penawar sakit belakang-biobax

Homestay Gerik Purnama Annur | Rumah Sewaan Harian Bercirikan Bajet

1:51 PM
Homestay Gerik Purnama Annur | Gerik, Perak merupakan salah satu daerah yang masih boleh nampak keindahan alam semulajadi. Cuti-cuti sekolah macam ni elok lah sekali sekala bawak anak-anak keluar dari hutan batu yang sesak dan tercemar tu dan cuba terokai kehijauan suasana kampung pulak. Sekali sekala hadap pepohon hijau, keindahan flora & fauna, menikmati suasana alam semuajadi, nak mandi kolam air panas, meredah hutan dan sungai, mandi air terjun atau nak hiking Gunung Pulut atau Gunung Kenderong pun boleh segarkan otak jugak. Gerik Perak memang lokasi yang tepatt!

road-to-gerik-perak-dan-bermalam-di-homestay-gerik
Road to Gerik

Datang ke Gerik tak sah kalau tak bermalam

Bila buat aktiviti wilderness, opkos la kita nak menginap di tempat yang paling selesa yang mana kita boleh merehatkan tubuh dan bebas semacam duk di rumah sendiri. Hostel? Memang murah dan bajet, tapi kemudahan dan akses pada fasiliti adalah terhad. Nak memasak pun tak boleh. Habis-bahis baik pun, boleh rendam megi dengan air panas je la. Kalau kita datang dalam kumpulan yang ramai atau berkeluarga orang kata homestay la paling berbaloi! Ye tak? Sebab homestay konsepnya macam rumah.. ada bilik, ada ruang tamu, ada dapur boleh memasak. Kadang tu siap disertai dengan bahan dan rencah asas yang ada dalam dapur rumah kita lagi.


pelan lantai homestay gerik


Homestay Gerik Purnama Annur, rumah sewaan harian bercirikan bajet

Kalau angpa ke Gerik, kami nak rekemen angpa check-in di Homestay Gerik Purnama Annur. Bukan main panjang nama homestay ni kan hakhakhak. Homestay dia ni jenis teres setingkat dengan keluasan 25' x 70'. Ala, takdelah seluas banglo mewah. Padan lah dengan konsep bajet yang diterapkan oleh owner homestay ni. Homestay Gerik Purnama Annur ni tak kurang cantiknya jugak dan kelengkapan asas pun cukup. Ada 3 bilik tidur semua sekali. Salah satu bilik ada aircond dan ada 3 bilik air. Kalau angpa mai ramai-ramai, tak payah berbaris panjang sangat tunggu turn nak mandi. Memang saja nak kena ketuk la kalau angpa still nak bergaduh berebut bilik air!



ruang tamu homestay gerik purnama annur
Ruang tamu Homestay Gerik Purnama Annur


ruang makan homestay gerik purnama annur
Ruang makan dan dapur homestay

homestay gerik
Kemudahan air minuman

Antara kemudahan lain yang di sediakan kat Homestay ni adalah

1. Peti sejuk
2. Jug air panas elektrik
3. Rice cooker
4. Cooker Hood / exhaust hood
5. Penghawa dingin (aircond)
6. Kipas Dinding
7. Seterika Elektrik
9. Televisyen
8. Astro Njoi
9. Mesin basuh dan serbuk pencuci
10. Tuala Mandi
11. Keperluan Asas Mandian (Sabun / syampu)
12. Pemanas air
13. Ampaian
14. Makanan Asas (Beras, gula,garam,teh)
15. First Aid

16. Ampaian mudah alih


Ciri family-friendly dengan kemudahan buaian bayi berspring

homestay mesra bayi dan mesra keluarga
Endoi baby turut disediakan
Siapa yang ada bawa bersama baby kecil tu jangan serabut kepala ye mak?! Homestay ni ada sediakan buaian mudah alih bersama spring. Susah hati jugak nak berjalan jauh ni, terutama kalau baby kita jenis yang taknak dan tak pandai tidur bawah. Asal nak tidur jer, mesti kena berbuai. Stress jugak mak kalau anak asyik menangis sebab tak pandai tidur tanpa buaian. Dah lah kita ni berjalan jauh! Bercampur dengan badan penat pulak. Boleh tercabar kesabaran jugak oihh~



Keluasan sederhana yang selesa untuk seisi keluarga

Homestay ni boleh muat tujuh orang dewasa dengan selesa tapi kapasiti maksimum dia antara 12 - 13 orang pun boleh muat lagi. Kalau angpa bawak orang lebih dari 7 dewasa, angpa boleh gunakan tilam dan bantal yang disediakan tanpa caj tambahan. Ha..pandai-pandai la angpa pilih nak hampar tilam kat ruang tamu ke, dapur ke, jangan kat porch kereta sudah lah haha. Kena ketit nyamuk pulak nanti. Biasanya benda-benda extra ni, kalo kat hotel kompom la ada extra caj dia. Tapi kat homestay ni owner dia baik hati.~haha. Dia bagi guna free je extra tilam dan bantal tu semua. Angpa bebas guna berapa biji bantal pun, asalkan jangan di angkut keluar dari homestay. Dosa tau!

Homestay Gerik Purnama Annur | Rumah sewaan harian bercirikan bajet tapi terbaikk
Bilik tidur utama dengan sebuah katil kelamin dan berhawa dingin


Homestay Gerik Purnama Annur | Rumah sewaan harian bercirikan bajet tapi terbaikk
Bilik tidur ke-2 dengan katil double-decker serta 2 buah tilam single ekstra


Homestay Gerik Purnama Annur | Rumah sewaan harian bercirikan bajet tapi terbaikk
Bilik tidur ke-3 dengan dua buah katil single

Lokasi yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Gerik

Lokasi dia agak strategik kalau angpa nak tau. Sebab rumah dia berada di Taman Intan, Gerik, tak jauh dari kedai serbaneka yang buka 24jam,7-Eleven tau. Pastu kalau angpa berani jalan kaki ikut jalan belakang, cuma makan masa dalam 6-10 minit je nak sampai ke pasaraya The Store dan restoran KFC. Selain tu kalau angpa bergerak guna public transport pun senang sebab kalau nak ke Hentian Bas atau Terminal Teksi Gerik ni cuma 5 minit je. Nak ke pekan Gerik pun hanya 5 minit je perjalanan dia kalau naik kereta. Jimat masa so banyak aktiviti lain angpa boleh buat kalau menginap kat Homestay Gerik Purnama Annur ni

.

Homestay gerik Purnama Annur | No 52 Laluan Intan 2, Taman Intan Gerik
Jalan masuk ke Taman Intan, Gerik

Lokasi menarik yang berhampiran

bukit-gerik-banjaran-titiwangsa
Titiwangsa Highest Point

1. Kolam Air Panas Ulu Legong - Hanya 1 jam perjalanan

2. House boat , Tasik Banding - 3/4 jam

3. Eco tourism Kelah Sanctuary - 1 jam perjalanan

4. Royal Belum State Park - 40 minit perjalanan

5. Galeri Arkeologi Kota Tampan - 30 minit perjalanan

6. Kawasan Perkelahana Lata Lawin - 1/4 jam

7. Castella Cafe (nasi buluh) Kampung Padang Stang - 1/2 jam

8. The Twin Peaks Of Perak Gunung Kenderong - 20 minit

9. Hiking activity - Gunung pulut - 10 minit

10. Bukit sejuk, Titiwangsa Highest Point - 3/4 jam


Sekolah-sekolah dan pusat pengajian yang terletak di Gerik

Institusi pendidikan di Gerik ni boleh tahan banyak jugak. Andai kata angpa ada urusan bawak budak-budak sekolah untuk hadiri aktiviti sukan dan permainan di sekolah-sekolah berhampiran, angpa sebagai guru pengiring boleh la pilih untuk menginap kat homestay ni. Atau angpa ada kursus kata pejabat kerajaan kat sini ke, ada kerja maintainance Lembaga Air Perak ke, TNB ke, atau apa-apa je la urusan. Molek sangat kalau angpa stay kat homestay ni. Kalau korang sampai tengah malam pun owner dia still akan entertain korang dan bagi korang check-in tau. Owner dia sangat-sangat berkebajikan tau.

1. MRSM Gerik - 10km




2. Kolej Komuniti Gerik - 10 km


3. Kolej Vokasional Gerik  - 10 minit




4. Pejabat Pendidikkan Daerah - 5 minit




5. MRSM Pengkalan Hulu - 3/4 jam




6. Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al Quran, Pondok Air Jernih- 2 km




7. SABK Tan Sri Ghazali Jawi - 1km




8. Pondok Al Latifiah (pondok Pak Teh) - 47km



9. Pusat Pra-U SMK Sultan Idris Shah II, Gerik - 4km


Peraturan homestay

Homestay ini hanya dibuka untuk orang beragama Islam sahaja. Owner menetapkan bahawa pengunjung tidak boleh merokok di dalam rumah dan dilarang membawa haiwan peliharaan jugak tau. Dengan hanya RM180, angpa diberi kebebasan menggunakan rumah dia macam rumah angpa sendiri tapi make sure lah angpa jaga peralatan dan kemudahan yang disediakan dengan baik sepertimana angpa menyangangi harta benda angpa sendiri. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan angpa akan di kenakan penalti berupa pampasan wang tunai. Kalau taknak duit angpa melayang, so gunakanlah semua kemudahan dengan cermat.


Macam mana nak sampai ke sini?

Gunakan khidmat aplikasi Waze atau Google Maps di telefon bimbit angpa ja. Senang. Homestay ni memang dah melekat kat dalam Google Maps. Angpa search je guna keywords yang betul. Contoh search keywords yang angpa boleh guna adalah : "Homestay Purnama Annur" atau "Homestay Gerik Purnama Annur" Kalau ada apa-apa masalah, angpa direct call je Haji Abu di talian - 0195708591
Cari kami di google maps




#homestaygerik #homestay #rumahsewa #rumahsewaharian
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.