Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu Badam Kurma

Susu Badam Kurma Sebagai Menu sahur Ibu Menyusu | Hari ini Isnin 13 Mei dan kita sudahpun melangkah ke 8 Ramadan. So amacam mak-mak yang berpuasa sambil menyusukan baby semua? Masih maintain atau dah tinggal puasa? Memang dalam islam, ada kelonggaran untuk ibu menyusu. Bahkan kalau ibu menyusu nak berbuka puasa pun tak jatuh berdosa. Tapi kena ganti lah. So, hari ni I nak share satu lagi menu sahur yang dapat kekalkan tenaga ibu menyusu untuk terus berpuasa hingga ke maghrib.

Kalau ada antara ibu-ibu yang selalu rasa tak larat berpuasa, kena check balik apa yang kita ambil masa bersahur. Disarankan oleh kaunselor laktasi supaya breastfeeding mom ambil diet yang rendah GI (kenyang lama). Antara makanan yang rendah GI adalah seperti oat, gandum dan bijirin. Manakala nasi pula kategori medium. Tak cepat sangat dan tak pula lama sangat dalam perut. Sebab tu sahur makan nasi, tengahari ibu dah boleh hypo.

Untuk kes macam ni, ibu boleh cuba susu kacang badam (almond milk). Boleh minum begitu je atau dicampurkan ke dalam overnight oat ibu-ibu. Senang je, buat sendiri pun boleh.

Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu menu-sahur-ibu-menyusu-susu-kurma-badam-resepi-susu-badam, Kurma Badam, susu badam homemade, almond milk recipe, how to make almond milk, resepi susu badam, resep susu almond
Susu Badam Homemade | Sweet ,creamy & yummy.


Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu Kurma Badam


Bahan-bahan:

1. Kacang badam secawan (lebih kurang 200g)

Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu menu-sahur-ibu-menyusu-susu-kurma-badam-resepi-susu-badam, Kurma Badam, susu badam homemade, almond milk recipe, how to make almond milk, resepi susu badam, resep susu almond

2. Air masak 4 cawan (guna cawan yang sama)

3. Kurma 3 biji (sunnah ambil kurma jumlah ganjil, 3,5,7 dan seterusnya)

4. Garam secubit (nak bagi rasa berlemak)

5. Hujung sudu teh serbuk vanila *optional (taknak letak pun takpe)


Cara-caranya :

1. Kacang badam direndam semalaman. Sekurang-kurangnya rendam 12 jam (tak perlu panggang).

Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu menu-sahur-ibu-menyusu-susu-kurma-badam-resepi-susu-badam, Kurma Badam, susu badam, almond milk recipe, how to make almond milk, resepi susu badam, resep susu almond
Ini bukan petai ye. Ni la rupa kacang almond bila dah tek berkulit

2. Buang air rendaman kacang badam dan bilas. Semasa bilas, kulit kacang badam akan tertanggal sendirinya dan nampak isi kacang berwarna putih.

3. Letak badam dalam pengisar dan tambah 4 cawan air masak (1 cawan kacang : 4 cawan air).

4. Masukkan 3 ulas kurma yang telah dibuang biji. Kalau uolls suka rasa manis, boleh je letak banyak kurma.

5. Secubit garam untuk menambah rasa lemak.

6. Kisar semua bahan tadi sehingga lumat. I guna blender Shimono. Uolls kalau takde blender ni, boleh kisar guna kelajuan maksimum yang ada pada blender uolls.

7. Tuang dan tapis susu badam tadi ke dalam jug. I guna cheese cloth (kain muslin) untuk menapis hampas badam. Bila dah habis tuang susu, hampas dalam cheese cloth tu uolls perah sampai habis ok.

Kalau tak jumpa cheese cloth, uolls guna je kain  lampin baby yang 4 segi tu. Guna lah yang baru buka dari plastik. Jangan pulak ambil yang pernah baby pakai..ahaks

Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu menu-sahur-ibu-menyusu-susu-kurma-badam-resepi-susu-badam, Kurma Badam, susu badam homemade, almond milk recipe, how to make almond milk, resepi susu badam, resep susu almond

8. Susu badam boleh tahan dalam peti sejuk bahagian chiller tak lebih dari 3 hari.

9. Hampas kacang badam dalam penapis tu jangan buang. Uolls boleh reuse sebagai toppings overnight oat. Sedap!


Nota: Kalau nak tukar kacang badam kepada kacang lain pun boleh. Hazelnut pun kena rendam semalaman. Kalau nak buat susu kacang cerdik (pistachios), uolls tak perlu rendam semalaman. Terus kisar je. Kalau guna kcang gajus (cashew), rendam dalam 2jam, walnut pulak 4-6 jam rendaman. Semua kacang mentah ye. Bukan kacang dah dipanggang or salai.

Susu kekacang ni tinggi kandungan lemak dan protein dan boleh memeriahkan susu ibu.insyaAllah. Juga boleh diberikan kepada anak yang kurang berat badan, atau menolak makan nasi.

Senang je kan? Selamat mencuba kepada semua mak-mak menyusu!

Menu Sahur Ibu Menyusu | Susu Kurma Badam, susu badam, almond milk recipe, how to make almond milk, resepi susu badam, resep susu almond

3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. tapi bukan ibu menyusu pun boleh buat jugak kan ? hee~ kurma dan badam memang elok untuk kesihatan..

    ReplyDelete
  2. Menarik boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Menarik dan berkhasiat

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.