Kenapa Breastpump Penting Sebagai Keperluan Ibu Dalam Pantang

First time mommy atau ibu yang sedang hamil pertama kali, dah beli keperluan lengkap baby dan ibu selepas bersalin belum? Kalau belum, mommy jangan pula lupa untuk tambah breastpump ke senarai semak barangan keperluan ibu dalam pantang ye.

Penting sangat ke breastpump ni sampai kebanyakan ibu-ibu sekarang ni meletakkan pam itu sebagai prioriti paling atas dalam shopping list? Jom baca selanjutnya bagi mengetahui signifikannya pam susu buat ibu walaupun ibu tidak berkerja.

Breastpump Penting Sebagai Keperluan Ibu Dalam Pantang


Perlu ke beli Breast pump?

Andainya mamy seorang ibu yang bekerja, hukumnya wajibul, no tapi-tapi. hehe. Bagi surirumah sepenuh masa pula, mamy kalau terer marmet (teknik perahan guna tangan) maka tak yah lah bazir duit beli breastpump. Kosongkan breast dengan teknik marmet je dah memadai.


5 Keadaan di mana breastpump menjadi kewajipan

1-Engorgement - 

Bengkak susu selalunya terjadi pada awal-awal penghasilan susu. Sewaktu bengkak susu akan mengalir laju sehingga ada setengah baby tersedak susu sebab tak sempat menelan kuantiti susu yang terlalu laju dan mencurah-curah tu. So di sinilah peranan breastpump diperlukan. Pam dulu susu keluar supaya aliran susu yang laju tadi tu menjadi normal semula. 

Apart from that, bengkak susu atau engorged breast ni akan menyebabkan breast terlampau cekang lalu menyebabkan puting pun jadi flat. Ibarat belon yang ditiup terlebih angin. Kan tegang dan cekakng permukaannya betul tak?

So baby especially newborn susah nak latch-on (melekapkan mulut ke areola). No lacthing, no feeding. So mamy kena pam keluar dulu susu yang membengkak tu sampailah baby boleh menghisap dengan mudah.


2-Time alone for mom -

Baby menghisap susu lama. Kadang-kadang sambil hisap dia akan tertidur sedangkan dia minum susu sikit sahaja. Jadinya ibu akan memegang baby waktu yang lama sehingga 1 jam. kalau masa tengah cuti bolehla, nak pegang lama-lama.

Tapi bila kita dah kerja dan perlu buat kerja rumah. Takkan nak gendong lama kan.


3- Separation of mom & baby-

Ibu yang bekerja atau berkursus perlu berpisah dengan anaknya. Ataupun jika baby ditahan di hospital manakala ibu dirumah pun akan berpisah juga. Jadinya breast perlu dikosongkan maka pam susu jika baby tidak menghisap.

Disyorkan Untuk Mama : Boleh Ke Ibu Bersalin Czer memakai Girdle? 

4-Mom is sick/needs surgery/etc -

Ada ibu bersalin yang trauma dan sakit . Oleh itu, masih perlu mengepam susu.


5- Baby cannot or will not nurse -

Ada baby yang kurang pandai menghisap, contohnya baby preemie dan baby yang mengalami sumbing (cleft palate). So mamy boleh pilih untuk mengepam susu dan bagi baby minum susu guna cawan atau sudu.

Ada juga sesetengah baby, especially baby girl lah. Mereka minum sikit je, sedangkan breast ibu masih ada banyak lagi susu. Jadinya ibu perlu mengepam habis susu hingga kosong breast supaya bekalan susu tidak merudum kelak.


Ada kesan ke kalau tak mengepam susu atau mengosongkan breast?

Ibu boleh demam akibat bengkak susu yang lama - 

Cara paling berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan breast.

Susu ibu akan cepat kering.

Pernah tak dengar orang kata, "Jangan pam susu nanti susu Konsep simple. Ada demand ada supply. Kalau mamy nak bekalan susu sentiasa meriah, ibu kena create lah demand tu. Lagi cepat breast mamy kosong, lagi banyak susu bakal dihasilkan.

Ingat ketat-ketat dalam minda ye mamy. Penghasilan susu / kuantiti susu yang bakal dihasilkan oleh badan kita sebenarnya bergantung kepada supply & demand. Lagi banyak susu digunakan, lebih banyak susu dihasilkan. Gittew!


Waktu paling sesuai mengepam susu dalam pantang

Hari pertama kelahiran bayi

Sebenarnya, pam susu boleh menambahkan penghasilan susu. Oleh itu jika mamy risau susu tiada, mamy boleh mengepam susu walaupun susu tak keluar langsung atau mungkin hanya setitis dua sahaja keluar. Ini kerana penghasilan susu adalah bergantung pada demand and supply.

Pam selepas menyusukan bayi.

Mungkin mamy menyangka lepas mamy feed your baby, breast mamy dah kosong. No. Not necessarily. By right, akan ada saki baki susu jauh di dalam kantung yang palaing dalam.

Penting pam selepas every feeding, terutamanya ketika dalam pantang. Kita boleh buat stok susu, di samping menghasilkan lebih banyak susu. Sebab otak akan fikir "Eh, sampai kering kantung? Susu tak cukup lagi ni!" automatik otak akan menghantar isyarat kepada hormon badan -> "Buat susu lebih banyak oii!!"


Bila berasingan dengan bayi

Bila mamy tak dapat bersama baby, mamy kena mengepam secara konsisten selang 3 jam sekali. Ini adalah untuk mengosongkan breast dan mengelakkan susu jadi kering. Jaga jadual mengepam bilaa mamy terpaksa berjauhan dari baby. Be punctual dan comply okey! Jangan ponteng-ponteng. Nanti susu merundum, mamy juga yang akan alami jiwa kacau. hihi


So, selepas baca penerangan yang panjang berjela ni, mamy rasa mamy perlu tak ada satu breastpump kat rumah? Tak perlu fikirkan yang mahal-mahal. Mamy boleh je beli pam manual yang murah-murah kat pasaran. Contohnya macam pam manual di bawah ini:

Medela Harmony. dan Haakaa collection cup 

checklist barang menyusu untuk ibu baru bersalin Medela Harmony.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y