TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

Alhamdulilah genap 2 hari kita berpuasa Ramadhan. Hari ini 7 Mei 2019 bersamaan dengan 2 Ramadan 1440H, I nak share sedikit tips untuk ibu-ibu yang ada baby yang masih menyusu badan untuk terus kekal bertenaga dan terhidrat dalam tempoh seharian berpuasa. Tips berpuasa bagi ibu menyusu badan

tips berpuasa bagi ibu menyusu


1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yang lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yang lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. Selepas sahur (sebelum masuk waktu Subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas mengepam.

3. Jadual sesi mengepam waktu di tempat kerja, (3-4 jam sekali) wajib follow. Kalu you all kerja jam 8 pagi hingga 5 petang, so dapatkan at least 3x sesi mengepam.

4. Bila balik rumah, biasanya ibu dah lembik longlai dah huhu. It's me lah! I know, you guys mommie out there sado dan gagah. So, I choose untuk tidak DF kan my baby, dan meminta tolong baby sitter susukan baby siap-siap dengan EBM sebelum I fetch baby dalam pukul 5 gitu.

5. Masuk waktu berbuka, jamah buah kurma terlebih dahulu. Why? Sebab gula dalam kurma atau tamar boleh membantu ibu revive dengan segera dengan memberikan tenaga yang lebih cepat.

6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan air yang hilang waktu siang nya. Bawa botol air sentiasa (ke masjid/kat ruang tamu/bilik tidur) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini penting untuk pastikan badan circulate balik air pergi ke seluruh tisu-tisu badan yang dehydrated tadi siang. 

7. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari. I biasa mengepam jam 11 malam selepas tarawih dan juga jamp 4 pagi  sebelum prepare makanan sahur.



Dah amalkan pemakanan sihat dan minum air banyak tapi susu masih merudum


Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: 
Kalau bekalan susu badan mommies merudum tu sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies lapar kerana berpuasa. Ohh~ Maha suci Allah. 'Kilang susu' kita takkan 'tutup' disebabkan kehabisan sumber kerana ibu berlapar. Allah maha Bijaksana. Badan ibu akan adjust sendiri, dan 'menarik' sumber 'simpanan' yang ada dalam badan ibu untuk menghasilkan susu. Hebat tak hebat!?

Menurut kaunselor laktasi, faktor susu merudum masa bulan puasa ni sebenarnya lebih kepada gangguan hormon yang disebabkan keadaan "unhappy", stres dan "exhausted" mommies hadaapi di siang hari, lalu meningkatkan penghasilan prostaglandin. Menurut kajian, paras prostaglandin yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan rembesan hormon oksitosin oleh kelenjar pituitari tersekat.

Oksitosin kan memain peranan penting dalam penghasilan susu badan? So...bila oksitosin terganggu perembesan nya, macam mana nak facilitate operasi 'kilang susu'? 

So, sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, stay positive dan "chill" sepanjang tempoh berpuasa. Ingat. Stres itu pembunuh susu badan! 

Selain tu, make sure bersahur dengan makanan yang rendah GI (glycemic index) macam nasi, oats,gandum dan buah berserat tinggi. Minum air yang mencukupi sepanjang malam dan elakkan pengambilan makanan yang bersifat diuretic (kerap kencing) seperti air soda, kopi, teh yang tinggi kandungan kafein.

susu badan meriah bulan puasa, tips berpuasa bagi ibu menyusu
Biasalah, baru puasa hari ke-2, bekalan susu maintain lagi. Ini hasil pam pagi ni sebelum artikel ni ditulis.


Ini sahaja tips yang dapat dikongsikan setakat hari kedua puasa ni. Kalau mommies nak share pengalaman mommies, sangat-sangat dialukan di ruangan komen.


SELAMAT BERPUASA!

1 comment:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.