Behavior Keakuan Pada Anak-anak 1 Tahun Setengah Hingga 4 Tahun

You all ada anak berumur 1 tahun setengah hingga 4 tahun? Atau pernah punyai anak lingkungan ini ke? Kalau ada, mommy ingat tak, apa dia sikap yang mommy nampak ketara pada anak seumur ini?Pernah tak jadi, ~ bila ada orang lain nak main mainan dia, dia tak bagi? Tapi, mainan orang lain, nak pula.

Better Parent Better Children, Memperkasakan Ibu Bapa Dan Keluarga, Parenting Bijak, First Class Parents


Okey bila situasi begini terjadi, apa yang mommy selalu cakap?

        "Adik, kongsi lah mainan ni dengan kawan. Kesian dia."

Lepas tu menangislah kawan sorang lagi. Oleh kerana anak kita ni ada lebih dari 1 mainan, jadi kita PAKSA dia beri kawan tu pinjam, walhal anak kita tak nak beri.

Kemudian, bila nak pakai baju dan seluar pula, anak mommy insist nak pakai sendiri, walaupun tak betul pun pakainya. Bila nampak apa yang dipakainya tak kena, kita cuba nak betulkan. Alahai, menangis-nangis plak tak nak dibantu dan lembikkan badan bila dipaksa. Nak makan sendiri walaupun bersepah dan comot.

Nak suapkan jus sendiri ke dalam mulut walaupun nanti akan tumpah-tumpah (aduh..sayangnya), nak pakai selipar sendiri walaupun nanti akan terbalik. Yang paling tak tahan, bila kita nak cepat, dia pula nak pakai kasut sendiri. Di tawarkan pakai selipar tak mahu.
.
Menangis-nangis nak pakai sendiri tak mahu dibantu. Walaupun, at the end kita juga kena betulkan kasut tu. Hihihi...comel sungguh.


Fasa Individuating Pada Kanak-kanak

Emm....mommy perlu faham pada umur ini, inilah fasa yang dipanggil INDIVIDUATING. Semua benda dia punya, tak nak kongsi dan nak buat sendiri.

Ini adalah perkembangan yang NORMAL. Sel-sel otaknya sedang berkembang. Ingat tu ya. Jadi Raikan setiap kehendaknya, selagi tidak bahaya dan tidak mudarat.
.
Ahli Psikologi Kanak-kanak menyatakan, anak pada usia ini sebenarnya sedang belajar untuk kukuhkan tahap keindividuannya. Belajar untuk mengenali yang dia punyai hak keatas dirinya sendiri. Tahu dan mampu membuat pilihan.
.
Dia mampu untuk melakukannya sendiri. Keyakinan yang semulajadi dilahirkan Allah pada setiap manusia yang sihat. Di mana, ini akhirnya akan melahirkan sikap KEBERTANGGUNGJAWABAN dalam diri anak.
.
SubhanaAllah, takjub saya sekejap, bila perkembangan psikologi ini difahami. Bersyukurlah bila anak bersikap begini dan bukan marah-marah. Bukankah bila anak ini semakin membesar, dia memerlukan sikap 'kebertanggungawaban' yang tinggi pada diri? Untuk berjaya, pada masa depan, dia perlu ada strong will power untuk berjaya.

Dia melakukan sesuatu bukannya kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi kerana MAHU melakukannya. Sikap mahu ini lah yang sedang dilahirkan semasa usia KEAKUAN ini.

Jadi, jom ubah sisi pandang kita pada anak umur begini. Perkembangan POSITIF sedang berlaku dan akan beri kesan pada masa depannya.


Anak-anak bukan Keras Kepala

Fasa keakuan ini selalu disalah tanggap oleh moomy apatahlagi daddy yang jarang bersama dengan anak. Actually, dia bukan keras kepala, kedekut, atau tak dengar kata, tapi anak itu sedang membina sikap 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' dalam dirinya.

Jadi, mommy. Raikan dan bimbing saja anak pada fasa ini. Jangan stress dengan sikap yang comel ini. Faham ke sangat faham? 

Semoga hari ini kita jadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.


Catat Ulasan

0 Ulasan