Konsep Double Cleansing Korean Bantu Masalah Jerawat dan Blackheads

Double cleansing technique sekarang ni tengah "in" sangat kan? Sana sini orang talk about it, and buat video demo teknik double cleansing berdasarkan 10 steps Korean Skincare Routine tu. Cuma, Syu rasa I'm a bit late to know about this double cleansing rasanya sejak pertengahan tahun 2017 lagi diperkenalkan dan dah heboh. ahaks. Betapa jauhnya I ketinggalan.

Rutin skincare ala Korea amat menekankan perlunya melakukan teknik double cleansing sebagai sebahagian daripada rutin menjaga kesihatan kulit muka. Mencuci muka dengan cara yang betul dan teratur amatlah penting sebab setiap hari wajah kita sentiasa terdedah dengan kotoran, debu, asap, bakteria dan pelbagai bentuk pencemaran luar.

Kalau kita mencuci muka hanya sekadar untuk menghilangkan kesan make-up semata-mata, janganh tanya lah kenapa muka kita tak flawless macam retis Korea. Pembersihan kulit muka yang tak sempurna sememangnya merupakan faktor penyumbang utama kepada masalah jerawat, blackheads, whiteheads, jeragat dan jangkitan kuman pada pori.

Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser,

Apa itu double cleansing?

'Mazhab' double cleansing ni sebenarnya berasal dari Korea. Seperti pantasnya berkembang produk skincare Korea ke negara kita, seperti itulah juga pantasnya tersebar amalan penjagaan kulit dari 'mazhab' Kbeauty ni ahaks.

Dan disebabkan keberkesanannya yang signifikan dalam memperbaiki tahap kesihatan kulit muka, teknik double cleansing ni juga turut di adapt oleh wanita-wanita Barat. Impressive kan?

Ok. Basically teknik cucian berganda ni merupakan cucian dua kali menggunakan dua jenis cleanser yang berbeza. Cucian pertama biasanya menggunakan pencuci tanpa buih yang berasaskan minyak. Antara pencuci muka oil based yang ada di pasaran antaranya adalah cleansing balm, oil cleanser, milk cleanser dan serum cleanser.

Cucian kedua pula adalah cucian menggunakan water based cleanser. Di pasaran, anda boleh dapati water based cleanser dengan pelbagai formulasi, antaranya gel cleanser dan foam facial wash.

Oil-based Cleanser ni digunakan untuk mencuci segala oil based impurities. Contohnya seperti make up, sunscreen, kesan minyak semulajadi di muka (sebum). Water based cleanser pula untuk membersihkan water based impurities seperti garam dari titisan peluh dan debu di muka.


Penting ke untuk melakukan double cleansing ni?

Penting. Sebab ada dua jenis kotoran di muka, oil based impurities (kotoran) dan water based impurities.

Pencuci wajah (cream wash / gel wash) yang biasa kita gunakan tu hanya mampu mencuci debu dan peluh sahaja (water-based impurities).

Oil cleanser pula penting untuk menanggalkan bahan seperti foundation, bb cream, sunblock cream dan makeup bersifat kalis air dari wajah. Konsepnya mudah, oil akan tarik keluar oil-impurities dari wajah. Kalau oil impurities tak dibersihkan dengan sempurna, pori akan mudah tersumbat dan mengundang pelbagai masalah kulit dan skin breakout.

Teknik double cleansing ni kalau diamalkan secara konsisten, kesan yang paling ketara yang you all guys boleh nampak adalah liang pori you all akan mengecil dan kulit akan jadi lebih smooth dan bercahaya (glowing).



Cara melaksanakan teknik DOUBLE CLEANSING step by step.

1st Cleanse : 
Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser, Cuci muka menggunakan oil cleanser tanpa air
Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser, Lakukan urutan lembut ke atas muka untuk seketika
Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser, Bilas dengan span yang direndam air suam.


2nd Cleanse :
Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser, Cuci muka dengan gel/cream cleanser dan bilas dengan air
Double Cleansing Ala Korea, Althea's Pore Purifying Serum Cleanser, Keringkan muka dengan pedap-pedap tuala lembut ke muka. Jangan kesat/gosok.



Kalau I tak pakai solekan, perlu juga ke oil cleanser?

Perlu. Untuk memastikan liang pori sentiasa clear. Walaupun tak makeup, kulit kita secara semulajadi tetap akan menghasilkan minyak dan sebum, everyday! So minyak-minyak yang terhasil kat muka tetap kena bersihkan sebelum setiap kali kita nak masuk tidur.


Boleh ke buat double cleansing dengan serum cleanser?

Serum cleanser memang masih baru kalau kat Malaysia ni. Tapi so far serum cleanser yang ada di pasaran semuanya berasaskan minyak dan boleh menanggalkan make-up walaupun untuk sisa make-up degil seperti lip tint, waterproof lip matte, sunscreen, full coverage foundation dan sebagainya.


Boleh ke buat double cleanse pakai micellar cleansing water?

Tak boleh. Sebab micellar cleansing water bukan dalam kategori oil cleanser. Micellar cleansing water adalah pencuci berasaskan air.




Type kulit berminyak sesuai ke pakai oil cleanser? Tidakkah akan semakin berminyak?

Tak. Oil cleanser berfungsi 'menarik keluar' minyak dan residue minyak dari kulit muka. Jadi, kulit berminyak pun sesuai guna oil cleanser.



Bila perlu buat double cleansing?

Memadai sekadar satu kali sahaja sehari, iaitu rutin skincare right before bedtime. Andai kata you guys jenis yang balik kerja, then tak keluar ke mana-mana dah, so boleh lah lakukan double cleansing ni selepas balik dari kerja.


Bangun pagi kena buat tak double cleansing?

Tak perlu. Pagi-pagi cukup sekadar mencuci muka dengan facial wash biasa yang berasaskan air sahaja. Kemudian boleh teruskan dengan amalan skincare lain seperti toner, serum dan sunblock.



Mana nak dapatkan oil cleanser?

Pergi sahaja ke mana-mana drugstore seperti Watsons atau Guardian, pasti anda akan jumpa. Atau kalau you guys berminat dengan Innisfree Oil Cleanser macam di bawah ni, boleh lah pi beli secara online di althea.kr
Konsep Double Cleansing Ala Korea Sangat Membantu Masalah Jerawat dan Blackheads
Innisfree Green Tea Fresh Cleansing Oil



Any suggestion untuk pilih oil cleanser yang sesuai?

Basically oil cleanser adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Namun untuk I bagi suggestion tu agak susah lah sebab kulit orang berbeza-beza kan? So cadangan I, you guys kena cuba jaya lah mana-mana oil cleanser yang sesuai dengan kulit you all. Gantikan produk pencuci muka kalau merasakan ianya tidak lagi efektif selama 2 minggu penggunaan*.

But I personally suka dengan Ainaa Serum Cleanser ni. Currently Syu memang gunakan yang ni je sebagai pencuci pertama dalam rutin double cleansing Syu. So far kesannya Syu sangat puas hati dan masih perform dari segi effectiveness dia. Ia menggunakan Coco-glucoside sebagai based, iaitu sejenis surfactant dari minyak kelapa.



Another one yang Syu guna dalam cucian pertama adalah Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni. Yang ni Syu baru sangat pakai. Seminggu pun tak sampai lagi tau. Tapi Syu nampak, ramai yang bagi feedback positif dan sukakan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni. So that's why I terjebak jugak nak try. ahaks



Kalau masih ada kemusykilan tentang teknik Double Cleansing, boleh ajukan pertanyaan di ruangan komen di bawah. Bubbye. Have a nice day! 
Thank you · 감사합니다 (kamsahamnida)


Note: * Kulit memerlukan at least 13 hari untuk diperbaharui.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y