Status Syarikat MSM Pengeluar Gula Prai

Siri Utamakan Produk Keluaran Muslim #2 – Gula


Dalam banyak-banyak post masih ramai orang islam yang keliru status syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad, yakni pengeluar Gula Prai, Gula Perlis dan Gula Padang Terap. Syarikat ini juga membekalkan gula yang dilabel dan dijenamakan semula sempena nama Tesco.

MSM terdahulunya dimiliki oleh Raja Gula Negara; siapa tak kenal Robert Kuok . Walaubagaimanapun pada tahun 2011, Robert Kuok menjual syer nya kepada FGV Holdings Berhad (Felda Global Ventures Holdings Berhad) menjadikan FGV sebagai pemegang syer terbesar (51%) sekaligus menjadi pemilik utama MSM.

Masih was-was? Apakata you all buat carian melalui google dengan keywords → "Felda beli gula prai". You guys akan jumpa bersepah-sepah info pasal ni.

Kalau tak yakin juga, boleh terus masuk ke web Bursa Malaysia Marketplace. Scroll down untuk tengok senarai  pemegang saham MSM. Klik kat sini.



Can't you see?
Pemilik utama FGV dan koperasi felda. MSM buat untung, so peneroka felda pun happy dapat habuan juga.

Kita ada habuan tak?
Mesti la ada. Pencarum EPF / KWSP? Haa EPF pun ada syer. So pencarum KWSP boleh dapat manfaat dalam bentuk dividen tahunan juga melalui syarikat pengeluar Gula Prai ni. 

Kalau you all kerja sendiri dan tak mencarum KWSP, pun boleh dapat manfaat dari company gula Prai ni. 

Tu, dalam list ada tersenarai PNB as a one of share holders kan? So, dividen tahunan ASB yang you all dapat tu pun, ada bahagian dari hasil keuntungan MSM tau.


Haa maksudnya apa?
Maksudnya MSM ni bisnes kita. So beli la gula Prai! Jangan la boikot. Kalau boikot Gula Prai means macam kita pelingkup bisnes sendiri la pulak. Rugi banyak tuu~

Tapi jangan la amik berlebihan. 3 sudu ja sehari seperti yang disarankan KKM, hahaha jangan lebih 🤭🤭🤭

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.