Susu Kurma Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa

Susu Kurma Milkshake ~ Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa. Sesuai Diambil Waktu Sahur | Pengalaman Syu bila sahur makan nasi berlauk, biasanya bila tiba jam 11 time mengepam kat ofis tu I dah terasa perut berkeriuk, lapar. Kadang tu jadi hypo terus! Kepala pening nak tumbang, tangan menggeletar, jantung laju dan mata berpinar-pinar. Siap nampak bintang-bintang hijau kuning dalam mata haha.

Jadi tahun ni puasa I nekad dah taknak sahur makan nasik. Syu gantikan dengan biskut wholegrain craker, cicah susu badam kurma, or susu kurma (kurma milkshake). Sahur pagi tadi pun I makan 'Cheesekut' (biskut cream craker + cream cheese) je dengan air susu.

Kalau you guys berhajat nak buat cheeskut sedap, boleh klik "Resepi Cheeskut Mudah, Sedap dan Boleh Untung Banyak Kalau Jual" ini.

Ok, berbalik pada resepi milk booster semulajadi Syu iaitu kurma milkshake atau susu kurma blend tadi. Biasanya bila kalut nak cepat, I akan guna dua bahan je, iaitu susu segar dikisar bersama 7 ulas buah kurma. 

Tapi, alang-alang I dah share kat sini, I akan bagi resepi susu kurma versi rajin lah kat you alls ahaks. Harapnya lepasni tak ada dah lah yang tanya lagi cara banyakkan susu badan cara tradisional dengan kurma kering cina ke, kurma merah ke mahupun longan kering.

Susu Kurma ~ Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa. Sesuai Diambil Waktu Sahur 

longan kering dan kurma merah kurma kering cina resepi milk booster semulajadi
Susu Kurma Homemade


Saiz hidangan : 2-3 pax
Masa penyediaan : 15 minit

Bahan-bahan

→1½ cawan full cream milk / fresh milk(375ml)
→3 sudu besar susu pekat manis
→7 ulas kurma (boleh letak sama ada 3, 5 atau 7 ulas kurma) 
→Secubit garam

Langkah 1 

Rendam kurma didalam air panas mendidih. Selepas 10 minit keluarkan kurma dan asingkan biji nya

Langkah 2

Kisar kurma dan susu pekat bersama 1/3 cawan susu. I guna blender Shimono. Memang lumat kulit kurma dikisarnya. Setelah semua kurma hancur dan kulitnya menjadi halus, baru masukkan baki susu yang selebihnya.

Langkah 3

Bagi nak menaikkan rasa lemak, letakkan 1 dash (1/8 sudu teh) garam ke dalam susu kurma.
  
Siap!         
Sedia untuk dinikmati sebagai hidangan sahur ibu ibu menyusukan anak. Sedap lemak!

Tips kalau nak lagi padu :

Gunakan susu yang dah di chill kan terlebih dulu dalam peti sejuk, rasa segar sampai ke perut. Kalau nak lebih creamy dan pekat, boleh masukkan seulas pisang dan blend bersama susu kurma tadi. Pastu tabur kacang tanah goreng ke, atau kacang badam ke. Pergh! Lagi kick rasa dia ooi~

Sambil minum boleh kunyah kunyah kacang dalam tu. Nyamann banget~

Ibu ibu yang tekak tak berapa boleh terima susu tu, boleh try buat susu kurma style Syu ni.

Biasanya bila dah cuba, ramai yang akhirnya boleh terima susu.

Rasa macam susu fa*m fresh perisa kurma tu tapi lagi sedap kot, sebab freshly prepared kan. Homemade pulak tu.

Yang jual dalam botol tu dah diproses, for sure lah tak boleh lawan kesedapan susu kurma yang guna bahan asli di rumah. ihiks

Selamat mencuba!
 susu kurma bagi susu meriah di bulan puasa, minum susu kurma bulan ramadan, ibu menyusu nak susu meriah bulan puasa, resepi susu kurma, cara buat susu kurma, susu kurma homemade

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Insyaallah nnt saya nak try buat ... Dah 4 hari puasa, susu mcm ada drop sikit .. So gonna try this.

    BalasPadam
  2. hari tu ray try susu HL yg perisa kurma. heee saja nak try. but i'm sure this one taste great.
    ray singgah jenjalan sambil klik ads yg ada ^^

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y