Keputusan Penuh Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia #Pru14
Keputusan Penuh Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia #Pru14 | Fuh hangat di dada-dada akhbar menyiarkan peralihan kuasa kerajaan Malaysia dari BN kepada PH bawh pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed. Bagaimanapun, selagi upacara mengangkat sumpah belum dijalankan, kita tak boleh jamin bahawa Tun akan naik jadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.
Ramai blogger dah update pasal keputusan penuh pilihanraya umum ke-14 ni seawal jam 4.40 pagi tadi semasa ia diumumkan. Walaupun dah lewat petang, tapi aku taknak la ketinggalan untuk mengabdikan sejarah Malaysia beralih pemerintah setelah 61 tahun merdeka ni. So, here's the result.
Keputusan Penuh Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia #Pru14
Keputusan Parlimen Malaysia 2018
PKR 121BN 79
PAS 18
DLL 4
Ketika diumumkan keputusan tak rasmi jam 3.50 pagi tadi, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pusat bila menang majoriti mudah, 112 kerusi dari semua 191 kerusi yang dipertandingkan PKR, DAP, PAN dan PPBM (menggunakan lambang PKR).
BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen pula malangnya hanya memenangi 79 kerusi sahaja. Berbanding Pru13 2013 dulu, BN menang selesa dengan memegang 133 kerusi parlimen.
Manakala Pas yang bergerak secara lone-ranger pun turut meletakkan calon untuk bertanding di 160 kerusi parlimen, namun sebanyak 142 kerusi tidak menang. Pas berjaya meletakkan hanya 18 orang wakil mereka di parlimen sebagai pembangkang.
Kerajaan Negeri Baru
1. Terengganu (PAS)
2. Johor (PKR)
3. Melaka (PKR)
4. Negeri Sembilan (PKR)
5. Perak (PKR)
6. Kedah (PKR)
7. Wilayah Persekutuan (PKR)
8. Sabah (KERAJAAN BERCAMPUR)
Bagi kerusi DUN pula, kekalahan BN kelihatan lebih jelas ketara di mana kebanyakan negeri yang selama ini dikatakan kubu kuat mereka turut karam ditenggelami Tsunami Rakyat Pru14.
Hanya negeri Perlis dan Pahang sahaja yang masih memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah.
Berbanding Pru13, sebanyak 3 negeri ditadbir oleh pembangkang manakala pada 2018, dalam Pru14 sebanyak 5 negeri pula ditadbir pembangkang.
Berbanding Pru13, sebanyak 3 negeri ditadbir oleh pembangkang manakala pada 2018, dalam Pru14 sebanyak 5 negeri pula ditadbir pembangkang.
Kerajaan Negeri Kekal
1. Perlis (BN)
2. Pahang (BN)
3. Pulau Pinang (DAP)
4. Selangor (PKR)
5. Kelantan (PAS)
6. Sarawak (BN)
Namun, paling menarik bagi aku adalah, negeri pengeluar minyak kini dikuasai oleh pembangkang, iaitu Terengganu, Kelantan dan Sarawak.
Sebab apa aku kata menarik?
Korang baca lah sendiri Manifesto Pakatan Harapan dalam bab royalti minyak. Kalau malas baca, korang search je dalam youtube, ceramah-ceramah anjuran PH, terutamanya ceramah dari Tun sendiri.
Semoga selepas Pakatan Harapan membentuk kabinet baru nanti, manifesto nak Meringankan Beban Rakyat yang dijanjikan itu betul-betul akan direalisasikan. Amin.
Moga perlaksanaannya dipermudahkan oleh Allah.
Pesanan ikhlas oleh seorang rakyat marhaen,
Rakyat sedang memerhati. Mungkinkah janji-janji itu akan ditepati ke, atau sama je macam janji dicapati Najib jugak?? kikiki
Mandat dah diberi. Hope tak dipersiakanlah.. We will see...
ReplyDeletekita berharap akan ada perubahan dan rakyat mahukan perubahan sebab tu kita akan mendapat kerajaan baru dan diharap kerajaan baru akan mengubah kehidupan kita utk jadi lebih baik..wallahuallam
ReplyDeleteHidup PH...Semoga Tun Det sihat walaafiat dan di panjangkan Umur
ReplyDelete