Kenangan Zaman Sekolah Tak Semestinya Sama Walaupun Kita Satu Sekolah


Original post link here https://m.facebook.com/

Membaca artikel ni, membuatkan I pun nak ulas sikit pengalaman zaman sekolah. 
Yes. Pengalaman zaman sekolah masing² adalah berbeza. So, tak perlu kot korang nak persoalkan 'kenapa dia ni sombong gila dengan kita?'

Di sekolah, ada banyak puak. Tak boleh nak lari malah sampai sekrang, di alam pekerjaan pun macam-macam puak ada.

Ada puak si cantik manis, yang bila mana mereka ni bergerak ke kantin, ke makmal ke, kelas ke, sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian. Attitute mereka pula memang extrovert dan high in confident. Jenis ni kalau ketawa tak reti perlahan. Mesti berdekah-dekah mengilai-ngilai.

Ada juga puak anak lord, puak skema, puak atlet, puak 'good-good', dan juga puak 'lubuk' selalu dipergunakan. Biasanya puak anak lord dan si cantik manis la yang menguasai jaringan sosial sekolah. Tindakan mereka jarang mendapat kecaman. Buat salah pun,  bukan kena hukum malah budak lain inspired lagi nak tiru.

I zaman sekolah tak pandai berkawan, apatahlagi nak tergolong dalam mana-mana puak. Dari form 1 sampai SPM, I lone ranger. Takde geng. Belajar pun sorang-sorang.

Buat jahat, fly, balik bermalam walaupun minggu tu bukan minggu balik..semua I buat sorang². I takde partner in crime. Luckily, I tak pernah kantoi. Buat jahat sorang² ni memang payah nak kantoi.

Persepsi pada lone ranger macam I ni berbeza. Ada yang kagum sebab diorang nampak I ni macam independant dan survival gila. Ada yang dengki sebab tak pernah kena. Tapi tak kurang juga yg mengata I "pathetic" lah "weird" lah.. "misterious girl" dan macam² label yg seangkatan dengannya.

Paling tak boleh lupa, diorang label I "budak skin". (tahun 2000, fenomena skin head, punk, gothic, budak hoppers mmg popular) Masa tu I duk sekolah asrama harian aliran agama. Rancangan Khas. Kah!😄 Zaman tu, budak RK di sekolah harian memang acah² bagus, bajet suci.

Nak cerita, punya bagus perangai budak kelas RK agama masa tu 😏
Diorang pulaukan I. Konon nya I ni budak kelas agama yg "jahat" sebab bergaul dengan budak kelas biasa. So I ni macam memalukan kelas RK agama la.

Turun ke dewan makan, 1 dewan pakat "boooo" bila I berjalan ke kaunter ambil makanan. Riuh kedamat 1 dewan, bersahut sahutan sorakan menghina tu sampai I rasa kulit muka I panas gila!

Pun I bukan jenis senang mengalah. I berlagak steady, ambil lauk satu persatu, dan last sekali ambil buah dan berpatah balik menuju meja makan bahagian luar dewan.

Masa pusing tu, I angkat kepala dan pandang sekor-sekor jantan yg bersorak tu. Tepat I tengok mata diorang. Masa tu I dapat spot kepala yg memulakan "Booo" tadi.

Dalam hati, "Aku tiarap jugak tray nasik ni atas kepala si sepet ni karang!" C*laka kau. Dan macam² lagi kata makian bermain dalam hati ni, bertalu talu tanpa henti. Macam berwirid!

Itu cerita zaman menengah rendah I dari tingkatan 1 sampai habis PMR. Lepas tu, I dapat tawaran masuk MSRM.

Di MRSM I masih lone ranger macam di sekolah lama. Bila nak kemana mana, jarang nak nampak I berjalan macam rombongan Cik Kiah. Paling tidak pun seorang dua je yg ikut.

Budak asrama penuh, pergaulannya berbeza. Lebih matang dan beradap. Ejek mengejek tu biasa. Ejek nama bapak, ejek rupa fizikal, membahan, troll semua tu bagi I, tidak terlalu mendera emosi seperti masa I di sekolah lama.

Pun I ni jenis 'buat kering' je. Ejekan depan², I balas depan². Tapi diorang tak bermasam muka, atau nak pulaukan kau walaupun kau balas kasar. Bertengkar dalam kelas hari ni, esok datang kelas pagi² semua macam dah reset balik otak kepada zero.

Buli di MRSM? Ada.
Cubaan membuli I tu ada, tapi tak berjaya. I kalis buli. Buli org perempuan ni tak macam budak lelaki. Buli sekadar mintak belanja hari², pinjam barang tapi buat harta sendiri, kirim beli kat cafe duit tak kirim, makan stok makanan kita tanpa segan silu, sengaja menyakitkan masa bersukan, batu api dan lain². So buli level biasa² je, yg orang kata ianya boleh tepis tepis lagi.

So, I takde masalah kalau geng MRSM ajak reunion. Kalau kena masa dan tarikh nya, I x sibuk kerja, I hadir.

Tapi untuk sekolah lama, kalau ada gathering kecil²an pun, I susah nak pergi. Bukan sombong, tapi nak elak dari berjumpa makhluk² yg pernah buat zaman PMR I macam neraka.

By the way, now I balik berkhidmat di sekolah lama I pun haha. Ironi kan? 😅

Sepatutnya I BOLEH SANGAT KALAU NAK DATANG gathering yg diorang buat. I'm staying here in the same town where my school is located kot.

Tapi ermmm.. 🤔

2 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Tahniah kerana berkhidmat di sekolah lama. Betul tu, di sekolah ada macam2 group, ada sekepala, ada tidak, dalam kelas group lain, luar kelas group lain. Belum lagi yang kena anti ngan kawan-kawan. 😅

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.