Cara Mudah Buat Air Soda Herbs Original – Fresh! Ada Lemon, Serai, Laici, Asam Boi dan Pudina.

Bulan-bulan puasa ni, kalau dapat air soda herbs buat berbuka puasa perghh rasa segar dan refreshing gila! Last time masa kenduri aqiqah baby Hawraa, kami buat menu kambing golek, dan digandingkan dengan air soda herbs. Tetamu asyik ulang alik ke meja buffet duk cedok air soda herbs. Semua orang kata sedap.

Cara Mudah Buat Air Soda Herbs Original – Fresh! Ada Lemon, Serai, Asam Boi dan Pudina. Resepi soda herbs, air soda laici sedap, air soda laici lemon serai,


So, macam mana cara nya untuk menyediakan air soda herb ni? Modal besar tak ye? Ermm..modal nak buat air ni memang agak besar bagi sesetengah orang. Tapi ianya berbaloi dengan kesegaran dan nikmat sedap yang kita dapat bila minum air ni tau.

So let's check it out!


Ramuan untuk buat air soda laici :


1 botol besar Aiskrim soda.

1 tin laici 

3 batang serai ~ diketuk.

15 helai daun pudina 

2 biji lemon ~ dihiris nipis.

Asam boi putih ~ terpulang banyak mana

Air batu secukupnya.




Langkah-langkah penyediaan soda herbs :



Langkah 1
-Cuci semua bahan hingga bersih.


Langkah 2
-Hiriskan 1 biji lemon nipis nipis. Masukkan lemon yang telah dihiris tersebut.


Langkah 3
-Letakkan daun pudina. Ramas-ramas sedikit biar keluar baunya


Langkah 4
-Masukkan asam boi putih, 1 tin buah laici / longan berserta airnya.


Langkah 5
-Tuang air aiskrim soda secukupnya berserta air batu. Tak perlu tambah air kosong or gula ye. Cukup sekadar air sida sahaja.


Langkah 6
-Akhir sekali perah lagi sebiji lemon dan masukkan serai tadi yang telah diketuk.

Cara Mudah Buat Air Soda Herbs Original – Fresh! Ada Lemon, Serai, Asam Boi dan Pudina. Resepi soda herbs, air soda laici sedap, air soda laici lemon serai,

Seeloknya air soda herbs ni dibiarkan overnight dalam peti sejuk. Ala, macam infuse water tu. Biar pati sari buah lemon, pudina dan serai tu meresap ke dalam air. Baru sedap!

So, kalau kata nak buat berbuka puasa, you all infuse siap-siap air soda herbs you all dari pagi lagi, ok?. Japgi nak berbuka, keluarkan dari peti sejuk, terus hidang je.

Mesti cuba tau.
Bubbye uolls.

Cara Mudah Buat Air Soda Herbs Original – Fresh! Ada Lemon, Serai, Asam Boi dan Pudina. Resepi soda herbs, air soda laici sedap, air soda laici lemon serai,






2 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. tak kisah la air ape pun. semua nampak sedap skrg ni hahaha

    ReplyDelete
  2. menarik.. lom pernah rasa lagi ni..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.