Diet Bagi Ibu Yang Sedang Merancang Untuk Hamil

tanda awal kehamilan
Selain dari sebab rasa kasih, matlamat kita berkahwin adalah untuk mendapatkan anak. Tapi bagi Syu sebaik-baiknya, kalau nak menambah bilangan ummat manusia ke bumi ni biarlah semuanya berkualiti kelas A+, ye tak? 
tanda awal kehamilan
Umumnya semua orang tahu bahawa basic concept untuk mendapatkan zuriat yang berkualiti adalah dengan menyeimbangkan dua aspek nature dan nurture.
tanda awal kehamilan
Mengikut Theory of Human Behavioral, nature dan nurture merupakan faktor utama dalam pembentukan peribadi seseorang.

Merancang Untuk Hamil, tanda awal kehamilan
Diet Bagi Yang Sedang Merancang Untuk Hamil


Nature dan nurture

Nature menjurus kepada genetik semulajadi manusia yang terbentuk semasa dari dalam perut ibu lagi. Manakala nurture menjurus kepada pengaruh persekitaran seperti asuhan ibu bapa ataupun pengaruh rakan-rakan di mana ianya hanya akan berlaku SELEPAS anak itu dilahirkan.

Jadi untuk membentuk nature yang baik, persediaan perlu bermula seawal 3 bulan merancang untuk hamil.

Dalam tempoh tiga bulan ni adalah saat paling ideal dalam mempersiapkan badan kita untuk hamil. Persediaan untuk hamil adalah penting dalam pembentukan nature anak yang bakal kita lahirkan nanti.


Baca juga : 10 Tips anak pintar sejak dari dalam kandungan




Oke..taknak panjang meleret.  Kita terus jump into point form!



Dapatkan berat badan ideal.

  • terlalu gemuk atau terlalu kurus menyukarkan kehamilan
  • wanita obese mempunyai risiko mengalami komplikasi semasa bersalin
  • turunkan berat badan maksimum 1KG seminggu. Pengurangan berat badan ekstrem boleh menyebabkan penyusutan nutrien-simpanan dalam badan.
  • Elak tabiat merokok, tabiat snacking dan memakan fast food.
  • Kajian menunjukkan tabiat dia atas boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Hadkan kepada secawan kopi sahaja sehari.
  • Mengamalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas sehari.
  • paling baik, minum susu rumusan khas macam EnfaMama atau Anmum.


Mengambil makanan tambahan (supplement)

Folic Acid (folate)
  1. penting untuk perkembangan saraf dan otak.
  2. terbukti mengurangkan risiko spina bifida.
  3. sumber lain: barli, beras perang, bayam, buah kurma, gandum, keju.
 
Fish oil supplement
  1. Mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
  2. DHA penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
  3. Bayi dalam kandungan bergantung pada DHA simpanan dalam badan ibu. Jadi penting untuk kita mencapai kandungan DHA yang disyorkan sebagai persediaan untuk hamil.
  4. kajian Journal of Paediatrics Psychiatry: Ibu yang mengambil supplement DHA, anaknya dapat mencapai kepintaran psychomotor seawal 2 setengah tahun. (kebolehan menyusun atur, memegang sudu/pensil)
Sumber lain: Tuna, ikan bilis, sardin, makerel, salmon.
Alternatif bagi yang vegetarian: DHA supplement dari alga laut. 


Zat besi (ferrous)
  1. mengurangkan risiko anemic (sindrom kekurangan darah merah) baik pada ibu dan juga anak.
  2. Ibu yang rendah kandungan darah merah dan haemoglobin boleh menyebabkan pertumbuhan bayi dalam perut terencat. 




Fakta nature bayi

Untuk melihat layanan anak mu pada masa hadapan, lihatlah layanan dirimu terhadap ibu bapa mu pada hari ini...

Sampai sini dulu titipan Syu untuk kali ni. Nasihat I, berikhtiarlah untuk mencapai cita-cita walaupun hakikatnya Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. 

Mudah-mudahan kita dikurniakan zuriat yang mewarisi nature pintar, berhati terang, sihat dan tinggi tahap kesabarannya...serta lain-lain sifat baik yang ada pada diri kita.
Aminn
Diet Merancang Untuk Hamil, Apa tanda awal kehamilan yang mudah dikesan

Catat Ulasan

0 Ulasan