Tingkatkan Kualiti Gizi Pemakanan Anak

Tingkatkan Kualiti Gizi Pemakanan Anak | Kanak-kanak era ini sangat "jinak" dan "mesra" dengan restoran makann segera. Sama ada mommy sedar ataupun tidak, tapi inilah realitinya. Terlihat ke arah logonya sahaja, anak-anak sudah sudah menjerit-jerit ingin ke sana. Persoalannya sekarang, mampukah kita, ibu-ibu nak memadam imej yang menjadi kegilaan anak-anak kita ni?

Sebenarnya anak kita tak tahu apa-apa. Kita ibu ayah lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Betapa jinak nya mereka dengan makanan segera adalah aturan kita parents! Bukannya kehendak anak sejak mula.

eating healthy jaga pemakanan anak


Silapnya kita bila membenarkan anak-anak kita 'berkenalan' dengan makanan segera dan akhirnya mereka mulai 'mesra' dan tune dengan makanan-makanan ini. Masalah akan timbul bila kita cuba menjarakkan mereka dari makanan segera tatkala lidah mereka sudah pun tune dengan makanan ini, kerana kebiasaan dan keenakkannya *enak? err maybe* susah nak dilupakan.

Eh, Syu bukan nak kecam restoran makanan segera. Nonono. Isu nya yang aku nak bawa kat sini adalah makanan segera itu itself.

Makanan segera merujuk kepada makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Contohnya seperti, makanan didalam tin, makanan sejuk beku, dan makanan style western macam sosej, nugget dan burger. Hakikat yang mommy daddy perlu terima adalah, makanan segera ataupun makanan siap proses ini adalah tidak baik untuk kesihatan.


Mengapa makanan segera dikatakan kurang sihat?

Point utama yang menyebabkan makanan segera dan processed foods dilabel sebagai makanan yang tidak sihat adalah kerana kandungan khasiat dan nutrien yang ada di dalamnya tersangatlah sedikit jumlahnya. Kalau makanan sampah (baca: junkfood) ini nak diambil sekali sekala tidaklah begitu memudaratkan. Tapi untuk dijadikan rutin makanan harian, ohh~ 

Please mommy, for the sake of your children, please don't.

Tak dinafikan, faktor utama popularnya pengambilan makanan segera adalah bertunas dari lifestyle sesebuah keluarga itu sendiri. Gaya hidup 'moden-lah-konon' dan 'urban-style-lah-sangat' yang banyak diterapkan dalam keluarga masa kini merupakan penyumbang utama kejayaan makanan segera menakluki kehidupan dan corak pemakanan anak-anak kita dan keluarga.

Nak-nak pula dengan kewujudan restoran makanan segera yang banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan cukup memudahkan. Well, tak sampai sejam, perut seisi keluarga sudah kenyang terisi.



Jom mommy! Ubah lifestyle keluarga kita sekarang.

Peranan makanan segera di rumah juga perlu turut di kurangkan, seeloknya disingkirkan terus dari ia terus menjajah rumah kita. Makanan siap proses di rumah, hanya perlu dikeluarkan dari peti sejuk atau tin dan terus dimasukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan.

Ting!

Beberapa saat sahaja makanan dah sedia untuk dihidang dan dinikmati seisi keluarga. Ohh~ Heaven. Mudah kerja ibu di dapur. Banyak masa boleh jimat berbanding memasak dan menyediakan juadah sendiri.

Ibu ayah. Banyak faktor mengapa ibu ayah kena korbankan masa menyediakan sendiri hidangan untuk anak-anak. Salah satu daripadanya ialah makanan segera ada banyak aditif atau bahan tambahan. Aditif merupakan bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menyegarkan dan menaikkan rasa.

Selain itu, makanan segera biasanya mengandungi banyak lemak. Ayam goreng sejuk beku misalnya; Hampir 60% sumber kalori nya adalah dari lemaknya. Manakala burger daging mempunyai 4gram lemak tepu.

Mommy daddy. Ketahuilah bahawa pemakanan yang baik penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal anak-anak. Nak-nak pula pda tahun-tahun awal tumbesaran mereka. Parents especially mommies, perlu pastikan makanan yang diberikan kepada anak adalah berkhasiat tinggi atau sekurang-kurangnya cukup khasiat bagi keperluan badan mereka.


Makanan homemade lebih segar dan berkhasiat

Prof Peter Davies, Pengarah bahagian Children's Nutrition Research Centre, University of Queensland Australia menerangkan, sekiranya kanak-kanak tidak mencapai keseimbangan antara pengambilan dan penggunaan kalori, berat badan mereka akan meningkat dengan ketara dan meningkatkan risiko pediatric obesity.

Jadi marilah kita ajak keluarga tinggalkan makanan segera dan beralih kepada makanan homemade yang lebih berkhasiat dan banyak memberi manfaat kepada tubuh.


Catat Ulasan

0 Ulasan