Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak


Susu badan atau air susu ibu yang telah diperah kekuar mempunyai syarat-syarat penyimpanan yang ketat yang perlu ibu patuhi. Macam Xu sendiri yang masih megekalkan penyusuan ekslusif buat baby Ora, memang banyak Xu melabur membeli keperluan mengepam, peti sejuk kecil di tempat kerja serta cooler bag bagi memastikan kesegaran susu perahan (EBM) sehingga ia di bawa pulang.

Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak


Berikut merupakan 6 tips mudah yang Xu amalkan agar EBM tidak cepat rosak.


1. Simpan dalam saiz 1 sesi feeding


Simpan susu perahan, EBM mengikut isipadu yang diperlukan oleh bayi untuk satu sesi penyusuan sahaja. Saiz simpanan yang ideal adalah sekitar 60ml-90ml sebekas. Teknik menyimpan sedikit-sedikit ini dapat mengelakkan pembaziran di samping boleh memudahkan kerja babysitter kelak. 


2. Melabel dengan terperinci


Setiap bekas simpanan EBM perlu dilabel dengan nama baby, tarikh serta masa perahan. Macam Xu yang menghantar anak kat babysitter, label nama baby adalah sangat mandatori. Sekali lagi, ia dapat memudahkan babysitter menguruskan susu EBM untuk baby kita. 

Dalam melabel susu EBM, jangan terus tulis ke atas plastik / zipper bag penyimpanan susu. Bahan kimia dari dakwat pen penanda / marker pen bokeh meresap masuk ke dalam sdan mencemarkan susu.

Gunakan sticker pelekat untuk menulis label. Tapi kalau mommy gunakan botol, bekas cube atau bekas dadih, tiada masalah kalau nak tulis terus ke atas bekas. Cuma nanti susah sikit la bila nak digunakan semula. Bukan senag nak menanggalkan kesan marker pen di botol. Ahaks~


3. Tinggalkan spacing 


Spacing atau ruang kosong di dalam bekas adalah penting bagi membenarkan molekul cecair berubah kepada pepejal. Proses pembekuan memang akan menyebabkan cecair sedikit mengembang dan bertambah saiz. Kalau mommy isi susu sepenuh-penuh bekas tanpa 20% ruang kosong, kebarangkalian penutup bekas terbuka atau rosak adalah tinggi.

Dua risiko sekiranya penutup bekas pecah/terbuka. Pertama, susu boleh terdedah kepada pencemaran dan kuman. Kedua, ia akan merugikan wang kerana bekas yang rosak perlu di replace dengan yang baru. Tak pepasal melayang duit huhu.


4. Tak boleh campur


Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak.


5. Simpan dalam bahagian paling sejuk


Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk beku atau di dalam bahagian dingin beku (chiller).

Jangan sesekali meletakkan EBM di bahagian pintu peti sejuk!


6.  EBM tidak boleh recycle


Frozen EBM / susu perahan beku tak boleh digunakan berulang kali. Sekali ia dileburkan/dicairkan dari ais kepada cecair, ia perlu dihabiskan kurang dari 24 jam. Jika ada lebih, buang!

Check balik point pertama. Kan Xu sarankan agar menyimpan sikit-sikit. Jangan simpan sekali terus 12oz. Melainkan kalau baby mommy memang jenis kuat menyusu. Sekali menyusu hampir 6oz. Maka 2x sesi penyususuan, habis terus sebekas tu. 

Haha tiba-tiba Xu terbayang baby yang viral dari negeri China tu. Ahaks`~ Badannya berketak-ketak. Semangattt oii.

Point akhir, jangan sesekali bekukan balik baki susu EBM yang tak habis. Totally no no. Mommy kalau sayangkan anak, jangan buat ok. Culasnya sikap kita bakal menyebabkan anak menderita sakit perut, muntah dan cirit birit. Nauzubbilahiminzalik. Mintak jauh.


Catat Ulasan

0 Ulasan