Allah, perelokkanlah akhlak anak-anak kami. Suntiklah keimanan dan sifat malu yang tinggi ke dalam diri mereka ya Robb. 

Amin, ya robbal alamin. Istami' doa ana. Istajib doa ana Ya Allah.




Jumaat 05 Oktober 2018
26 Muharram 1440H

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.