Merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran dengan kaedah Re-use and Recycle
Beberapa minggu
selepas pertunangan, aku kemain semangat lagi mengumpulkan barang-barang
free-gift yang mana possible untuk digunakan untuk mengisi Fail Kawen aku haha.
Memang teruk benor bunyi nye kan, mengalahkan Haji Bakhil ork?
Tapi jangan lupa,
aku kan dalam misi merancang Majlis-pembaziran-sifar hehe. Kalo
boleh, nak minimum yang menghampiri kosong. Buleh gitu? Hehe.. Oke pertama
sekali, perkenalkan fail poket merah aku yang dah bersama aku sejak PMR lagi.
Memandangkan namanye
pon Fail Poket, jadi dia memang banyak poket dan compartment dimana aku boleh
menyelit kertas di merata-rata tempat sesuka hati aku.
Benda 1st yang akan
aku selit adalah, ring notebook ni.
Sengaja aku letakkan dalam keadaan terbuka
supaya senang aku nak catat ape-ape lepas ni nanti. Notebook ni ade tertulis
SUK Perlis, dah sah-sah le barang free jugak hehe.. Mesti Yanie tersangat kenal dengan
buku ni. (^_^)
Oke. Untuk
menyimpan resit belian dengan tersusun dan well-organized, aku memilih untuk
simpan dalam album.
Tak payah
beriya-riya gi beli album baru kalo semata-mata nak selit resit. Recycle je
album yang dapat dari kedai gambar,kan jimat. Kat rumah aku belambak benda ni.
Rumah korang ade?
Dan. Aku jugak ade
sediakan card holder dan buku planner.
Yelah, nanti senang nak simpan business
card vendor kan. Planner tu pulak, nak dekat setengah buku dah aku tulis. Ermm
tapi tak tulis sangat la pon, sebenarnye lebih kepada lukis-lukis dan conteng conteng je haha.
Tu sebabnye aku
malas nak tulis pakai buku-buku gini..takkan menjadi! Tangan aku kalo dah jumpa pen ngan kertas, dia
jadi hilang kawalan. Menyonteng la dia selagi dakwat tu tak kering.
Secara peribadinya,
perancangan untuk majlis, aku buat dalam laptop je. Lebih senang. Tangan aku
pon takkan hilang kawalan. Jadi terpulang pada keselesaaan masing-masing. Cuma
nye, kalo buat pakai mesin ni, jangan lupa buat back up.
Xu says: Korang kat luar sana, berminat tak nak nikah awal?
No comments:
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y