Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah

Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah | Lelah atau semput pada kanak-kanak bawah 6 tahun biasanya berlaku disebabkan trigger dari alergen dan keadaan cuaca. Macam anak-anak Annur, doktor menerangkan yang diorang ni lelah disebabkan faktor keturunan. Well, Annur sendiri as their mom, memang sampai sekarang masih bergantung dengan MDI. Masa nak bersalin dulu pun, aku sipi-sipi je nak kena czer sekali lagi, sebab berlaku serangan asthma.
.
Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah

Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah

Sebelum aku nak cerita tentang tips-tips penjagaan anak yang semput ni, suka aku bawakan beberapa perkara yang mommies "must know" tentang lelah. Jom tengok satu persatu.

1) Lelah pada budak kecik lazimnya akan beransur kurang dengan pertambahan usia. Diorang tak semestinya akan membesar jadi orang dewasa yang semput. Jadi penting untuk kite sentiasa follow-up dengan doktor supaya asthma diorang dikawal dengan baik.

2) Asthma atau semput yang tak dikawal dengan baik boleh menyebabkan paru-paru rosak. Selain tu boleh meningkatkan risiko untuk dapat serangan asthma yang serius yang mengancam nyawa! 

Baca juga : 10 Kebiasaan Ibu Bapa yang Merosakkan Anak-anak

Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah


Seterusnya, jom ikuti panduan penjagaan anak penghidap asthma pulak :

1) Kawal persekitaran dari faktor pencetus asthmatic attacks seperti asap terutama ASAP ROKOK,! Alergen macam BULU KUCING, HABUK, dan bau yang kuat macam cat, bau cecair peluntur pekat (klorin), perfume, pewangi/penyegar udara pun mommies kena alert jugak. Perhatikan tanda-tanda serangan bila anak korang terdedah pada faktor-faktor yang aku sebutkan tadi.

Faktor pencetus yang lain boleh jadi sebab:
--i Jangkitan virus selesema yang berlarutan jadi batuk
--ii Perubahan cuaca macam udara terlampau lembap, sejuk, atau monsun

2) Bagi yang dibekalkan MDI (pam lelah, ubat sedut ), tanya betul-betul kat doktor cara betul menggunakannya. Tanya sampai faham, tanya sampai doktor penat nak jawab takpe..bhahaha.

3) Biasanya hospital atau klinik awam takkan bekalkan spacer atau chamber (corong dengan mask yang disambungkan ke MDI), so untuk keberkesanan, beli lah dekat farmasi. Cakap je nak spacer untuk kanak-kanak, kompem dia tahu nye.

4) Mesti tahu. Rawatan asthma ada dua : 
--i pelega (untuk asthma akut)
--ii pencegah (untuk asthma kronik)
Rawatan pelega diberikan bila berlaku serangan akut. dan rawatan pencegah diberikan ikut masa tertentu, bukan ketika serangan.
Jarang la baby diberikan pencegah, kecuali kes-kes special.

5) Objektif rawatan pencegah lelah:
Oke. Nama pun pencegah lelah kan? So opkos la peranan nya adalah untuk mencegah dari berlakunya asthma yang kerap. Inhaler jenis pencegah akan diberikan pada yang mengalami serangan yang berulang-ulang dengan kerap. Kalo anak korang diberikan inhaler jenis ni maknanya itu adalah ubat sedut bersteroid. Jangan panik hoii. Dengar steroid je terus meroyan.
"Tak naklah bagi anak aku, steroid ni tak elok utk anak", "Apa, steroid? Habislah anak aku terbantut tumbesaran nye nanti" pulak.

Kajian dah berlambak, yang kes bantut tu terjadi pada pesakit dose-dependant sahaja yang mana dia terpaksa ambil dos tinggi untuk mendapat kesan. Dos yang diberikan tu dah molek-molek ade dah dan paling kecil dan selamat untuk anak korang. Takde pengamal kesihatan yang nak anak korang sakit.

6) Objektif rawatan pelega lelah :
Tujuan rawatan pelega adalah untuk melegakan semput apabila berlaku serangan. Apa yang dilegakan? Ia mengurangkan kesan bronchospasm (ketat dada) semasa serangan.

7) Objektif pelega ni lah yang susah nak dicapai kalau di rumah. Ubat pelega yang biasa diberikan adalah Salbutamol. Terpulang pada keadaan, doktor boleh bagi syrup, atau MDI. Kalo syrup, then ok la. Pujuk lah cemana pun, asalkan anak telan dos yang mencukupi.

8) Masalah selalu berlaku bila nak menggunakan MDI pada anak kecil. Macam Annur cakap tadi lah, sebaiknya untuk kanak-kanak, mommies kena guna spacer. Kalo tak, debu wasap MDI tu cuma terlekat sama ada penuh atas lidah, atau kat belakang kerongkong. Ye! Bahan aktif pelega tu GAGAL SAMPAI KE PARU-PARU. Sebaliknya bahan aktif yang terkumpul tu akan terserap masuk ke aliran darah dan meningkatkan lagi kesan sampingan.

9) "Susah-susah sangat, lagi baik pi amik nebulizer kat klinik je."
Ok, boleh. tapi keberkesanan nebulizer dengan MDI lebih kurang same jer sebenarnya. Bezanya neb, kena sedut lama. MDI lebih cepat. (kalo betul caranya). 1kali neb lebih kurang dos 4-6 kali sembur MDI. Dan MDI takyah gi memana, kat rumah pon boleh. So, terpulang pada keselesaan masing-masing.

Kalau aku, personaly aku lebih suka MDI. Sebab anak-anak aku tak suka bila kena neb. Sepanjang sesi neb tu diorang akan menangis melolong-lolong. Kesian kot. Dalam nak melegakan semput, diorang sebaliknya distress pulak.

10) Buat sebuah diari khas untuk catat tentang asthma anak-anak. Idea ni bagi aku elok mommies praktikkan. Aku memang dari dulu jenis yang particular bab-bab kesihatan ni. Tak tau lah aku ni kategori particular (cerewet) atau paranoid. Sebab bila preggy pun, aku wujudkan DIARI HAMIL. Bagi aku la, penting kot kita buat log tentang kehamilan kita. So, thats why aku ada buku catatan kecil setiap kali pregnant. Sama konsep dengan #DiariAsthma anak-anak. Catatkan setiap apa yang doktor cakap tentang lelah anak kita. So next time, mommies akan lebih bersedia dan tak panik.

11) Jangan sekat anak-anak beraktiviti lasak. Anak-anak aku pulak dua-dua pun lelaki. Opkos la aktif dan tak duk diam. Berbalik pada objektif rawatan. Kita ikuti rawatan lelah ni adalah supaya diorang dapat jalani hidup normal sebagai kanak-kanak sihat. So, biarkan diorang menjadi kanak-kanak. Jangan sekat kalau diorang nak melasak.

12) PENTING! Jangan suka-suka nak self-medication bagi anak-anak korang yang dah disahkan penghidap asthma. Jangan sebab korang ada ilmu sikit-sikit dari facebook dan google, korang pun dengan confident nya beli ubat cair kahak sebotol, ubat batuk sebotol, ubat selesema sebotol dan ubat penat sebotol. BAHAYA!

Sebab silap-silap haribulan anak korang boleh OVERDOSE! Kadang korang boleh terlepas pandang dengan ubat sirap jenis COMBINATION. Sekarang memang banyak ubat sirap untuk kanak-kanak yang dah sedia dicampurkan beberapa ubat dalam satu botol tau. Dibimbangi, ubat-ubat yang korang beli tu semuanya ada kandungan bahan aktif yang sama dan bertindih-tindah lah dos yang anak korang makan. Parah!



Annur kata : Asthma pada kanak-kanak ni jangan diambil mudah.  Asal nampak macam semput, nafas berbunyi je, kita pun dengan confident nya "diagnos sendiri" yang anak kita tu lelah. Kemudian berubat di rumah je secara alami (natural-remedy). Bagi anak minum air rebusan itu, ini, bagi madu, makanan sunnah dll. Bukan aku anti makanan sunnah, tapi nak buat sesuatu, biarlah soheh dulu.

Kadang kita tak tahu semput anak kita tu, memang hanya asthma je ke, atau ada penyakit lain yang lebih serius yang menunjukkan gejala seakan-akan asthma. Please. Jumpa doktor okey? Ubat hospital, bukan racun yang membunuh tau. (^_^)

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Very detaik Dan good info. Tq as

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Discovering asthma normal solutions for help your problem can be an exceptionally important decision. read more

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.