Koleksi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini

Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Sepanjang Ogos ini | Siapa tak kenal dengan kartun tiga sekawan We Bare Bears dari Cartoon Networks tu kan? Kalau tak familiar dengan WBB, mungkin sama ada you guys dah tak ada masa tengok tv, ataupun you all bukan seorang peminat kartun macam Syu haha.

beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini

Kalau nak tahu, Syu ni memang suka mengumpul koleksi-koleksi barangan percuma, especially yang limited edition. You all boleh scroll my IG, dengan hashtag #SyuCollectiblesCollection dan tengok kat sana. Nak kata pengumpul tegar tu tidak lah. Tapi ada laaa sikit-sikit koleksi tu~ ahaks.

Okey, untuk mendapatkan 1 sling pouch dengan wajah karektor We Bare Bears macam ni, you all kena beli any product of SAFI Shayla.

beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini

Tak kisah lah nak beli serum rambut ke, syampu ke, hair mask ke, terpulang! Tapi make sure semua barang tu berharga not less than RM35 okey. Then barulah you guys eligible untuk dapat satu free gift ni.

Sebenarnya tujuan I share pasal ni pun sebab nak menghasut you orang semua supaya beli produk rangkaian Safi Shayla dan dapatkan beg We Bare Bears bwrwajah PanPan (panda bear) tuu~

I dah dapat himpun tiga daripada empat beg ni, but unfortunately Syu kat Gerik ni ada TF Value Mart je. Dan buat masa ni design PanPan ni takde lagi kat TF. Tapi kat hypermarket lain macam Tesco, Giant and Billion dah ada design panda PanPan!

Siapa tempat dia ada Tesco, please dapatkan for me. Pelisss~

beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini


Kita swap okay? I nak yang panda PanPan and you ambil yang the group one, kaler biru tu nak? Ok tak ok? hehehe

Banyak sebab sebenarnya kenapa you all patut beli barang Safi Shayla, selain daripada sekadar nak mengejar free gift beg silang We Bare Bears ni semata-mata.

Jom tengok!

Safi Shayla Memang Pakar Dalam Menjaga Rambut Muslimah Berhijab

Hahaa..sebenarnya tagline SAFI Shayla - Pakar Penjagaan Rambut Wanita Bertudung, sesuka hati je I ubah kepda muslimah berhijab. hehe. Tapi meaning dia still sama kan, so tak mengapa lah kot kan. Ok, istilah "pakar" ni actually agak sensitif dan kontroversi sikit penggunaannya, lebih-lebih lagi kalau tersalah tempat. Tapi for this, I secara peribadinya setuju dengan claim pakar rambut wanita bertudung tu, pasal apa tau?


Pertama, sebab rambut kekal harum hingga 24jam
Concern utama I sebagai wanita berhijab semestinya masalah rambut berbau. Syu kalau bertudung back to back lebih 12 jam Syu memang takkan duduk dekat-dekat dengan orang dah. Tak confident lah! hahaha. Bertudung lama mesti peluh terperap hoii! Tapi Micro Bamboo Charcoal sebagai formulasi syampu Safi Shayla, bagi I memang berkesan control bau rambut, serta peluh yang dah bercampur bakteria tu. Kemudian kandungan minyak pati Habbatussauda pula memain peranan mencegah penghasilan bakteria. So, you all tak rasa ke ianya perfect combination??

Sebab kedua, pilihan teramat lah banyak!
Safi Shayla ada 8 jenis pilihan - spesifik untuk masalah rambut berbeza. Just name it. You guys bermasalah kepala berbau busuk? Gunalah varian Segar Bermaya, yang warna hijau muda tu. Kepala sering gatal-gatal? Kalau gatal sebab kelumumur, ambil lah Safi Shayla warna biru tua, tapi kalau gatal-semata-mata, sila pilih varian Itch control yang berwarna turquoise. Okey sangat kan? By the way, itu baru 3 varian je I sebut. Ada five more variant yang boleh you all pilih, mengikut keperluan dan kesesuaian rambut masing-masing.


Sejarah Syu & Safi Shayla

Asal-asal dulu, Syu pakai syampu Safi Shayla yang the old one, yang packaging dia colorful tu. Masa tu, I cuma pakai syampu dia je semata-mata. I suka sebab dia wangi. Kemudian pertengahan tahun 2018 if I'm not mistaken, Safi Shayla buat penjenamaan semula produk diorang dan tampil dengan wajah baru yang macam sekarang ni lah, berbotol hitam. Start dari tu lah datang produk-produk baru seperti hair mist, hair serum dan hair mask dari Safi Shayla.


Pengalaman Peribadi Syu Menggunakan Safi Shayla

Setakat hari entri ini ditulis, I dah pernah menggunakan produk rangkaian Safi Shayla ni agak banyak jugak sebenarnya. Syampu dia sampai sekarang I guna. Pastu minyak rambut dia dan juga masker rambut, semua ni I pernah pakai. Sebelum ni  I pakai mask brand lain, tapi I switch to Safi sebab dia ada pengiktirafan halal.


Minyak Rambut Safi Shayla
Syu pilih minyak rambut warna biru (anti kelumumur) ni sebab dia wangi. Rutin asas Syu dalam rejimen pengawalan kelumur adalah bermula dengan minyak rambut ini lah. Pernah cuba tak guna hair oil sebagai pre-wash?
beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini, safi shayla anti kelumumur
Konsep dia macam ni tau ~minyak tarik minyak~. Maksudnya hanya minyak je paling berkesan menarik keluar oil-based impurities seperti kerak dan sel-sel kulit mati (iaitu kelumumur) dari permukaan kulit kepala.

Normally sebelum mandi, I akan lumur minyak rambut ni seluruh kepala, dan biarkan kejap dalam 10 minit supaya minyak ni meresap. Lepas tu, barulah Syu syampu rambut berserta mandi. Berkesan tau guys! Rasa bersih sangat lepas tu.


Syampu 
Antara syampu yang Syu pernah guna adalah syampu kawalan minyak, syampu itch-control, dan syampu anti-kelumumur. Dan Syu paling sesuai dengan syampu biru, iaitu syampu Safi Shayla Anti-Kelumumur.
beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini, safi shayla anti kelumumur
Bagi I, bau dia paling segar. Syampu varian lain wangi, bukan tak wangi. Cuma syampu anti-kelumumur ni ada gabungan bahan aktif ZPT dan menthol, jadi ianya bukan saja wangi, malah segar tau. Syu suka!


Refreshing Scalp Mask 
Syu memang konsisten basuh rambut sebelum pergi kerja. So tak dapat elak daripada menggunakan blower untuk keringkan rambut. Jadi kulit kepala memang mudah kering dan bila kulit kering, automatik lah rasa gatal-gatal tu datang.
beli safi shayla freegift beg we bare bears, Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan Ogos ini, safi shayla anti kelumumur
So untuk mengatasi masalah kegatalan, Syu guna masker kulit kepala Safi Shayla ni. As far as I can see, mask ni boleh lock moisture dan mengekalkan kesihatan kulit kepala Syu, sekaligus dapat menguatkan akar rambut agar tak mudah gugur.

Nak Safi Shayla? Ada je di hypermarket seperti Tesco or Giant!!

You guys kalau nak rasai sendiri manfaat anti kelumumur dari Safi Shayla biru ni, haa. Walk in je ke mana-mana supermarket, hypermarket yang ada kat Malaysia ni.

Cubalah! Sebab kualiti dia bukan beshee-besher oii~ Boleh dapat dengan harga mampu milik, siap ada persijilan halal lagi. Buat apa beli produk mahal-mahal, international bagai tapi tak tentu halal ke idok. Entah bahannya ada lemak *tuuttt* entah tidak, tak tahu. ehh! hihihihi

Malas nak ulas isu sensitip macam ni, ramai pulak yang sentap karang. *Zip mulut kau Syu*

Untuk info lanjut, boleh pergi ke salah satu saluran di bawah ye. Ok. Bubbye.



1-800-88-8867

Koleksi Edisi Terhad 'We Bare Bears' Sling Pouch Yang Berjaya Syu Kumpul Bulan ogos

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y