Baby Araa Has Been Warded! Ohh~

Start 15 Jun , Sabtu lepas, my angel Hawraa mengejut demam panas di tengah malam. I dah faham sangat, kalau demam malam-malam macam ni selalunya ada kaitan dengan virus. Suhu demam nya pula melambung tinggi, sekitar 38°C - 40°C.

Baby kena tonsilitis tonsil bengkak

Naluri ibu dalam diri I berkata-kata yang "tak sedap" dah. Keresahan di hati tu makin bertambah bila mengenangkan diri I sendiri pun memang dah seminggu demam, batuk berserta dengan sakit-sakit sendi.

Demam raya barangkali. Ahaks!

Tapi sejenis tegar macam I ni, demam-demam pun tetap datang berkerja macam biasa. gigih. Satu lagi sebab, sayang cuti tahunan. Haha. Thats why di gigih kan juga badan dan kudrat melangkah pergi kerja.

Tapi bila tiba part anak, ibu lemah ohh~

Melihat anak sakit dan tak bermaya membuatkan jiwa I condong ke rumah. So I whatsApp my boss, dan mohon cuti rehat 3 hari bermula Isnin 17 haribulan sampai hari ini, di saat entri ini ditulis.


So, bawalah ibu akan anaknya ke hospital. Disebabkan Baby Araa nampak sangat keletihan (lethargy) dan tak minat langsung nak senyum or bermain, doktor decide nak monitor kesihatan Araa di dalam wad. 

Dengan keputusan itu, baby Araa terus di set kan line branula, dan sampel darah untuk FBC turut diambil masa tu juga. So check in lah kita dua beranak di "rumah tinggi" ini ditemani nyamuk-nyamuk yang gila bapak besar oii~ 

Sepanjang malam ibu berjaga, duk kipaskan Araa, supaya taknkena ketit dek nyamuk. 

Hari ni Rabu dah discharge, yay! Syukur alhamdulillah. Keputusan darah, ok. Tiada apa yang serius. Araa di discharge dengan bekalan antibiotik amoxicillin untuk 7 hari (untuk rawatan tonsilitis), berserta ubat demam dan batuk.

Actually. Kepala ibu masih ting-tong tatkala menaip entri ini. 

Sambung qada' tidur jap.

Kbai, assalamualaikum. 

3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Semoga cepat sembuh Arra.

    ReplyDelete
  2. semoga baby araa cepat sembuhhh

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. dah ok ke baby arra ni sis?

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.