Baby Araa Has Been Warded! Ohh~

Start 15 Jun , Sabtu lepas, my angel Hawraa mengejut demam panas di tengah malam. I dah faham sangat, kalau demam malam-malam macam ni selalunya ada kaitan dengan virus. Suhu demam nya pula melambung tinggi, sekitar 38°C - 40°C.

Baby kena tonsilitis tonsil bengkak

Naluri ibu dalam diri I berkata-kata yang "tak sedap" dah. Keresahan di hati tu makin bertambah bila mengenangkan diri I sendiri pun memang dah seminggu demam, batuk berserta dengan sakit-sakit sendi.

Demam raya barangkali. Ahaks!

Tapi sejenis tegar macam I ni, demam-demam pun tetap datang berkerja macam biasa. gigih. Satu lagi sebab, sayang cuti tahunan. Haha. Thats why di gigih kan juga badan dan kudrat melangkah pergi kerja.

Tapi bila tiba part anak, ibu lemah ohh~

Melihat anak sakit dan tak bermaya membuatkan jiwa I condong ke rumah. So I whatsApp my boss, dan mohon cuti rehat 3 hari bermula Isnin 17 haribulan sampai hari ini, di saat entri ini ditulis.


So, bawalah ibu akan anaknya ke hospital. Disebabkan Baby Araa nampak sangat keletihan (lethargy) dan tak minat langsung nak senyum or bermain, doktor decide nak monitor kesihatan Araa di dalam wad. 

Dengan keputusan itu, baby Araa terus di set kan line branula, dan sampel darah untuk FBC turut diambil masa tu juga. So check in lah kita dua beranak di "rumah tinggi" ini ditemani nyamuk-nyamuk yang gila bapak besar oii~ 

Sepanjang malam ibu berjaga, duk kipaskan Araa, supaya tak kena ketit dek nyamuk. 

Hari ni Rabu dah discharge, yay! Syukur alhamdulillah. Keputusan darah, ok. Tiada apa yang serius. Araa di discharge dengan bekalan antibiotik amoxicillin untuk 7 hari (untuk rawatan tonsilitis), berserta ubat demam dan batuk.

Actually. Kepala ibu masih ting-tong tatkala menaip entri ini. 

Sambung qada' tidur jap.

Kbai, assalamualaikum. 

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Semoga cepat sembuh Arra.

    BalasPadam
  2. semoga baby araa cepat sembuhhh

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. dah ok ke baby arra ni sis?

    BalasPadam
  4. Alahai.. kesiannya dia.. Kalau anak tak sihat, mak punya runsing mesti semacam kan. Rasa dunia nak melayang je kan.

    BalasPadam
  5. Semoga baby all ok. Semoga baby cepat sembuh

    BalasPadam
  6. Get well soon Hawraa 😊

    BalasPadam
  7. Harap cepat sembuh dan gembira dan dapat bermain semula macam biasa nanti. Take care

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, semoga cepat sembuh ya. Bahaya jugak kalau demam skrg ni, mcm2 penyakit yg ada. Semoga membesar dgn baik ya

    BalasPadam
  9. memang luluh hati ibu kalau baby yang sakit. memang tak sampai hati. get well soon baby arra. harap2 lepas ni body baby arra akan jadi lebih kuat!

    BalasPadam
  10. hopefully now araa da perfect ok nyer.
    anak sakit, ibu double sakit! walaupun x sakit, kan.
    risau. selagi keputusan doktor tak keluar 100%, seram sejuk seriau jer rasa nyer.
    anak, kan. pe pe hal, aduhai... Allah je tau perasaan kita.
    biar la dia sihat, sakit tu kasik kat kita...

    BalasPadam
  11. Semoga baby Arra diberi kesihatan yang baik-baik.

    Boleh tersenyum, main seperti selalu dan aktif. Aamiin3x.

    Betul tu Annur, bila anak sakit dan tak sihat. Kita ibu ni, jiwa rasa. Allahu. Tuhan je tahu. Rasa nak alih kesakitan yang depa alami kat diri kita kan.

    Semoga Annur tabah dan sabar dengan ujian ni ya

    BalasPadam
  12. Nasib baiklah tak ada apa-apa, nampak kesian sangat dia tidur tu. Iyalah kalau budak sakit, mak-maknya lah paling susah hati. Nasib baik bos kasik cuti. Semoga cepat sembuh ya si kecil :)

    BalasPadam
  13. Sian kita tak boleh tengok budak kecil masu wad macam kita jadi sedih moga adik araa cepat sembuh dan terus aktif lepas ni untuk menggembirakan ibu bapa...

    BalasPadam
  14. Alaa kesiannya si comel ni demam...mama jaga betul2 yaa suhu badan baby...kena pantau selalu...semoga cpt sembuh yaa syg...

    BalasPadam
  15. Alaaa.. Kesian baby bila kena set branula tu.. Xsanggup nak tengok... Both my babies kalau kena set branula ja mesti meraung teruk gila...
    Gws to u n ur baby.. Take care

    BalasPadam
  16. Memang sejenis ibu2 bila anak sakit, tak keruan jadinya. Lagi2 bila demam mengejut ni kan.

    Alhamdulillah si comel dah boleh discharge cepat. Semoga terus sihat ye.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah dah sihat, nasib baik sekejap je wardednya.

    Acik doakan semoga Allah sentiasa lindungi dan beri kesihatan yang baik pada baby Arra.

    BalasPadam
  18. ala kesiannya kena masuk wad. harap semua okay. si ibu pun kena jaga kesihatan diri jugak. semoga semua kembali normal sejahtera nanti

    BalasPadam
  19. Aduh, saya kalau kuving sakit pun dah rasa sedih, apatah algi kalau anak. Alhamdullilah takde apa-apa.

    BalasPadam
  20. Alhamdulilah dah baik. Semoga diberi kesihatan yang baik for baby arra

    BalasPadam
  21. Semoga baby Araa cepat sembuh and sihat seperti biasa. Kalau anak sakit mak mesti resah, kesain mak juga.

    BalasPadam
  22. comelnya anak, risau kalau anak demam panas, memang kene cepat cepat bawa ke hospital. Kalau tak lagi teruk, boleh kena sawan sebab panas sangat. Budak kecil lagi sensitive.

    BalasPadam
  23. Kesiannya... Harap baby cepat sembuh ya. Bila baby sakit, mama tu lah yang paling risau dan sedih.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y