Asthma atau lelah boleh sembuh?

Sebelum nak masuk bab astma atau lelah ni, mommy kena faham dulu konsep penyakit akut dan kronik.

Asthma atau lelah boleh sembuh?

Dalam bidang perubatan, bila doktor sebut " acute" (baca : ēkiut), ia membawa maksud sesuatu keadaan atau penyakit itu baru sahaja terjadi, dan keadaan / penyakit itu dijangka akan sembuh cepat.

Penyakit akut / acute

Contohnya Acute Rhinitis (selsema). It's just happen, macam tu je. Elok-elok tengah sihat tiba-tiba bersin tak henti dan hidung berair.

Acute juga boleh membawa maksud serangan mengejut yang sangat serius, contohnya Acute Myocardial Infarction (serangan jantung / heart attack).


Antonim bagi acute ialah " Chronic"

Keadaan / penyakit yang dianggap chronic ialah yang akan berlangsung lebih dari 3 bulan. Dan kadangkala sepanjang hayat. 


Contoh penyakit kronik

Kencing manis, hipertensi, asthma. Dalam penyakit kronik, dia boleh ada fasa " tidur"( remission) atau " terjaga" ( relapse). 

Contohnya penyakit kronik asthma yang sudah lama tak kena attack, boleh " relapse " atau datang semula serangan semput nya, mungkin sebab faktor persekitaran yg berhabuk / jerebu, atau tahap kesihatan makin rendah contohnya makin berusia / ada macam2 penyakit.


Fahami penyakit kronik supaya tak mudah tertipu

Penting untuk memahami konsep Acute vs Chronic ini, sebab ia menentukan cara rawatan, cara pencegahan, dan mempengaruhi juga lifestyle kita.

Yang penting, bila dah faham konsep acute dan chronic ni kita tidak lagi mudah tertipu dengan harapan palsu yang dijanjikan pihak yang bermotif (keuntungan) bahawa kita telah betul betul sembuh.

Contohnya asthma, ianya penyakit kronik. Bertahun tahun anda tidak semput, bukan bermakna you guys telah sembuh asthma. No!. You all cuma dalam fasa remission of asthma, mungkin sebab anda jaga pemakanan dan elak terdedah pada habuk etc.

Faham konsep acute VS chronic ini juga elak kita ditipu oleh penjual produk kesihatan yang terlampau.

Contohnya produk "sembuhkan resdung" atau "hilangkan resdung selama-lamanya". 

Hey. Mana mungkin resdung (allergic rhinitis / chronic rhinosinusitis) itu boleh sembuh, sebab ia adalah chronic disease, dan ada kaitan dengan sistemic system.

So, mommies harus sentiasa dahagakan ilmu, at least bila anak kita ada asthma, tidak la kita tak pepasal avoid hospital/klinik kerana kononnya dah temui minyak/air belut yang mana merupakan NATURAL REMEDIES yang so called SELAMAT gittew.

Mommies boleh dig artikel ni kalau nak tahu lagi pasal asthma pada kanak-kanak.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.